Langkau ke kandungan utama

THOIFAH TIMUR

THOIFAH AKHIR ZAMAN

 


Allah melalui Rasul-Nya telah berjanji  maksudnya:  “Akan sentiasa ada satu toifah di kalangan umatku yang dapat menzahirkan (menegakkan)  kebenaran (hukum Allah), tidak mampu membinasakan mereka oleh penentangnya sehinggalah datang ketentuan Allah .” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim).


Dalam hadis ini jelas Allah memberi jaminan bahawa thoifah kebenaran itu tak akan pernah hancur. Setiap kurun ada sahaja thoifah yang menyimpan bara api Islam itu. Thoifah inilah pengamal Islam sebenar (zohirina alal haq), sebab itu tak pernah lekang dari ujian. Sentiasa sahaja ada pihak yang akan menghancurkannya terutama yahudi dan nasrani yang memang telah termaktub dalam Quran sebagai puak yang tak pernah redha dengan Islam.  Samada dari luar atau dari dalam, musuh-musuh sentiasa berusaha menghancurkan thoifah ini. Tapi, sebagaimana yang Allah janjikan thoifah itu tak akan pernah dapat dihancurkan.  Faktor terpenting yang Allah beri pada thoifah itu ialah janjiNya.


Thoifah itu berkesinambungan dari kurun ke kurun, di’pass’kan dari satu mujaddid ke satu mujaddid samada secara lahiriah mahupun secara ruhaniahnya untuk memastikan kebenaran itu bersambung dari generasi ke generasi.  Allah ada cara nak selamatkan thoifah-Nya sekalipun yahudi dan nasrani tak pernah redha dengan kewujudan thoifah Islam sebenar  itu. Lebih-lebih lagilah di akhir zaman dimana thoifah itu banyak disebutkan dalam hadis. Thoifah itulah kelompok umat Islam dari Timur. Kelompok inilah yang  melakukan kebangkitan Islam di timur. Ia akan bersambung dengan empayar yang dipimpin oleh Imam Mahdi.  Kalau kita fahamlah maksud hadis itu. hakikatnya memang Allah yang membentuk thoifah kebenaran itu. 


Kemudian Allah jugalah yang mengujinya dan Allah jugalah yang menyelamatkannya dari kehancuran.  Bagaimana Allah membentuk, menguji dan menyelamatkan thoifah kebenaran ini?
1. Allah cetuskan thoifah dari timur ini untuk menyemarakkan kembali syiar Islam di akhir zaman. Rialitinya Malaysia yang berada di timur ini buminya kecil sahaja. Bukanlah negara umat Islam yang besar atau negara yang kaya seperti Saudi. Tetapi ianya mendapat perhatian dunia terutamanya dua kuasa besar iaitu Amerika dan Rusia. Tapi anehnya pengaruhnya tertonjol terutamanya di Asia Tenggara. Begitu juga pandangan yang datang dari Malaysia diberi perhatian oleh dunia. Contoh terkini berkaitan dengan Rohingya.


Bangsanya sederhana sahaja tidaklah cerdik macam bangsa barat.Para ulama cendekiawan Islam tidaklah sehibat ulama ulama di Timur Tengah. Pakar Al Quran dan hadis. Namun kehidupan dan kemajuan Islam di Malaysia lebih advance atau syiar Islamnya lebih terserlah. Golongan selebriti pun terserlah pakaian sunnahnya dan dikalangan perempuan Juga terserlah pemakaian hijabnya. Ianya menjadi satu perhatian yang menarik dan positif. Bahkan dikalangan mereka bukan lagi asing amalan pologami. Bahkan Malaysia menjadi tumpuan negara-negara umat Islam berkunjung kerana tertarik dengan amalan Islamnya dan dalam masa yang sama terserlah kemajuannya. 


Putrajaya menjadi bandar model kepada negara-negara umat Islam lain. Begitulah bezanya Malaysia dengan negara-negara umat Islam yang lain. Malaysia sangat memperjuangkan Allah dan Rasul dalam segala aspek, bermula dari hal yang terpenting iaitu sembahyang. Sembahyang berjemaah  di awal waktu sangat istiqamah. Suasana ini dapat dilihat dimasjid-masjid di Malaysia . Lebih menarik lagi, kaedah perjuangan Islam Malaysia sangat up to date. Dalam masa amalan sufi itu dapat tempat seperti malam cinta rasul dengan berselawat beramai-ramai memenuhi ruangan lapangan di Putrajaya dan bandar-bandar besar yang lain. Penggunaan Teknologi juga terserlah.


