Langkau ke kandungan utama

BERJUANG MEMBUKTIKAN KEBENARAN HADIS.

BERJUANG MEMBUKTIKAN KEBENARAN HADIS.


Masyarakat dunia sedang menyaksikan satu kebangkitan Islam yang diterajui oleh Timur. Kebangkitan Islam di sebelah Timur lebih menonjol daripada kebangkitan Islam di tempat-tempat lain. Islam dari sebelah Timur kini menjadi teraju kepada kebangkitan Islam yang sedang berlaku di seluruh dunia. Malaysia pula menjadi negara Timur paling tertonjol suasana ke-Islamannya. Keadaan politik dan ekonomi negara-negara Timur ini agak stabil. Di era ini, kajian tentang Asia Tenggara khsusnya Malaysia mendapat perhatian dunia.Kawasan strategik ini semakin menarik perhatian dunia, baik dalam aspek politik, ekonomi, kebudayaan, akademik terutamanya kebangkitan Islam sekali lagi. Orang Melayu semakin tertonjol di arena antara bangsa. Malaysia semakin mendapat tempat di pentas dunia.


Malaysia menjadi pilihan utama bagi pelajar-pelajar dari Timur Tengah menyambung pelajaran. Kemeriahan ekonomi di Malaysia dengan adanya Arab town, Arab street menyumbang sama di era k bangkitan Islam ini. Suatu ketika dahulu untuk mendapatkan produk Timur Tengah, terpaksa kirim melalui rombongan umrah atau haji. Kini semua products Timur Tengah yang kita inginkan mudah dapat dalam pasaran tempatan. Bahkan Hyper market Arab sudah ada di Malaysia. Produk Timur Tengah mudah didapati di banyak tempat,  di bandar -bandar Malaysia.


Malaysia adalah sebuah kawasan dimana pengamalan Islamnya menunjukkan dynamics bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta mencetuskan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yang sangat menarik. Kata Sy. Fahad tokoh dari Saudi"apa yang ada di Amerika ada di Malaysia tetapi apa yang ada di Malaysia tiada di Amerika"maksudnya kemajuan yang ada di Amerika ada di Malaysia dan perkembangan Islam di Malaysia tiada di Amerika. 


Di era kebangkitan Islam Timur semakin tertonjol dan Barat semakin kurang pengaruhnya. Amerika dan dunia barat ibarat singa tua sudah kehilangan taringnya. Contoh dunia digemparkan dengan pendedahan media antarabangsa president Amerika Syarikat 
memukul wartawan CNN. Begitulah kesan sebuah empayer yang hanya membesarkan kemajuan dan tamadun lahir sahaja. Kalau gejala sosial di Barat sudah menjadi berita biasa sahaja.


Berbeza tamadun Timur yang sedang naik berasaskan Islam. Ia adalah gabungan kemajuan dan tamadun lahir yang ditunjangi oleh iman ketaqwaan. Tamadun tersebut dapat memberikan keselamatan, kebahagian dan keharmonian untuk kehidupan didunia dan kehidupan di akhirat yang kekal.Bila empayar Melayu yang ditunjangi iman dan taqwa ertinya empayar yang kukuh kerana Tuhan menjadi pelindung, pembela dan penyelamat. Empayar yang ditunjangi oleh tamadun yang ditegakkan adalah kerana Allah dan mengikut cara yang Allah mahu, maka ia akan selamat dan menyelamat. 

 Firman Allah:

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.


Etnik Melayu menerajui kebangkitan Islam di Timur. Di dalam sejarah Islam sendiri, Rasulullah SAW juga tidak pernah menghapuskan identiti kaum hanya disebabkan golongan tersebut menganut agama Islam. Malah kita akan dapati bahawa struktur kaum sebenarnya telah wujud di dalam sistem politik Islam sejak dari zaman awal Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman mutakhir ini. Di dalam konteks di Malaysia contohnya, selain dari takrifan bangsa Melayu, terdapat juga unsur-unsur tradisi yang telahpun wujud sejak ratusan tahun yang lalu yang turut juga dimasukkan di dalam Perlembagaan Negara seperti kedudukan istimewa hak orang Melayu dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu di mana ianya berperanan, bukan sahaja ke arah menstabilkan sistem politik negara malah merupakan hasil permuafakatan yang telah dipersetujui bersama semua kaum.


