Langkau ke kandungan utama

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

(Sungai Dajlah).


Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq.
Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 


Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat sudah hampir. Sungai tersebut juga dikaitkan dengan tamadun tua dunia iaitu tamadun Mesopotamia. Bagdad (بغداد) adalah bandar terbesar kedua di Asia Barat setelah Bandar Tehran dengan jumlah penduduknya pada 2003 sekitar 5.772.000. Baghdad terletak berdekatan Sungai Dajlah (Tigris). Baghdad ini dulunya pernah menjadi pusat peradaban Islam. Sungai Dajlah juga menjadi saksi karamah para Sahabat Rasulullah SAW.


Sungai Furat (Bahasa Arab:نهر الفرات) ialah salah satu daripada sungai yang mentakrifkan Mesopotamia satu lagi (Sungai Dajlah) yang mengalir dari Anatolia Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer (1,730 batu). Negara-negara lembangan Turki, Syria,Jordan,Arab Saudi, Kuwait dan Iraq. Tigris-Furat:Punca Turki Timur, muara Telok Arab. Keluasan lembangan 765,831 km². Pertemuan dua buah sungai tersebut membentuk Telok Arab .
( شط العرب ). Babylon terletak di wilayah antara dua sungai. Iaitu sungai Furat dan Dajlah. Nabi Idris lahir di kota Babylon dan kemudian berhijrah ke Mesir. Sungai Furat dalam sejarah lama, membawa kepada kemunculan tamadun Sumeria, lebih kurang alaf ke-4 BCE. Kebanyakan bandar purba penting terletak di tebing sungai ini. Lembah sungai ini juga membentuk pusat empayar Mesopotamia.
Di dalam Al Quran, nama Nabi Idris AS disebut dua kali.


Maksudnya:
"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya. (Maryam 19:56-57).

"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. 86. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh.
(Al Anbiyaa 21:85-86).


Pada awal abad ke-7, Islam tersebar  ke daerah yang kini bernama Iraq. Sepupu sekaligus menantu Nabi Muhammad SAW Saidina Ali memindahkan ibukota di Kufah "fi al-Iraq" di mana ia menjadi Khulafa al-Rasyidin yang ke-4. Bani Umaiyyah yang berkuasa dari Damsyik di abad ke-7 menguasai Wilayah Iraq. Baghdad, ibukota Khilafah Abbasiah, adalah bandar utama bagi dunia Arab dan Islam selama 5 abad. Ada juga pendapat mengatakan Nabi Idris AS dilahirkan di Mesir. Ketika Nabi Idris AS melihat sungai Nil dia berkata, "Babylon ". Yang bererti sungai seperti sungai kalian, sungai besar, sungai yang penuh berkat. Ada juga mengatakan : pada zamannya, dibangun 180 kota' yang terkecil diantaranya adalah Ar-Ruha.

Terbelahnya Sungai Dajlah"


                                             Sungai Dajlah luas saujana memandang

Ditakhrijkan oleh Abu Nu'aim dari Abu Bakar bin Hafs bin 'Umar, dia berkata, "Salman Al-Farisi dan Saad r.hu berjalan berkumpulan dan kemudianya Saad r.hu berkata, "Hasbunallah Sungguh Allah akan menolong wali-wali Nya dan Allah menyebarkan agamanya ini dan Allah swt akan mengalahkan musuh-Nya, jika di dalam jemaah ini tidak ada kefasadan  atau dosa maka Jemaah ini akan mendapatkan hasanah(kebaikan) dan nusrah (pertolongan).,dan kemudian Salman r.hu  berkata,bahawa” Sungguh Islam ini baru, Allah SWT akan menundukkan sungai ini (Dajlah) sebagaimana Allah SWT telah menundukkan bumi (daratan) kepada kita, demi Allah yang diri Salman berada di dalam genggamanNya.


Lalu sungai Dajlah telah terbelah sehingga tidak nampak air sedikit pun di bahagian yang terbelah itu dan Jemaah kaum  Muslim ketika melaluinya mereka berbicara lebih banyak dibandingkan ketika mereka di daratan (menunjukkan mereka dalam keadaan yang tidak ada rasa takut dan dalam keadaan tenang). Jemaah kaum  Muslim yang berkelompok kelompok keluar darinya sebagaimana mereka masuk kedalam Sungai Dajlah. Mereka keluar dari sungai itu sama sebagaimana sumpah Salman r.hu. Mereka tidak kehilangan sesuatu apa pun dan tidak ada seorang pun dari mereka yang mati lemas (tenggelam).(Ad-Dalaail, 209)


Ditakhrijkan oleh Ibnu Jarir dari 'Umar Ash Shaidy, dia berkata, "apabila Saad r.hu dan orang-orang Islam masuk ke dalam sungai Dajlah dengan berjemaah,maka  Salman r.hu  berjalan bersama-sama  dengan Saad r.hu  mereka berjalan di atas air.Maka  Saad r.hu telah  berkata, “ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ”(pent- itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui) (Yaasin:38), dan apabila air sungai itu semakin meninggi, maka kuda-kuda mereka juga naik, (para sahabat dapat merasakan) kuda-kuda itu dalam keadaan tenang sebagaimana di daratan. Di Madain tidak pernah terjadi hal seperti ini maka hari itu disebut Yaum al-Maa' (hari air) dan mereka panggil juga hari itu sebagai Yaum al-Jaratsim (hari tempat-tempat yang tinggi).(Tarikh Ibnu Jarir, 3:122)


Pemandangan Sungai Dajlah dari atas satu jambatan.