Bahkan di Malaysia berlaku gabungan iaitu sufi berteknologi. Dengan penampilan tersebut sekaligus menafikan tuduhan musuh yang tidak senang dengan Islam di Malaysia yang seringkali cuba 
dikaitkan dengan pengganas.Setiap NGO Islam berlumba-lumba memberikan khidmat mereka kepada masyarakat ini adalah suasana positif tidak pula kelihatan jumud atau ala kampong. Projek-projek ekonomi, kebudayaan, kesihatan, perhubungan, penerbitan dan lain-lain system hidup Islam yang  modern juga diperjuangkan. Barangan makanan halal menjadi trade mark Malaysia. Di kaca TV, media sosial dan papan-papan iklan bercambah disana sini dengan produk sunnah.


Pendekatan negeri-negeri dalam Malaysia  kecuali negeri Perlis membawa perjuangan sufi yang berteknologi. Sebab itulah pengaruh amalan Islam di Malaysia menjadi begitu cepat diterima 
masyarakat dunia. Kalau nak diringkaskan perjuangan Islam di Malaysia menawarkan dunia dan akhirat sekaligus. Ulama-ulama memberi kesedaran  kehidupan sufi untuk bekalan akhirat dan 
membangunkan projek-projek Islam berteknologi untuk keperluan dunia.Perkembangan ini tidak didapatkan pada ulama-ulama yang ada di timur tengah lain atau pada ulama-ulama tempatan pada tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan.Waktu itu yang ada adalah 2 jenis cendekiawan Islam: ulama pondok yang jumud dan ulama secular yang tiada model. Ulama pondok pakar baca kitab tapi satu kedai runcit pun tak mampu buat. Dan satu golongan pula ulama modern yang pandai bercakap tapi bisnes motivasi tanpa ada model kehidupan Islam yang dibangunkan.
 

Boleh dikatakan hanya Kebelakangan ini sahaja yang mampu mentadbiq ajaran Islam itu lengkap dengan modelnya. Bercakap dan berbuat! Dalam kuliah cakap tentang Islam, lepas kuliah terus mempraktekkannya. Hingga terbentuklah berpuluh bahkan beratus projek Islam di Malaysia samada anjuran kerajaan ataupun NGO. Sebab itu kebanyakan tokoh-tokoh korporat dunia Islam sangat segan dengan Malaysia. Banyak daripada kalangan Syeikh-syeikh tareqat dari seluruh dunia membuka kegiatan mereka di Malaysia. Makin rancak perkembangan Islam di Malaysia.Semua tareqat dan orang-orang yang faham tentang hadis berusaha mencari tapak timur.


Antara pendekatan baru yang sesuai untuk keperluan zaman Itu di Malaysia Contohnya, kalau maksiat berleluasa di bidang hiburan, maka Islam perlu datang dalam bidang itu. Maka tertonjollah 
nasyid-nasyid Islam, pementasan Islam, begitulah dibidang-bidang yang lain seperti percetakan, multimedia, penyiaran dan lain lain. Malaysia subur dengan aktiviti Islam dan telah berjaya masyarakat melakukannya. Sejarah telah mencatatkannya. Tiada siapa boleh menafikan kemeriahan amalan dan syiar Islam. Dunia Islam sangat membenarkan dan sangat menghormati dan menyokong usaha Malaysia.Sedangkan Malaysia penduduk asalnya hanya Melayu bukan bangsa Arab, tetapi kerana timur itudijanjikan, ia dihormati oleh dunia Islam. 


Syeikh-syeikh tareqat dari negara lain juga sangat hormati negara ini.Bahkan mereka mengkagumi usaha-usaha Malaysia dalam mendaulatkan Islam. Allah lakukan perkara-perkara ajaib dan mencarik adat (khawariqul adah) untuk menjaga thoifahnya. Berkat bumi timur mengatasi Teknologi barat. Allah yang membekalkan kemampuan bumi timur  itu mampu mengatasi segala teknologi  yang ada di zaman itu. Dengan itu, thoifah dari timur itu tak pernah mampu dihancurkan oleh para penentangnya (la yadhurruhum man khalafahum) samada penentang dari luar atau dari dalam negara keberadaan thoifah itu sendiri.
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N