Apa yang di nyatakan didalam perlembagaan ianya diterima oleh orang Melayu dan juga bukan Melayu sebagai suatu formula bersama bagi menyelesaikan potensi konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. Kita juga perlu membezakan dua perkara iaitu peranan bangsa sebagai alat dan wasilah dengan bangsa sebagai matlamat di dalam agenda perjuangan Islam. Tiada sesiapa pun yang menafikan bahawa Islam adalah agama dan Melayu adalah bangsa dan oleh itu tidak sesiapapun yang membangsakan agama Islam atau mengagamakan bangsa. Namun, sebagai seorang Melayu Islam, kita seharusnya bersyukur mengenai wujudnya hubungan yang kuat di antara Melayu dan Islam serta peranan yang telah dimainkannya sepanjang sejarah di dalam mempertahankan dan mengembangkan Islam di rantau ini. 


Hakikatnya, peranan bangsa di dalam sistem politik Islam pada suatu masa dahulu adalah sesuatu yang diiktiraf dan oleh itu, apabila kita bercakap tentang perjuangan Islam, kita tidak seharusnya menolak peranan bangsa di dalam perjuangan Islam kerana memisahkan Melayu daripada Islam di dalam agenda perjuangan dan pembangunan sebuah bangsa yang berdaulat di negara ini pasti tidak akan membawa kepada kesejahteraan, sebaliknya, keadaan negara akan menjadi lebih gawat kerana hilangnya umat pada jatidirinya 
Assobiyyah yang mengajak ke arah melakukan kezaliman, iaitu kita mempertahankan kaum kita walaupun secara terang-terangan kita berlaku zalim terhadap orang lain seperti menindas dan sebagainya, maka assobiyyah di dalam maksud sedemikian adalah amatlah ditentang. 


Walaubagaimanapun, jika assobiyyah tersebut adalah di dalam konteks untuk mempertahankan agama Islam, mempertahankan negara daripada serangan musuh, ataupun assobiyyah di dalam menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka assobiyyah ini adalah dibenarkan malah merupakan salah satu elemen penting dan diperlukan kepada bangkitnya sesebuah tamadun, empayar ataupun kerajaan. Lebih-lebih lagi untuk membenarkan bahawa kini adalah giliran Melayu menerajui empayer atas nama Islam. Usaha untuk mengubah nasib orang Melayu Islam juga tidak akan membuahkan hasilnya jika Islam tidak diambil sebagai falsafah perjuangan dan pembangunan bangsa. 


Jika kita melihat kepada fakta sejarah, walaupun wujud kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, kerajaan-kerajaan Melayu ini berkedudukan lemah dan kecil serta sentiasa diserang oleh kuasa-kuasa besar ketika itu seperti Negara Siam sehinggakan negara-negara Melayu ini terpaksa menghantar wang ufti ke negara Siam tersebut bagi menjamin keselematan negaranya. Detik kegemilangan Empayar Melayu Islam Melaka hanya bermula setelah Islam sampai ke Tanah Melayu  Melaka pada ketika itu di mana setelah kedatangan Islam, orang Melayu telah mula bangkit dan membina sebuah kerajaan dan empayar yang kuat. Empayer Melaka
mampu menggerunkan musuh-musuhnya.


