Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN YANG HAK DI TERIMA OLEH FITRAH MANUSIA.



Abuya mengajak kita melakukan muhasabah dengan meneropong kepada diri kita. Mengkoreksi diri masing-masing dengan melihat sejauh mana bantuan Tuhan secara maknawi dan lahiriah. Contoh maknawi apakah Tuhan beri hidayah atau menarik balik hidayah yang pernah diberi kepada diri kita. Seperti koreksi pada sembahyang dulu kita pernah diberi hidayah sanggup menuggu waktu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk waktu sembahyang. Kini apakah nikmat maknawi itu masih diberikan kepada diri kita atau sudah diterik sehingga ada masanya kita hanya sembahyang diluar waktu. Contoh lahiriah apakah Tuhan makmurkan dapur kita untuk keperluan makan minum rumah kita sendiri. 


Satu ketika dulu kita pernah diberikan rezki melimpah ruah hingga boleh dikongsikan dan diagih-agihkan nikmat dengan jiran-jiran kita.Menjadi kebiasaan Abuya waktu pagi beliau meninjau ke rumah anak muridnya. Pagi pagi sahaja kenderaan pajero yang membawa Abuya sudah sampai kehalaman belakang rumah iaitu halaman yang dekat dengan dapur. Barang- barang keperluan dapur Abuya berikan kepada rumah anak murid yang dikunjungi. Begitulah cara Abuya menghiburkan manusia. 


Dalam era kebangkitan Islam sekarang kita berpeluang mengembalikan semula ajaran Islam yang sebenar. Ianya boleh dimulakan dalam kehidupan kelompok masyarakat yang paling kecil iaitu kehidupan sebuah keluarga Islam. Islam membawa ajaran kebersihan dan keindahan. Ianya boleh kita mula praktikkan dalam keluarga kita. Kita aturkan anak-anak dengan kebersihan dan keindahan yang dianjurkan oleh Islam. Dari pakaian anak-anak, tempat tidur mereka, tempat anak-anak bermain hinggalah ruang tetamu kelihatan rapi, bersih dan kemas.


Sebuah perjuangan yang hak mudah di nilai pada lahirnya. Kerana Islam itu sendiri adalah mudah didekati pada lahirnya. Agama Islam membawa sesuatu yang dapat diterima oleh fitrah manusia, tak mengira agama, bangsa dan warna kulit. Contoh Islam membawa kemakmuran, ajaran keselamatan, maka ia sudah tentu diterima oleh semua fitrah manusia tak mengira bangsa dan agama kerana fitrah manusia yang murni suka kepada kemakmuran contoh mudah makan minum, keselamatan dan lain-lain. Islam membawa kasih sayang sudah tentu di terima oleh fitrah semua manusia. 


Islam membawa kedamaian dan semua fitrah manusia menerimanya. Islam agama keindahan dan kebersihan ia sangat diterima oleh semua fitrah manusia. Memang tak dinafikan bahawa , dalam kehidupan ini sekiranya dalam menerima ilmu Islam akhir zaman , sekiranya tidak difahami , tidak didapati daripada sumber yang tepat , malah tidak bertepatan pula dengan kehendak dan falsafah yang ada di dalam agama penduduk langit ini ( Islam ) pastinya akan jadi 2 perkara :-
1)Akan jadi militan 2)Akan jadi jumud atau pasif


Maka keindahan kehidupan Islam sebagai the way of life tidak akan dapat direalisasikan melalui kaedah atau methode yang salah. Mungkin atas sebab pemimpinnya tidak menepati ciri-ciri kepimpinan yang Tuhan kehendaki yang perlu mempunyai watak :-Watak ibu ,Watak ayah, Watak kawan ,Watak guru .Dan yang paling utamanya perlulah pemimpin tersebut dapat memimpin manusia untuk selamat dunia dan akhirat. 


Begitu juga Abuya dapat membawa satu sistem hidup yang berpandu daripada kefahaman , keyakinan dan penghayatan hakiki terhadap apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW sehingga umat Islam tidak lagi menumpang apa-apa isme-isme buatan manusia yang telah nyata membawa kepada kehancuran kehidupan manusia di atas muka bumi ini meskipun hampir seluruh dunia Islam telah menerima pakai sistem bikinan manusia tersebut sejak kejatuhan empayar Uthmaniah iaitu sistem ke Khalifahan yang terakhir bagi dunia Islam.


Dalam ertikata lain Islam is the way of live boleh bermula dari keluarga, masyarakat kampung, bandar dan seterusnya diperingkat negara. Ibu bapa boleh lakukannya dirumah, ketua kampung dalam masyarakat yang lebih besar dan begitulah seterusnya hingga amalan kebersihan dan keindahan boleh berlaku ke peringkat anjuran negara.Abuya telah mengajarkan kepada kita yang mempunyai kaedah yang ditunjuk oleh Tuhan yang dapat membawa satu sistem kehidupan yang Tuhan iktiraf hingga orang yang bukan Islam pun dapat bernaung di bawahnya.Pokoknya kalau ingin mengatasi masalah yang di datangkan daripada manusia , hanya satu jalan keluar , iaitu rujuk kepada Tuhan.


Orang yang telah dididik dengan rasa cinta dan takut kepada Tuhan lantas hasil daripada itu akan lahirlah ikatan perpaduan dan kasih-sayang sesama manusia dan akan subur dan makmurlah kehidupan manusia di atas mukabumi ini. Ianya boleh dimulakan daripada perkara mudah hinggalah kepada yang lebih besar. Contoh daripada yang mudah iaitu kebersihan hinggalah persoalan yang lebih besar dalam mempraktikan islam is the way of live. Lebih banyak amalan-amalan dalam Islam yang boleh dilaksanakan oleh semua bangsa dan agama. Kecuali dalam hal aqidah.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N