Langkau ke kandungan utama

HATI DAPAT MENGAWAL DIRI MANUSIA.

HATI DAPAT MENGAWAL DIRI MANUSIA.


Hati manusia apabila dapat dikenalkan semula dengan ALLAH SWT sebagaimana sebelum ia dapat dirosakkan oleh syaitan dan hawa nafsu. Sebelum  ia dirosakkan alam sekeliling. Sebelum manusia dirosakkan oleh penghidupan dan dunia ini. Hati manusia itu akan kuat. Dan hati inilah yang sebenarnya dapat mengawal diri kita. Sebab itulah, kita perlu menjaga hati betul-betul. Perlu sentiasa berikan makanan kepada hati kita, iaitu dengan zikrullah dan tanamkan jiwa tauhid. 


Roh tauhid benar-benar menjiwai hati kita. Kita hargai hati kita dengan kita kenalkan Tuhan kepadanya. Supaya hati tidak dipengaruhi oleh syaitan dan hawa nafsu. Jangan biarkan hati digoda oleh alam benda ini. Dan kalaulah hati dapat kita kawal daripada musuh-musuh lahir dan batin, dapat pula kita letakkan kembali kepada fungsinya yang sebenar iaitu kenal betul-betul kepada ALLAH SWT, maka hati itulah yang akan mendorong dan mengawal diri kita. 


Dan dengan sebab itu jugalah orang yang mengenal ALLAH SWT tindak tanduknya selaras dengan kehendak ALLAH SWT. Keyakinan tauhid kita mestilah menghayati jiwa, jangan hanya pada peringkat akal sahaja. Mungkin keyakinan awal pada peringkat akal itu perlu tetapi jangan kita biarkan keyakinan itu hanya bertapak pada akal fikiran sahaja. Mengenal ALLAH SWT dengan akal adalah jalan untuk mempertahankan iman tetapi untuk menebalkan iman, kita mesti mengenal ALLAH dengan hati. 


Orang yang dapat benar-benar mengenal ALLAH sampai kepada peringkat hati hingga dapat mengawal dirinya. Begitu juga dapat mendorong dan bertutur dan berkata-kata selaras dengan syariat. Ertinya orang yang berjiwa tauhid adalah orang yang tutur katanya selaras dengan syariat. Bahkan apa saja yang dia buat selaras dengan keyakinan dirinya terhadap ALLAH SWT seperti Qudrah dan segala sifat-sifat ALLAH lain-lainnya.


Kalau kita belajar tauhid sehingga tahu, faham dan yakin sungguh tetapi keyakinan itu hanya bertapak pada akal, tidak langsung kita usahakan untuk dihayati oleh hati, kita dapati ada saja kesalahan yang akan kita lakukan. Walalupun kita tahu akan kesalahan itu, namun kesalahan itu tetap kita langgar juga. Kita masih menjadi mukmin yang 'asi, yang ingkar dan mungkar kepada ALLAH. Ini adalah kerana orang yang mengenal ALLAH dengan akal tidak takut dengan ALLAH walalupun keyakinannya dengan ALLAH itu tepat. 


Tetapi orang yang mengenal ALLAH dengan hati, dia takut dengan ALLAH. Bila hati kita dapat mengenal ALLAH, barulah kita terasa takut dan gerun dengan ALLAH hingga kita tidak berani hendak melanggar sebarang perintah ALLAH. Dia juga tidak berani melakukan larangan ALLAH. Tetapi kalau hati tidak kenal ALLAH, hanya akal saja yang kenal ALLAH, rasa takut dengan ALLAH tidak ada walau pun iman kita sudah sah. Kita tahu ALLAH itu wujud dan sebagainya, tetapi kita tidak dapat rasakan begitu. Kerana itu, rasa takut dengan ALLAH tidak ada. Tidak ada rasa takut kepada ALLAH membawa diri kita terus melanggar perintah-NYA. 


Tauhid kita masih pada fikiran sahaja. Atau kita dikatakan mempunyai fikrah Islamiyah. Sepatutnya kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan jiwa tauhid.Orang yang mengenal ALLAH hingga ke peringkat jiwanya, berulah kata-kata dan seluruh tindak tanduknya selad dengan syariat ALLAH. Orang ini sudah sampai ke peringkat mukmin soleh. Dia termasuk golongan Abrar iaitu golongan orang yang berbakti kepada ALLAH. Atau di sebut golongan Muflihun iaitu golongan orang-orang yang mendapat kemenangan. Atau di sebut Ashabul Yamin iaitu golongan orang yang diberi suratan amal dari sebelah kanan di Akhirat. 


Golongan-golongan ini adalah orang-orang yang sudah berjiwa tauhid. Orang-orang ini apabila dia melakukan sedikit kesalahan sahaja atau apabila dia terjebak saja dengan dosa kecil sekalipun, masa itu juga dia meminta ampun kepada ALLAH SWT. Dia tidak tunggu sejam lagi dia beristighfar kepada ALLAH. Kalau dia asuh jiwa dia benar-benar sehingga hatinya melekat sungguh tentang Allah yang Maha Agung. Orang ini akan sampai ke peringkat Muqarrobin. Dia akan menjadi wali-wali ALLAH dan kekasih-kekasi ALLAH. Orang soleh belum dianggap kekasih ALLAH.


Mereka adalah orang-orang baik. Orang-orang ini walalupun masuk Syurga, tetapi lambat. Orang-orang Muqarrobin, kerana mereka kekasih ALLAH, cepat masuk Syurga. Golongan orang soleh lambat masuk Syurga dan yang mereka takuti ialah jatuh ke Neraka. Dan kalau kita baca sejarah orang-orang dahulu terutamanya Sahabat-sahabat, mereka tidak berhajat untuk menjadi orang soleh kerana lambat masuk Syurga. Pada mereka, lambat masuk Syurga itu adalah satu penyeksaan. Sebab itu mereka lebih berhajat untuk menjadi orang Muqarrabin untuk mencari peluang melompat masuk kedalam Syurga. Itulah sebabnya sahabat-sahabat cari peluang untuk mati Syahid sahaja.


Bagi kita, tentulah mati syahid ini tidak seronok kerana tidak tidak tahu di mana matinya kita. Entah di mana mayat kita orang campak. Tetapi kalau mati sakit, orang sentiasa ada di sisi terutamanya anak-anak dan isteri. Dapat pula kita bermanja-manja sebelum mati. Isteri kita pun datang picit-picit kita dan begitu juga anak-anak kita. Kawan-kawan pula ziarah kita dan bawa buah tangan. Bukankah seronok mati sakit? Sebab itu tidak ada orang hendak mati syahid hari ini. Tetapi Sahabat-sahabat zaman dahulu berlumba-lumba hendak mati syahid.
Kerana orang mati syahid termasuk dalam golongan MUQARRABIN.

Maksud firman ALLAH:

"Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung."(Al Haj 22:47).


Muqarrobin tidak berhajat hendak jadi orang soleh kerana orang soleh lambat masuk Syurga, dan itu adalah penyeksaan bagi mereka. Mengapa kah mereka merasakan yang lambat masuk Syurga itu satu penyeksaan? Sebab ialah, kalau terlambat satu hari sahaja, bukankah serupa satu hari di Akhirat dengan satu hari di dunia. Satu hari sahaja terlambat di Akhirat bererti seribu tahun kita menunggu. Sebagaimana firman Tuhan di atas.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N