Langkau ke kandungan utama

ABUYA BERDAKWAH DI SELURUH PUSAT PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


ITM GELANGGANG WADAH DAKWAH ABUYA.

Moto:Usaha Taqwa Mulia  ( UiTM ). 




Moto:Usaha Taqwa Mulia  ( UiTM ). Institut Teknologi Mara di Shah Alam, salah sebuah pusat pengajian tinggi yang pernah menjadi tumpuan dakwah Abuya. Hampir semua kolej telah Abuya masuk mengisi program ceramahnya. Iaitu pada tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan. Saya sering mengikuti ceramah Abuya kesana. Ketika saya mengikuti anak yang dapat masuk belajar yang kini sudah dinaik tarafkan kepada Universiti Institut Teknologi Mara ( UiTM ). Sambil berkongsi dengan anak saya yang masuk kesitu, mengimbau kembali sejarah Abuya di pusat-pusat pengajian tinggi yang ada di Malaysia, salah satunya ialah UiTM. Suatu ketika dahulu saya sering pergi kesini kerana mengikuti program kuliah Abuya.  


Institute  pengajian tinggi sekarang hanya berfungsi membangunkan akal atau mental sahaja. Iaitu menyediakan pelajaran dan pengalaman dalam tempoh pengajian. Ini lebih susah daripada membangunkan fizikal. Ilmu dalam Islam  terbahagi kepada  ilmu fardhu ain, ilmu fardhu kifayah dan ilmu yang mubah atau harus. Ini boleh dilakukan dengan belajar, membaca dan bermuzakarah. Kita pula boleh temba pengalaman dalam belbagai bidang hidup,. Membangunkan hati, roh atau jiwa adalah lebih rumit. Ia dilakukan dengan menanamkan iman di hati. Kita kena buat berbagai latihan hati atau latihan jiwa atau bermujahadah dengan tujuan untuk membuang segala sifat-sifat mazmumah dan keji dari hati kita. Dan kemudian kita isi dengan segala sifat-sifat mahmudah atau sifat -sifat terpuji.


Sedikit latar belakang UiTM. Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan singkatan bagi Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.


Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Apabila remaja-remaja banyak terlibat dengan dadah,Abuya ada berpesan kepada keluarga dan anak muridnya, iaitu jangan salahkan musuh. Kalau mereka telah mendapat pelajaran tinggi tetapi masih terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat dan pengambilan dadah, umat Islam kena buat muhasabah apa yang tidak kena pada mereka. Mungkin pengisian akal sudah dapat tetapi keperluan manusia bukan itu sahaja, apakah pengisisan kepada roh mereka telah dibuat? Sedang unsur yang Tuhan ciptakan dalam diri manusia selain akal, roh atau hati dan fizikal. Musuh hanya meniti sahaja.Dalam  perkara ini sudah diberi panduan secara panjang lebar dalam bukunya berjudul kenapa salahkan musuh


Sebab itu Tuhan menyuruh kita sama ada ada dosa atau tidak, buat dosa atau tidak, nampak dan perasan ada dosa atau tidak, tetap disuruh rasa berdosa kerana memang ada dosa-dosa yang kita tidak sedar, iaitu dosa-dosa yang sangat tersirat. Lebih-lebih lagi kalau kita tidak ada pemimpin dan mursyid, banyak perkara-perkara halus dan seni yang kita tidak nampak. Sebab itu rasa kehambaan dan rasa bertuhan perlu dikekalkan. Termasuklah taubat dan rasa menyesal. Rasa berdosa mesti dikekalkan kerana walaupun tidak nampak dosa yang dibuat tetapi pasti ada dosa tersembunyi yang tidak dapat hendak dicungkil. Orang mukmin yang sejati, hatinya seperti gelombang ombak di laut, berombak-ombak tetapi tidak nampak. 


Lantaran merasai setiap detik dan saat terlalu banyaknya dosa-dosa yang telah dibuat dalam sehari. Bahkan dosa batin lebih banyak daripada dosa lahir tetapi tidak disedari. Biasanya dosa yang tidak terampun adalah dosa batin.Oleh kerana tidak ada rasa berdosa maka kita tidak bertaubat. Dosa lahir mudah disedari dan ditaubatkan. Di Akhirat, ramai orang tidak lepas dan masuk ke Neraka kerana dosa batin mereka. Kalau begitu, masih banyak lagi yang tidak selesai. Banyak lagi kejahatan batin yang berlaku. Oleh itu, banyakkan bertaubat dengan Tuhan. 


