Langkau ke kandungan utama

KASIH SAYANG ANAK KUNCI PERPADUAN.

KASIH SAYANG ANAK KUNCI PERPADUAN.

 
(Rumah terbuka wadah menyambut tetamu).
(Tetamu: Ustaz Abdur Rahim Binjai kawan lama bersama anaknya A. Baset tokh motivasi).

Kemeriahan syiar amalan Islam di Malaysia di era kebangkitan Islam di Timur. Menarik perhatian pelancung-pelancung dari Timur Tengah. Pencapaian KL Sentral selaku pusat siber terulung Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia menaikkan tarafnya, sekaligus membolehkannya memperluaskan prasarana teknologi fizikal dan maklumat bertaraf dunia sambil melengkapi bandar Cyberjaya, dengan memberikan pilihan kepada syarikat yang hendak mencungkil kelebihan status MSC serta mendekati para pelanggannya. Sekaligus kemudahan para pelancung yang datang ke Malaysia "Menurut pemerhati dan pelancung dari Timur Tengah, mereka beri pandangan apa yang ada di Amerika ada di Malaysia dan apa yang ada di Malaysia tiada di Amerika."


Negara Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber daya alam dan energi, baik yang ada di permukaan bumi berupa hutan, air terjun, ,sungai ,tanah yang subur, flora dan fauna yang beraneka jenis, maupun yang berada di dalam bumi yang berupa bahan bahan galian seperti minyak, gas bumi, emas dan berbagai jenis mineral lainnya. Keindahan muka bumi yang Tuhan anugerahkan seperti sungai yang ada di Kuala Lumpur boleh dijadikan alat untuk menarik pelanjung ke Bandaraya KualaLumpur. Begitu juga dengan kekayaan lautnya, baik yang berupa potensi perikanan maupun potensi galian dalam laut. Saintis telah menemukan cadangan gas bumi terbesar di dunia. 


Kekayaan alam ini merupakan modal tambahan untuk umat Islam di Malaysia berdakwah dengan pengunjung. Dakwah dengan sikap dan akhlak Islam. Sekaligus menghidangkan sistem hidup Islam kepada pengunjung-pengunjung yang datang. Mereka datang daripada seluruh dunia. Kalau mereka tertarik dengan Islam yang kita tonjolkan ini adalah dakwah yang terbaik. Model dakwah Malaysia mendapat perhatian dunia. Apabila kita layan mereka secara propesonal ini memberikan gambaran kepada mereka bahawa masyarakat di Malaysia bertamadun dan berpendidikan.


Pendekatan dakwah yang dilakukan di Malaysia adalah satu pendekatan yang berhikmah. Secara ilmu dan kasih sayang. Kasih sayang anak kunci perpaduan. Angin dakwah yang berhembus lembut telah mencetuskan ombak dakwah yang kian lama kian ketara. Kian lama kian dirasakan. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makan ramai yang tertarik dengan pendekatan dakwah yang berlaku di Timur ini terutamanya di Malaysia. Makan ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam terutama dikalangan muda-mudi yang sedikit sebanyak ada keikhlasan di hati mereka. Mereka yang mempunyai akal fikiran yang cergas dan hidup jiwa mereka. 


Mesej dakwah disampaikan melalui media perdana dan juga media sosial. Kita dapat menyaksikan sekarang ianya disampaikan melalui  drama-drama yang ditayangkan di kaca TV dan sebagainya. Ini adalah satu perkembangan yang positif. JADUAL ALLAH semakin hari semakin ketara. Angin dakwah yang semakin rancak di Malaysia, ini adalah berita baik untuk Timur bahkan untuk dunia seluruhnya. Satu berita baik yang akan jadi realiti di awal kurun yang ke-15 Hijrah ini.


China dan Malaysia sememangnya bersejarah panjang. Ketika Dinasti Tang, 'Master Yijing' sudah mengunjungi Tanah Melayu 700 tahun lebih awal, mengikut catatan sejarah Malaysia. Pada Dinasti Ming, lima daripada tujuh pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Samudra Barat juga berlabuh di Melaka. Sebelum ini kita sudah muatkan artikal tentang Laksamana Cheng Ho adalah beragama Islam. Ini adalah satu perkembangan hubungan baik China dan Malaysia. Ianya akan memberikan keuntungan menyemarakkan lagi kebangkitan Islam melalui dakwah. Perkembangan tersebut memberikan motivasi kepada umat Islam di China. 


Kunjungan ini membuka lembaran baharu dalam sejarah kedua-dua negara. Perkembangan tersebut juga mengimbangkan antara dunia timur dan dunia barat. Hubungan China-Malaysia sekarang bukan sahaja tempoh terbaik dalam sejarah, tetapi juga terus menjadi peneraju hubungan di antara China dan ASEAN. Perkembangan tersebut akan memberikan keuntungan kepada kedua belah pihak. Realiti dakwah telah pun berlaku. Kebangkitan Islam di sebelah Timur lebih menonjol daripada kebanyakkan negara-negara di seluruh dunia.

Firman Allah: إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ  ﴿١٠﴾
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara".
(Al Hujurat 49:10).

