Langkau ke kandungan utama

MASJID BERSEJARAH TENGKERA.

"Sejarah dakwah Abuya bermula di Masjid bersejarah"



Menjejak dimana Abuya memulakan pejuangan jemaah yang di asasnya sendiri. Sebelum mendapatkan nama, markaz tersebut dipanggil rumah putih. Kerana rumah yang dijadikan markaz tersebut berwarna putih. Setelah menemukan sejarah sempena sahabat Nabi menggunakan rumahnya untuk Nabi berdakwah. Nama sahabat tersebut Ialah saidina Arqam bin Abi Arqam. Sempena sejarah tersebut Abuya ambil menamakan rumah putih itu ialah Darul Arqam. 


Sebagai pusat dakwah Abuya yang awal. Dua tiga tahun Abuya menumpukan program ke dalam. Iaitu kuliah kefahaman yang dipanggil program usrah. Untuk memahami fardhu ain Abuya buka kelas fardhu ain dengan membaca kitab kuning.Setelah dua tahun baru Abuya meneroka program dakwah kepada masyarakat. Program awal keluar ke tengah masyarakat  Abuya di jemput ke Negeri Melaka. 


Mengisi jemputan daripada AJK masjid Kampung Tengkera Melaka. Masjid ini merupakan masjid lama yang terletak di Jalan Tengkera yang berdekatan dekat Jalan Gajah Berang. Masjid ini telah dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah pertama kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga merupakan masjid kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.


Bangunan masjid ini bersegi empat dan ditutup oleh bumbung berlapis tiga. Bentuk seni bina masjid ini hampir menyerupai Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Demak di Pulau Jawa, Indonesia. Perkara yang ganjil tentang masjid ini ialah terdapat sebuah menara yang mempunyai seni bina yang sama dengan pagoda. Menaranya diperbuat daripada batu dan reka bentuknya jelas memperlihatkan kombinasi seni bina Cina dan India.


Pada asalnya, Masjid Tengkera ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Sumatera. Masjid ini 
telah diperbaharui beberapa kali iaitu pada tahun 1890 dan 1910.Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhammad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819. 


Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhammad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.Roh masjid Abuya bawa pulang ke rumah. Di antara roh masjid yang telah dilupakan masyarakat ialah muhasabah. Perkara ini pernah berlaku di masjid Nabawi, áda di kalangan sahabat Nabi yang mengikat dirinya di tiang masjid. Seiap orang yang datang dan mendekatinya , dia ambil kesempatan mohon maaf. Abuya mendidik keluarganya melakukan muhasabah. Hari ini kenapa dapur rumah kita kurang bahan makanan Mari kita koreksi apa yang menyebabkan malaikat tidak bawa rezeki kerumah kita. 


Siapa yang sembahyang bersama Abuya akan di tanya, dosa apa yang sudah dilakukan.Di kalangan anak-anak akan ada yang merespon, saya bergaduh, ada pula yang merespon, rumah kita hari ini tidak bersih sehingga meragukan untuk ruang tersebut dijadikan tempat sembahyang. Setelah muhasabah dilakukan Abuya minta kami bertindak. 


Yang bergaduh saling bersalaman dan maaf bermaafan. Giliran bertugas membersihkan rumah terus bertindak supaya layak ruangan tersebut di jadikan tempat sembahyang. Abuya mendidik keluarga dan anak muridnya setiap ruang bukan sahaja suci bersih tetapi sentiasa bersedia menyambut kedatangan tetamu. Kerana dalam tetamu datang membawa rahmat dan pemergiannya membawa dosa-dosa penghuni rumah tersebut. 

.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N