Langkau ke kandungan utama

MENGAWASI LIDAH DAN GERAK HATI.

MENGAWASI LIDAH DAN GERAK HATI.


Hari ini umat Islam ramai yang terjebak kedalam perangkap qadariah, jabariah, mujassimah, muktazilah, syiah dan lain-lain akidah-aqidah yang sesat itu biasanya secara tidak sedar (disebabkan kejahilan) iaitu dalam pada mereka mengaku berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, tidak kurang pula dikalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang secara sedar menukar aqidah mereka kepada syiah, wahabi dan sebagainya.


Allah SWT yang bersifat Maha Mendengar (السمع) itu, pendengaran-Nya tidak terdinding oleh keadaan jauh dan dekat. Pendengaran Allah juga tidak te batas pada yang bersuara ataupun yang tidak bersuara.
Yang bersuara Allah dengar dan yang tidak bersuara pun Allah dengar. Yang bersuara seperti berkata-kata atau ucapan makhluk atau segala yang baharu seperti manusia. Kita kalau bercakap ada suara dan itu didengar oleh Allah SWT. Yang tidak bersuara adalah seperti KALAMULLAH. 


Maknanya, Allah SWT mendengar kata-kata-Nya sendiri. Dan Allah berkata-kata tidak seperti makhluk; Allah berkata-kata tidak bersuara, tidak berlafaz, tidak berperkataan, tidak ada dulu dan tidak ada kemudian. Kalamullah adalah tersendiri. Seterusnya, Allah juga mendengar sama ada yang tersembunyi mahupun yang tidak tersembunyi. Allah juga boleh mendengar sama ada yang perlahan mahupun yang kuat. 


Begitu juga Allah mendengar sama ada yang tebal mahupun yang tipis, sama ada yang panjang atau yang lebar. Kesan daripada " keyakinan terhadap As Samak Allah.". Begitulah kedudukan sifat mendengar Allah SWT. Kalaulah kita sudah faham sifat mendengar Allah SWT itu dan kita yakini sungguh-sungguh, ia akan memberi kesan pada diri kita. Ia akan membangkitkan perasaan dan semangat kita untuk bertutur dan bercakap selaras dengan keyakinan kita itu. 


Kita akan berkata-kata selaras dengan apa yang kita fahamkan daripada sifat As samak bagi Allah SWT. Inilah kesan yang didorong oleh kefahaman dan keyakinan kita terhadap As Samak Allah SWT itu.
Dari itu, kita tidak akan bercakap atau berkata-kata dengan kata-kata yang tidak selaras dengan kehendak Allah atau dengan kehendak Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Dengan kata-kata lain, kita tidak 
akan bercakap dengan kata-kata yang tidak selaras dengan syariat Allah SWT. 

Inilah faedahnya ilmu tauhid yang kita pelajari. Guna dan faedah ilmu tauhid ini bukan untuk dibahas-bahaskan seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang. Mereka akan membahaskan Wujud, Qidam, Baqa' dan lain-lainnya dengan dalil-dalil akli dan naqlinya. Mereka akan bahaskan pula secara tafsili dan secara ijmali sifat-sifat ini. Kemudian mereka bahaskan secara mantiq dan secara falsafahnya. Tetapi sekadar dibahaskan, tidak lebih dari itu.


Jadi hendaklah kita faham bahawa ilmu tauhid, kalau dapat kita faham dan yakin benar-benar, akan mendorong kita faham dan yakin benar-benar, akan mendorong kita bertutur sesuai dengan syariat. Kita tidak akan bercakap perkara-perkara yang tidak selaras dengan syariat, kerana kita tahu Allah itu Maha Mendengar; mendengar sama ada yang bersuara atau pun yang tidak bersuara sehinggakan bisikan hati pun Allah dengar. Kita juga tahu Allah mendengar sama ada jauh mahupun yang dekat, sama ada yang kuat mahupun yang sayup-sayup, sama ada yang tebal mahupun yang tipis.


Kerana itu, bagi orang yang benar-benar berilmu tauhid sta yakin benar-benar dengan apa yang difahamnya, dia takut hendak bertutur dan berkata-kata sesuatu yang melanggar syariat ALLAH kerana jangankan tutur katanya ALLAH boleh dengar, malah gerak hatinya pun ALLAH dengar. Kalau begitulah, orang yang benar-benar memahami ilmu tauhid serta yakin dengan ilmu itu, tidak berani hendak mengumpat orang. Dia lebih-lebih lagi tidak berani hendak memfitnah orang. Dia tentunya tidak berani hendak mengeluarkan kata-kata yang sia-sia atau kata-kata yang tidak datangkan pahala.


Lidahnya tidak akan mencerca orang. Lidahnya tidak akan bercakaran dengan orang lain. Lidahnya tidak akan berkata perkataan yang membawa kepada dosa. Berbual-bual perkara kosong pun tidak mahu. Berbual perkara yang harus pun tidak mahu kerana walalupun perkara itu harus atau mubah pun dia tidak mahu kerana walaupun itu tidak berdosa tetapi ia tidak mendatangkan pahala. Bagi orang mukmin, itu pun tidak mahu dilakukannya kerana baginya satu kerugian. Dia merasakan dengan berbuat perkara yang harus aau mubah itu, dia telah mensia-siakan umurnya. Baginya, masa adalah umur. 


Demikianlah orang yang benar-benar telah mentauhidkan ALLAH  SWT. Orang  ini sudah benar-benar belajar dan faham sifat As Samak (السمع) ALLAH hingga kefahamannya itu menjadi keyakinan dan aqidahnya. Hasilnya, segala kata-katanya dapat didorong selaras dengan kehendak ALLAH SWT. Dia tidak akan mengumpat dengan lidahnya , dia tidak akan memfitnah dengan lidahnya, dia tidak akan berkata-kata dengan lidahnya yang boleh menyakiti orang lain, dan tidak akan berkata-kata yang sia-sia dengan lidahnya. Inilah faedah daripada kita belajar ilmu tauhid.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N