Abu Nu'aim mentakhrijkan dari 'Umar Ash Shaidy sama seperti yang lain yang disampaikan kecuali tidak ada dikawasan Madain kejadian perkara ajaib ini dan kerana itu hari tersebut dipanggil sebagai “ Yaum al-Jaratsim”. Tidak ada satu orang pun daripada mereka pada  hari itu kecuali berada dalam keadaan gembira. (Ad-Dalaail, 29)


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."


 Pertempuran Karbala juga berlaku ditepi sungai Furat di mana Imam Hussain, keluarga dan sahabat beliau syahid. Sungai Dajlah atau Tigris ialah salah satu daripada sungai besar yang mentakrifkan Mesopotamia (Mesopotamia bermaksud tanah di antara sungai-sungai), bersama dengan Sungai Furat. Sungai Tigris mengalir dari pergunungan Taurus di Turki. Dari situ, ia mengalir ke banyak negara terutamanya Turki, Syria dan Iraq. Sungai ini berukuran 1,900 kilometer panjang dan bertemu Sungai Furat untuk membentuk Sungai Shatt-al-Arab yang mengalir keluar ke Teluk Parsi.


Negara-negara Arab di Teluk Persia adalah tujuh negara Arab yang berbatasan dengan Teluk Persia, yakni Kuwait, Bahrain, Irak, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Uni Emirat Arab (UEA).[1][2][3] Seluruh negara tersebut (dengan pengecualian Irak) adalah bagian dari Dewan Kerjasama Negara-Negara Teluk Arab.
Secara geografi, wilayah teluk yang memakai bahasa Arab disebut Arab Timur.[4][5] Perbatasan Teluk tersebut tidak meliputi Arab Timur.[6] Hejaz, Najd dan Arab Selatan bukanlah bagian dari teluk tersebut.[6] Negara-negara Arab di Arab Timur berbicara menggunakan sebuah dialek yang dikenal sebagai Arab Teluk. Kebanyakan orang Saudi tidak menggunakan Arab Teluk karena kebanyakan orang Saudi tidak tinggal di Arab Timur,[7]kebanyakan berada di pesisir wilayah timur.[7][


hari ini dalam tahun 1258, cucu kepada Genghis Khan, Hulagu Khan telah mengepung Baghdad yang ketika itu menjadi ibu negara Kalifah Abbasiah di bawah pimpinan Khalifah Al-Mutasim selama 12 hari sebelum berjaya menawannya pada 10 Februari tahun yang sama.
Kejatuhan Baghadad ketika itu adalah penamat kepada Zaman Keemasan Islam, seminggu selepas kota itu ditawan, tentera Mongol telah memusnahkan kitab-kitab dan dokumen di perpustakaan terbesar Islam di Baghadad. Tentera Mongol telah mengenakan hukuman mati ke atas Khalifah Al-Mutasim selain turut membunuh antara 200,000 hingga sejuta orang penduduk Baghadad. Kejadian itu telah menyebabkan Sungai Dajlah bertukar menjadi hitam akibat daripada dakwat kitab yang dibuang ke dalamnya serta merah kerana darah ilmuan yang dibunuh.


Para ulama berpendapat bahawa hadist di atas adalah satu isyarat yang jelas kepada dekatnya kita dengan Hari Kiamat , dan apatah lagi apabila tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat dan Britain menyerang kembali Iraq baru-baru ini ( Perang Teluk II ) . Selain itu , “ emas “ yang dinyatakan di dalam hadist di atas itu sebenarnya bukanlah emas sebagai mana yang difahami secara zahir hadist , bahkan maksud sebenarnya ialah PETROL yang dikenali sebagai “ emas hitam “ . Oleh itu , jelaslah hadist di atas BENAR-BENAR menunjukkan kepada apa yang berlaku di Iraq sekarang .


Ini adalah berita baik untuk umat Islam di Timur Tengah dan umumnya dunia seluruhnya. Satu berita baik yang akan menjadi realiti dunia akan Tuhan datangkan penyelamat. Dunia sudah lama dengan satu kehidupan yang huru hara dan penghuninya hidup dalam ketakutan. Siapa yang kuat dia bermaharajalela. Siapa yang lemah sekalipun jujur dalam penindasan. Keadilan diukur siapa yang ada kuasa. Bukan diukur siapa boleh memberikan kemakmuran dan kebenaran.


Ulasan

  1. 🛡Assalamualaikum🛡

    *Group Telegram Keilmuan Langka*
    ⚔Perisai Diri & Keluarga
    ⚔Perawatan Diri &Keluarga
    ⚔Belajar Melalui Guru Bersanad.
    ⚔Boleh Merawat Tanpa Menggunakan Khidmat Orang Lain.
    ⚔Keilmuan Putih HaQ

    SiLaLah Ke Group Keilmuan👇🏼👇🏼👇🏼
    http://t.me/keilmuanhaq
    http://t.me/sahabatkhalifah313

    BalasPadam
  2. Yuk di add pin WA: +628122222995 sabung ayam peru
    Sabung ayam online dan semua jenis permainan judi online ..
    Semua bonus menarik kami berikan setiap hari nya ... :)

    BalasPadam
  3. Jadilah jutawan mendadak sekarang juga hanya bermain di sentapoker,com. Hanya deposit 15ribu kamu sudah bisa mendapatkan bonus 10ribu dan berkesempatan memenangkan hadiah ratusan juta hingga milliaran Rupiah! Jangan sampai ketinggalan dengan bonus yang akan datang nantinya hanya di sentapoker,com

    WHATSAPP : +6285921063064
    LIVE CHAT : SENTAPOKER,COM

    SITUS POKER ONLINE RESMI
    DAFTAR SENTAPOKER
    PROMO POKER ONLINE
    CARA DAFTAR SENTAPOKER

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…