Langkau ke kandungan utama

ABUYA PERJUANGKAN MODEL ISLAM.

MODEL ISLAM IS THE WAY OF LIVE. 
( anak sulung lelaki Abuya bersama keluarganya ).

( Mohamad Nasrullah Ashaari anak ke empat daripada semua anak Abuya seramai 36 orang ).

Abuya berjaya menghasilkan model ‘Bandar’ yang lain dari yang lain iaitu sebuah ‘Bandar’ dengan sistem hidup yang memasukkan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal. Dengan kata-kata 
lain, Abuya dapat membangunkan material dan rohani sekaligus. Walaupun pembangunan materialnya tidaklah bersaiz besar tetapi sistem model itu adalah penghasilan yang patut ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh semua golongan. Mencantumkan material dan rohani dalam satu diri untuk dapatkan peribadi agung dan bangsa yang agung yang praktikal adalah kerja paling sukar yang Allah tidak rezekikan kepada filasuf dan ahli-ahli dunia, melainkan kepada orang Tuhan. Model tersebut sebelum diperkenalkan dan di praktikkan dulu. Ertinya model Islam is the way of live dapat diihat amalannya pada dirinya dan keluarganya. Begitulah perintah Tuhan kepada kita.


Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ  ﴿٦﴾

Maksud firman Allah:  "Wahai orang-orang yang beriman! 
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." ( At Tahrim 66:6 ).


Model  ‘Bandar’ Abuya bukan untuk Malaysia sahaja, tidak untuk orang Melayu Islam sahaja dan tidak untuk keluarga semata-mata. Atas nama Allah dan Rasul, Abuya diterima di kalangan UMNO, PAS, Keadilan, kaum Cina, India dan lain-lain. Semua ini boleh bersatu di majlis Abuya atau dalam program Abuya.Bahkan Abuya juga mengikat warga Sarawak, Australia, Jordan, Perancis dan lain-lain untuk jadi macam keluarga dengannya. Keupayaan menyatu-padukan semua golongan ini bukan kecil harganya. Di waktu manusia berpecah belah sekalipun dalam satu keluarga, maka kalau ada orang boleh mengikat semua golongan, ia adalah satu anugerah besar Tuhan seperti apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW yang menyatukan kaumnya, yang sebelum itu berperangan antara satu sama lain. 


Asas bagi keajaiban di dalam model bandar Abuya adalah kerana Abuya Ashaari Muhammad mempunyai peribadi yang ajaib. Di waktu orang tidak lagi pedulikan Tuhan kerana terlalu cintakan dunia, Abuya Ashaari Muhammad meletakkan Tuhan (Allah SWT) sebagai cinta agungnya. Dengan maksud, seagung-agung cinta itu adalah datang dari Tuhan dan untuk Tuhan. Ertinya merasakan terlalu besarnya cinta kepada Tuhan. Dengan kata lain, hidup matinya semua hanyalah untuk dan kerana Tuhan. Lihatlah jadual dan program hidupnya yakni sepenuh masanya dengan Tuhan, Allah Rabbul ‘Alamin. 


Demi membuktikan cinta kepada Rasulullah SAW, Abuya Ashaari Muhammad mengambil gaya hidup poligami untuk meramaikan umat. Kerja yang amat sukar, yang tidak ramai orang lelaki lakukan iaitu poligami secara terbuka dan mempunyai seramai-ramai anak. Itulah yang cuba dibuktikan. Tidak hanya untuk dirinya, tetapi juga kepada semua anak-anaknya. Tiga belas orang anaknya yang berumah tangga sudah berpoligami. Menjadikan bilangan anggota keluarganya, isteri, campur anak, campur menantu, campur cucu ialah lebih dua ratus orang. Dan semuanya itu adalah anggota jemaahnya. Tiada seorang anaknya yang tidak ikut perjuangannya. Stail hidup ini ditiru pula oleh anak-anak muridnya.