Cari ilmu lagi supaya boleh baiki diri. Tidak cukup hanya menjadi orang Islam sahaja. Kita mesti menjadi orang mukmin. Tuhan tidak akan menolong orang Islam kerana Tuhan hanya menolong orang mukmin. Kalau hendak mengharapkan bantuan dan pertolongan Tuhan, mestilah kemaskinikan diri untuk mendapat bantuan Tuhan itu. Orang mukmin sangat suka melakukan latihan mujahadah mengekang keinginan nafsu bagi melonjakan rohnya. 


Dan sekiranya dalam suasana yang aman damai ini kita tidak mahu atau tidak bermujahadah (berusaha sungguh-sungguh) untuk menjalani kehidupan yang baik di jalan yang diredhai Allah, maka sepatutnya kita bermuhasabah diri, segera insaf dan sedar betapa kemurkaan Allah amat besar.  Contoh kita mengambil sedikit masa selepas solat subuh untuk muhasabah diri. Perbuatan tersebut iaitu memberi masa untuk lakukan muhasabah adalah dakbus solihin. (دأب السالحين ). Sahabat nabi Umar Khatab sering lakukan muhasabah terhadap dirinya.


Sebelum itu akan dijelaskan bahwa dalam berusaha melawan nafsu itu, kita hendaklah menempuh tiga tingkat: Pertama,Takhalli. Kedua, Tahalli dan ketiga Tajalli

1. Takhalli (Mengosongkan atau membuang atau membersihkan). Di tingkat takhalli kita mesti melawan dan membuang semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah. Selagi kita tidak mahu membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh dari diri kita, maka nafsu itu akan selalu menguasai dan menghambakan kita. 

Sabda Rasulullah SAW: Terjemahannya: Sejahat-jahat musuhmu ialah nafsumu yang terletak di antara dua lambungmu. (Riwayat Al Baihaqi) 

Kerana kejahatannya itu telah banyak manusia yang ditipu dan diperdaya untuk tunduk, bertuhankan hawa nafsu. Itu  diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya:Terjemahannya: Apakah tidak engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan lalu dia disesatkan Allah.
 (Al Jaatsiah: 23)


Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman tidak memiliki tempat. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya tetapi menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu jangan dianggap ringan. Itu adalah satu jihad yang sangat besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada sahabat-sahabatnya ketika pulang dari satu medan peperangan Maksudnya "Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat bertanya, "Peperangan apakah itu?" Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi).


Melawan hawa nafsu sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya hingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah.


Untuk lebih jelas akan saya sebutkan tingkat-tingkat nafsu manusia sebagaimana iman itu pun bertingkat-tingkat. Saya sebutkan dari tingkat yang serendah-rendahnya iaitu nafsu amarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah.Kita yang berada pada tingkat iman ilmu, berada di taraf nafsu yang kedua yakni nafsu lawwamah. Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga tunduk sepenuhnya kepada perintah Allah. Paling minimal mencapai nafsu mulhamah dan nafsu mutmainnah, iaitu nafsu yang ada pada diri seseorang beriman ayan.


Di tingkat iman itu saja kita akan dapat menyelamatkan diri dari siksaan Neraka. Itu dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam firman-Nya:Terjemahannya: Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku. 
(Al Fajr 27-30)


Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum’ah, riya', ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, banyak makan dan mengumpat.Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan Jiwa akan suci.


Bagaimana pun membuang sifat mazmumah dari hati tidaklah semudah membuang daki di badan. Hal itu memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang terus menerus dan petunjuk yang berkesan dari guru yang mursyid yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati murid-muridnya hingga ia tahu apakah kekurangan dan kelebihan murid itu. Malangnya di akhir zaman ini, kita tidak memiliki guru yang mursyid.    


