Langkau ke kandungan utama

TANPA SAYAP SEEKOR BURUNG TIDAK MAMPU TERBANG.

TANPA SAYAP SEEKOR BURUNG TIDAK MAMPU TERBANG.



Dalam perjuangan Abuya Imam Ashaari At Tamimi, kaum Muslimah menjadi tenaga penting, bergabung dengan tenaga kaum lelaki dalam setiap kerja-kerja perjuangan dalam menegakkan agama Allah ini. Mereka adalah sayap kiri kepada perjuangan. Muslimah yang Abuya didik bukan wanita yang hanya berperanan duduk di rumah. Berkhidmat kepada suami dan mendidik anak-anak, tanpa menyumbangkan apa-apa kepada masyarakat sekelilingnya. Abuya mendidik muslimah dengan tiga peranan; Isteri, ibu dan serikandi.

Firman Allah:
                                             الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ 

 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan". (Surah an-Nisa' 34). 

Soal kepimpinan di tangan lelaki ini bukanlah satu bentuk diskriminasi. Maha Suci Tuhan daripada menzalimi dan melakukan diskriminasi terhadap makhluk-makhluk-Nya. Bahkan Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Adil ertinya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka kedudukan wanita itu bukan sebagai pemimpin tetapi mereka ada peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah mereka. 


Wanita lebih berperanan sebagai sayap kiri kepada lelaki, atau menjadi pembantu kepada kaum lelaki. Sayap kiri juga sangat penting kerana tanpanya mana mungkin seekor burung itu mampu terbang tinggi di udara. Sebab itu ada pepatah berkata: "Di belakang seorang lelaki itu (sama ada kejayaan atau kejatuhan -nya) ada seorang wanita." Pepatah lain ada menyebutkan: " Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncangkan dunia."


Kiasan seorang pejuang ibarat seekor burung yang mampu terbang tinggi kerana mempunyai dua sayap. Satu sayap kanan dan satu lagi sayap kiri. Pejuang wanita Islam tulin di ibaratkan sayap kiri pada seekor burung. Mereka sebagai serikandi dapat kekalkan hatinya rasa kehambaan kepada Allah, dalam masa yang sama dia menjadi tulang belakang suaminya. Di tangannya berlaku kemajuan meterial yang menjadi keperluan keluarganya. Dengan kata -kata lain, "Serikandi moden berjiwa sufi dan tulang belakang kepada suaminya"Sebagai serikandi yang kekal rasa hamba. Serikandi sejati orang roh yang berperanan dalam dunia koperat. 


Serikandi peneraju dalam pelbagai bidang tetapi tetap mengekalkan jiwa hamba. Dia adalah orang roh perkenalkan ajaran sufi yang tidak mengasingkan diri dari masyarakat, kemajuan dan kemodenan. Orang roh yang boleh jadi tulang belakang suami atau pemimpinnya. Orang roh boleh jadi ahli ekonomi, pakar teknologi atau apa sahaja tugas dalam masyarakat. Mereka orang sentiasa terhubung hati dengan Tuhan. Bahkan hatinya sangat sensitif dengan Tuhan. Serikandi yang dapat jaga syariat Tuhan.

Firman Allah:

ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَٱلصَّٰبِرِينَ عَلَىٰ مَآ أَصَابَهُمْ وَٱلْمُقِيمِى ٱلصَّلَوٰةِ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ.
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (Al Hajj (22:35).


Menjadikan isteri-isteri Rasulullah SAW sebagai idola mereka. Serikandi yang pernah wujud di era kebangkitan pertama akan Tuhan lahirkan serikandi di era kebangkitan kedua untuk mengulanginya.
Di antara isteri-isteri Rasulullah SAW, Siti Aisyah mempunyai tempat yang sangat istimewa. Ia adalah satu-satunya isteri yang dinikahi Nabi dalam keadaan masih gadis. Ialah, yang sejak awal disiapkan oleh Allah SWT untuk menjadi pendamping dan penyokong Rasulullah sebagai penyebar Risalah. Puteri dari sahabat Rasulullah yang paling dicintai, yakni Abubakar Shiddiq, berhasil menjadi isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Di pangkuannyalah, Rasulullah menghembuskan nafas terakhirnya. 