Percintaannya dengan Tuhan dapat dilihat dalam dua bentuk:

i. Berhabis-habisan dalam mempromosi Tuhan.
ii. Membesar-besarkan dan mengutamakan kehendak kehendak Tuhan dalam hal ibadah dan akhlak. 


Orang memperkecilkannya kerana tidak banyak bawa nas dan tidak kuat ibadah. Walhal Abuya Ashaari Muhammad mempunyai perilaku yang jauh lebih agung dari itu kerana dia mampu melaksanakan nas Al Quran dan Al Hadis. Nas bukan untuk dihafal tapi untuk diamalkan dalam kehidupan. Manakala ibadah adalah untuk bertaqwa kepada Allah. Kalau hati sudah penuh dengan takut dan cinta Allah, bukankah itu sebesar-besar ibadah? 


Bukti bahawa Abuya amat menghayati Allah dan Rasul ialah bila dilihat pada akhlaknya, yakni beliau adalah seorang yang zuhud, sabar, berani, pemurah, kasih sayang, tawakal, tawadhuk, pemaaf, pemalu, menghormati tetamu, membela jiran, menjaga anak buah dan menziarahi manusia. Tidak mahu memakai seluar panjang tanpa kain pelekat kerana malukan auratnya hingga beliau sentiasa berkain pelekat ke mana-mana. Beliau mendoakan musuh-musuhnya. Beliau menegakkan kebenaran di hadapan pemerintah dan sistem sekular. Orang berkata beliau mengambil kepentingan dan menzalimi anak buah. Walhal kenyataan sebenarnya ialah dia pemimpin yang sanggup miskin untuk menumpangkan kekayaan lahir batin kepada anak buah. 


Terkumpul pada dirinya watak-watak diri yang berbagai-bagai: suami yang bertanggungjawab, pemimpin yang berwibawa, guru yang dicontohi, bapa yang bijaksana, kawan yang setia, ibu tempat bermanja, tempat rujuk dan tempat mengadu. Abuya Ashaari Muhammad menjadikan dirinya tempat orang meminta tolong. Sehingga orang yang mengenalinya akan berkata dialah ibu, ayah, guru, pemimpin, kawan dan suami yang dicintai isteri-isterinya. 


Semua kesenangan hampir dimilikinya dan semua jenis ujian kesusahan pun dirasakan Tuhan kepadanya. Dia boleh dikatakan manusia yang paling disusah-susahkan Allah di zaman ini. Hidupnya bertahap, tidak melompat. Semua jenis kenderaan dipakainya. Dari yang serendahrendah kepada yang secanggih-canggih. Semua jenis rumah tempat tinggal didudukinya. Dari yang sedaif-daifnya hingga ke semoden-modennya. Semua jenis kelompok manusia digaulinya dan pernah dicampuri dari serendahrendah sampai ke setinggi-tingginya. Demikianlah Abuya Ashaari Muhammad dikayakan Tuhan sesungguh-sungguhnya. 


Direzekikan mengembara ke 3/4 dunia untuk berkenalan dengan kaum-kaum di dunia. Bertahun-tahun menetap di negara-negara luar hingga faham betul watak, budaya, agama, masyarakat dan pemimpin di negara-negara di dunia. Terdapat enam ulama besar dunia yang menyokong perjuangannya. Dua orang di Turki, seorang di Iraq, seorang di Madinah, seorang di Maghribi, seorang di Jordan. Mereka semuanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai pengikut yang ramai. Ada di antaranya yang mempunyai pengikut jutaan orang di seluruh dunia. Mereka ialah Sidi Abdul Nasir, Syeikh Shammar, Sidi Dr. Salam Al Harras, Syeikh Abdul Jabbar, Syeikh Mahmood Afandi dan Syeikh Haidar.


Imam Mahdi dalam program dan strategi mengislamkan dunia ini semula; menurut Abuya Ashaari Muhammad; dia sedang memulakan tapaknya menggunakan umat Islam yang ada di Timur. Iaitu negara Malaysia. Ini terbukti Syiar Islam di Malaysia lebih terserlah dibandingkan dari negara-negara umat Islam di tempat-tempat lain.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N