Nasib kita hari ini seperti nasib anak-anak ayam yang kehilangan pedoman. Tidak ada yang akan menunjukkan jalan kebaikan yang ingin kita tempuh. Meraba-rabalah kita dalam kegelapan.
Tetapi bagi orang yang mempunyai keinginan yang kuat untuk membersihkan jiwanya, ia tidak akan kecewa bila tidak ada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha demi kesempurnaan diri dan hidupnya sendiri. 


2. Tahalli (Mengisi atau menghiasi)
Tahalli bererti menghias, lawan kata bagi takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati dari sifat terkeji atau mazmumah, kita mesti segera menghias hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Supaya mudah difahami mari kita gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk. Selama ini mangkuk itu berisi sifat-sifat mazmumah. Setelah kita mujahadah maka sifat itu keluar meninggalkan mangkuk kosong. Waktu itulah kita masukkan ke dalam mangkuk itu sifat mahmudah.


Di antara sifat-sifat mahmudah yang patut menghias hati kita ialah jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah, taubat, bersangka baik, takut pada Allah, pemaaf, pemurah, syukur, zuhud, timbang rasa, redha, sabar, rajin, berani, lapang dada, lemah lembut, kasih sayang sesama mukmin, selalu ingat mati dan tawakal. Untuk menghias hati dengan sifat mahmudah kita sangat memerlukan mujahadah. Saya tegaskan sekali lagi bahwa bila dalam tingkat mujahadah kita masih terasa berat dan susah, maknanya belum ada ketenangan dan kelezatan yang sebenarnya. Insya Allah kalau kita sungguh-sungguh, lama kelamaan akan beryatu dengan hati kita dan akan terasalah lazatnya.


Cara-cara mujahadah dalam tahalli sama seperti kita mujahadah untuk takhalli. Misalnya kita mahu mengisi hati dengan sifat pemurah, maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita terutama yang kita sukai dan sayangi untuk diberikan kepada yang memerlukan. Awalnya tentu terasa berat dan susah tetapi janganlah menyerah. Kita mesti melawan. Tanamkan dalam hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut untuk mendapat pahala sedekah.
Sayidatina Aisyah r.a. di waktu tidak memiliki apa-apa untuk dimakan, beliau mencuba untuk mendapatkan hanya sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu besar keinginan mereka pada pahala dan rindu kepada Syurga. 


Mereka berlomba-lomba menyahut pertanyaan Allah SWT:
Terjemahannya: Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik nanti Allah akan melipat gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.
(Al Hadid: 11) Setiap kali kita merasa sayang pada harta kita setiap itu pula kita mengeluarkannya. Insya Allah lama-kelamaan kita akan memiliki sifat pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk, pemaaf, zuhud dan semua sifat-sifat mahmudah yang lain perlu kita miliki. Untuk itu mesti bermujahadah. Jika tidak, iman akan ikut tiada sebab iman berdiri di atas sifat-sifat mahmudah.


3. Tajalli (Terasa kebesaran dan kehebatan Allah)
Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli kita memperoleh tajalli iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi.Agak sukar untuk ditulis apa erti tajalli sebenarnya, sebab merupakan sejenis perasaan (zauk) yang hanya mungkin difahamkan oleh orang-orang yang merasakannya. Seperti manisnya gula, tidak dapat digambarkan dengan tepat kecuali dengan merasakan sendiri gula tersebut.


Tajalli secara ringkas ialah perasaan tenteram, tenang dan bahagia. Hati seakan-akan terbuka, hidup, melihat dan merasa kehebatan Allah. Hati selalu teringat dan rindu pada Allah. Harapan dan pergantungan tidak pada selain Allah. Seluruh amal bakti adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Apa pun masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan bahagia. Kesusahan apa pun tidak terasa dalam hidupnya sebab semua itu dirasakan sebagai pemberian dari kekasihnya, Allah SWT. Akhirnya bagi orang-orang yang beriman, dunia ini sudah terasa bagai Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati. 

Membangunkan insan bukan sekadar membangunkan akal. Hakikat pembinaan insan yang sebenarnya ialah untuk membantu dan memudahkan manusia berperanan sebagai hamba kepada Allah dan sekaligus berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Semoga dengan itu manusia akan berbahagia di dunia dan di akhirat.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N