Aisyah adalah figur dan potret wanita ideal yang hebat. Ia memiliki hati yang lembut, penuh cinta dan kehangatan, setia, berwawasan tajam, perasa, dan menjadi sentral dalam kehidupan. Ia pun penebar kedamaian, kasih sayang, dan cinta. ”Sungguh aku tahu marah dan lapangmu ketika kamu tenang,” kata Rasulullah kepada Aisyah. 
Aisyah bertangan yang  lembut dalam damai dan tabah, serta cerdas dan ikhlas. Tak heran kalau ia sampai pada derajat seperti yang disabdakan Rasulullah SAW, ”wanita adalah ‘belahan jiwa lelaki".


Perjuangan wanita Islam yang hak natijahnya sangat indah dan cantik. Indahnya kebenaran itu apabila dapat perkenalkan Tuhan kepada manusia. Apabila manusia dapat Tuhan manusia mendapat hiburan yang hakiki. Dapatkan tuhan manusia terhibur dunia dan Akhirat. Sejarah perjuangan Islam pada kebangkitan pertama telah mencatatkan, ramai tokoh-tokoh pejuang yang bukan sahaja dikalangan lelaki tetapi juga ramai tokoh-tokoh dikalangan wanita.


Serikandi yang ada ilmu dan hebat. Mereka menguasai pelbagai jenis ilmu dalam Islam. Mereka bukan sahaja menguasai ilmu-ilmu tersebut malah mereka ketika itu sangat mengamalkannya. Daripada pengamalan ilmu-ilmu itu lahirlah model kehidupan Islam. Semua para sahabat Rasulullah bertanyakan hadis melalui Siti Aisyah. Sebab itu Aisyah dikalangan sahabat yang banyak meriwayatkan hadis. Ilmu yang dimiliki dari Rasulullah dapat dijadikan panduan hidupnya dan juga dapat berkongsi dengan umat Rasulullah SAW.


Kerana ilmu-ilmu itu dipelajari untuk diamalkan, bukan hanya bahan fikiran atau senaman akal sahaja. Ilmu itu bukan untuk berseronok memperkatakannya. Kerana itulah hasil pengamalan Islam melahirkan buah dan natijah yang sangat indah. Di era kebangkitan kali kedua ini juga akan melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang hebat untuk mengulangi kebangkitan pertama. Mereka juga memiliki ilmu yang banyak dan hebat. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, nak dunia mesti dengan ilmu, mahukan akhirat pun perlukan ilmu. Mahukan kedua-keduanya pun perlukan ilmu. 


Ilmu yang diperlukan disini ialah ilmu yang boleh membimbing untuk menuju Allah dan akhirat. Ilmu yang akan diamalkan dalam kehidupan.
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan." Al Mujadalah :11


Ilmu juga membezakan seseorang manusia yang beriman. Orang yang beriman, ilmu mereka tidak seperti ilmu awwamul muslimin. Ilmu mereka dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Disinilah berbeza  darjat manusia yang beriman dengan yang lainnya, kerana ilmunya. Sepertilah firman Allah itu tadi. Kerana ilmu bukan hanya bahan kajian atau bahan fikiran semata. Malah ilmu itu turut akan dihisab di akhirat.
Menurut ajaran Islam, ahli-ahli ilmu yang takutkan Allah ini ialah mereka yang beramal dengan ilmunya. 


Seorang Serikandi juga perlukan ilmu, yang membantunya menjadi tulang belakang suaminya selaku pemimpin memimpin dan menyelesaikan masalah anak-anak atau keluarganya. Atau tugas yang diberikan kepadanya. Ilmu-ilmu tersebut bukan ilmu rekaan akal yang seronok berfikir, namun ia berasal dari Quran dan Sunnah, Ijma Ulama dan Kias. Dari situ jugalah untuk mendorong generasi umat Islam akan datang dengan menamakan anak-anaknya atau keluarganya dengan nama-nama tokoh Islam. Menjadi idola kepada generasi akan datang.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N