Melalui Islam juga, orang-orang Melayu telah diajar untuk bersatu di bawah satu sistem pentadbiran antarabangsa yang dinaungi di bawah payung Khilafah Islam. Berdasarkan hakikat tersebut, Islam dan peranan bangsa Melayu dalam konteks negara ini tidak boleh dipisahkan, dan oleh itu, jika kita cuba membangunkan tamadun dan bangsa Melayu berdasarkan falsafah luar seperti Liberal Barat yang meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan, kita bimbang, bangsa Melayu yang ingin dibangunkan nanti akan menghasilkan bangsa Melayu yang tiada identiti Melayu dan ketimurannya serta hilang jatidirinya sebagai seorang Melayu Islam yang berani dan berpegang teguh kepada agama.  


Kelunturan dan kecairan jatidiri Melayu Islam ini juga pasti akan menyebabkannya mudah terjebak di dalam percaturan agenda musuh. Suatu fakta sejarah yang tidak boleh kita nafikan ialah bahawa sebelum kedatangan penjajah barat (dari Portugis hinggalah Inggeris) ke Tanah Melayu, orang Melayu sebenarnya telah pun mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Walaupun ianya bukanlah sistem demokrasi sepertimana yang diagung-agungkan oleh ‘pejuang-pejuang demokrasi ala Barat’ di negara ini, namun yang pasti, sistem pemerintahan pada era kesultanan Melayu Islam Melaka ini telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu tidak memerlukan kepada ‘sistem dan bantuan luar’ di dalam urusan pentadbiran kerajaannya. 


Demi menjamin kelangsungan kepimpinan Melayu Islam atau Ketuanan Melayu di negara ini, adalah penting agar masyarakat Melayu Islam di negara ini dikembalikan semula kepada jatidirinya yang asal melalui pendekatan keagamaan kerana kekuatan jiwa umat yang berasaskan kepada agama adalah merupakan tunjang di dalam kebangkitan mana-mana umat di sepanjang sejarah termasuklah negara ini. Persepakatan orang Melayu akan memberi kekuatan kepada Islam. Pepatah Melayu ada menyebut, “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Hakikatnya, apabila orang-orang melayu bersatu pada, ia pasti akan memberikan kemenangan dan kekuatan kepada Islam manakala perpecahan yang kini berlaku di kalangan orang-orang Melayu di negara ini pula akan menjadi punca kepada kelemahan bangsa Melayu Islam di negara ini. 


Oleh itu, perpecahan umat Melayu ini wajar dihentikan segera kerana ia sangat merugikan Melayu dan Islam itu sendiri. Sebagai seorang Muslim, semua kita sewajarnya menilai dan menentukan sikap dan kebenaran mengenai sesuatu isu dan perkara berpandukan kepada syarak. Walaupun orang-orang Melayu mungkin berbeza dari segi ideologi dan aliran kefahaman politik, namun di dalam perkara prinsip, merea tidak seharusnya mempunyai pertikaian berhubung perkara asas dan kepentingan bersama berkaitan agama Islam dan bangsa Melayu. Mereka yang sungguh-sungguh membela Islam, Allah ada berjanji kebangkitan Islam sekali lagi bermula dari Timur melalui lidah Nabi Me hammad SAW. 


Sebagaimana sejarah Turki telah melakarkan sejarah menerajui empayer atas nama Islam. Mereka berjuang bersungguh-sungguh membenarkan hadis. Pejuang Islam yang sejati ialah mereka yang sentiasa menagih janji Allah. Mereka itu benar-benar berjuang untuk membuktikan kebenaran Hadis. Sebagaimana Sultan Muhammad Al Fateh berjuang dengan kekuatan taqwa dan quwwah hingga berjaya menawan kota Konstantinopel. Apa janji Allah di akhir zaman untuk kita membuktikannya? Rasulullah SAW ada bersabda:
"Sebelum Kiamat Islam pasti kembali gemilang walaupun antara masa kegemilangan itu dengan Kiamat hanya sekadar masa memerah susu." Kerana sudah dijanjikan begitu, sewajarnyalah kita berjuang untuk membuktikan Islam benar-benar gemilang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N