Rumpun Melayu berada dimana-mana, sama ada di Indonesia, Malaysia, Brunai, Singapura, Thailand, dan lain-lain negara. Dengan ayat di atas Allah menjelaskan, sebenarnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Kalau rumpun Melayu itu diibaratkan  sebuah keluarga besar, yang mana dalam sebuah keluarga besar itu tentulah ada ibu dan ayah, abang, kakak dan adik beradik yang lain. Rumpun Melayu atas nama Islam belum menerima giliran menerajui empayer atas nama Islam. Kita yakin daripada apa yang kita belajar dari Abuya kini giliran Melayu pula akan menerajui empayer atas nama Islam. 
Empayer adalah merupakan nikmat yang Tuhan akan berikan kepada Melayu atas nama Islam. Apabila etnik Melayu benar-benar telah mempersiapkan diri sebagaimana yang dituntut oleh Tuhan.


Marilah kita fahami secara umum maksud menggunakan nikmat di jalan Tuhan. Pertama, cara mendapatkan nikmat itu mesti betul-betul menepati syariat. Nikmat itu didapati dengan cara yang halal dan bukan cara yang haram. Nikmat itu bukan didapati dengan cara mencuri, merampas atau menipu. Nikmat itu didapati dengan cara yang baik dan berhikmah. Nikmat itu didapati atas dasar ada keredhaan daripada orang yang memberinya. Kalau nikmat harta, didapati dengan jalan jual beli yang sah. Kalau nikmat ilmu, didapati dengan cara belajar dengan guru. Bagi orang muqarabin atau warak, mereka sangat berhati-hati dalam mengambil nikmat ini. Malah yang halal kalau tidak jelas halalnya, mereka tidak ambil. Mereka ini orang sangat takut dengan Tuhan sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: “Tidaklah dinamakan taqwa itu sehingga seseorang itu meninggalkan sesuatu yang tidak salah kerana takut terjebak kepada hal-hal yang salah.”


Kedua, sudah mendapat nikmat, hendaklah dirasakan nikmat itu datang dari Tuhan. Meskipun kita dapat nikmat itu daripada orang dan kita berterima kasih kepada orang tersebut, hakikatnya semua nikmat itu adalah daripada Tuhan. Oleh itu, kenalah kita benar-benar merasakan nikmat itu daripada Tuhan. Dari sini, sepatutnya lahir berbagai-bagai rasa kehambaan dengan Tuhan. Kita rasa berterima kasih kepada Tuhan yang Maha Baik memberikan nikmatNya kepada kita. Rasa malu dengan Tuhan atas nikmatnya yang banyak kepada kita sedangkan apalah sangat diri kita ini di sisi Tuhan. Rasa tidak layak untuk mendapat nikmat, contohnya jika kita diberi jawatan, kerana kita bukan orang yang selayaknya. 


Rasa cemas mendapat nikmat, bimbang kita tidak dapat menggunakan nikmat ini di jalan Tuhan. Atau boleh sahaja kita lalai dan salahgunakan nikmat itu. Rasa takut dengan Tuhan, takut-takut nikmat itu adalah tanda kemurkaan Tuhan kepada kita. Justeru, nikmat itu tidak menjadi rahmat tetapi bertukar menjadi istidraj. Juga dari sini akan lahir berbagai-bagai rasa bertuhan seperti merasakan Tuhan itu Maha Pemurah, Maha Kaya, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Adil.


Ketiga, nikmat yang kita dapat itu, hendaklah digunakan mengikut kehendak Tuhan. Di sini kena ada ilmu, jika tidak, kita tidak faham mana satu kehendak Tuhan, mana satu kehendak nafsu kita. Malah perlu juga ada pimpinan agar kita sentiasa terpimpin kepada Tuhan. Nikmat harta yang banyak yang kita dapat contohnya, sepatutnya kita ambil mana yang perlu sahaja. Mana yang selebihnya, sudah bukan keperluan, maka kita kembalikan kepada Tuhan. Kita berikan pada fakir miskin atau gunakannya untuk projek membangunkan keperluan umat Islam. 


Kemudian, dalam menggunakanlah nikmat itu Tuhan sudah mengingatkan kita supaya tidak membazir kerana orang yang membazir itu adalah kawan syaitan. Selain itu, apapun harta yang kita ada, bila cukup syaratnya untuk berzakat, hendaklah kita tunaikan kewajiban tersebut. Contoh lain, nikmat ilmu, janganlah kita gunakan untuk tujuan cari makan. Atau kita gunakan ilmu itu untuk tujuan bermegah-megah dan mencari glamour. Ini sudah tidak menepati kehendak Tuhan. 


Inilah formula ke arah tertegaknya DUNIA BARU ISLAM, kontra kepada order baru dunia tajaan Amerika Syarikat. Inilah JADUAL  ALLAH yang akan membawa keamanan dan kebahagian dunia. Umat Islam mesti berjiwa besar untuk merialisasikannya. Kita tidak boleh berpelok tubuh melihat jadual-jadual syaitan berleluasa menumpahkan darah manusia dan merosakan dunia. JADUAL ALLAH hendaklah diisi oleh kerja, bukan angan-angan atau mimpi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N