Langkau ke kandungan utama

BAGAIMANA MELEPASKAN DIRI DARI TIPUAN DUNIA.

BAGAIMANA MELEPASKAN DIRI DARI TIPUAN DUNIA.


Guru mursyid kita Abuya memandu murid-muridnya secara rasmi dan tidak rasmi. Secara rasmi Abuya membuka kitab dan menyampaikan dalam pengajian yang dikendalikannya. Secara tidak rasmi sering dibuat selepas solat berjemaah dengan beliau atau bermusafir dengannya. Beliau sering mengingatkan, kita mesti melepaskan diri daripada penipuan dunia ini. Abuya banyak menyampaikan panduannya melalui program tak rasmi. 


Dan di antara cara cara bagaimana kita boleh mengelakkan diri daripada penipuan ini ialah menurut Imam Ghazali r.h. Taala, seseorang itu mesti ada sifat sedar dan sifat cerdik. Kata Imam Ghazali, “Anak kunci kebahagiaan di akhirat ialah kebahagiaan yang hakiki dan kebahagiaan yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan kebahagian yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan kebahagiaan akhirat ialah orang yang dapat mengelakkan diri dari tipuan dunia.


Cuma, orang yang berjaya mendapat kebahagiaan akhirat itu ialah orang yang mempunyai sifat sedar dan sifat cerdik. Apakah yang dikatakan sedar di sini? Sedar di sini, bererti sedar bahawa akhirat itulah tempat kembali dan juga sedar bahawa Allah itu maha berkuasa yang mana kuasa Allah itu bila bila masa pun boleh berlaku. Inilah dia orang yang sedar. Kemudian, yang dikatakan cerdik itu ialah orang yang dapat mengelakkan dirinya daripada kecelakaan akhirat dan daripada azab neraka Allah. 


Begitu juga, yang dikatakan orang cerdik itu ialah orang yang pandai mencari panduan hidupnya di semua aspek dan di semua bidang agar dia mendapat keredhaan Allah SWT. Orang yang cerdik juga ialah orang yang pandai membuat persiapan diri untuk hari akhiratnya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda, Maksudnya: “Orang yang cerdik itulah ialah orang yang dapat memelihara dirinya dan dia bekerja dan beramal untuk selepas matinya. Dan orang yang dungu itu, ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan dia berangan-angan kepada Allah.”  (Ibn Majah: 4260; Musnan Imam Ahmad: 124).
 
Dalam satu hadis yang lain disebutkan:

“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)


Bersedia untuk mati dan membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati adalah satu pelaburan jangka panjang yang sangat meguntungkan. Ia lebih menguntungkan dari simpanan tetap di bank. Matawang di sana nanti berupa pahala dan liabilitinya adalah dosa.
Benarlah orang yang mengikut hawa nafsu itu orang yang ‘aajiz. Orang-orang ‘aajiz tidak bersedia untuk kehidupan hari esok. Dia cuma seumpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tiada simpanan dan tiada pelaburan untuk hari esok. Benarlah dia seorang yang  dungu.

Maksud firman Tuhan:

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Al Takatsur: 1-5)


Dengan mengingati mati, akan mengelakkan kita terpedaya dengan kelazatan sementara ini. Dalam satu hadis lain Rasulullah menyatakan: “Perbanyakkanlah mengingati penghapus kelazatan iaitu mati” (Sunan al Tirmizi: 2307; Sunan Ibn Majah: 4258). Jadi berbicara pasal mati memang tidak digemari oleh nafsu dan penggemar ni’mat sementara. Sesetengahnya menganggap sebagai antiklimaks, antiestablishment, mundur, kuno, tidak maju dan sebagainya. Padahal, mereka tertipu dengan nafsu shahwat dan kelazatan sementara.


Detik saqratul maut. Maksud Firman Allah: “Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.” (Al Anbiyaa’: 35).

Dalam ayat lain disebutkan:

“Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3:185). 


Dengan mengingati mati mengelakkan kita terpedaya daripada tipuan dunia. Di ibaratkan selaku orang yang bertunang dengan kematian, bersedialah untuk berkahwin dengannya. Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita buat apabila kita menghadapi saqratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian. Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Adakah kita mahu mereka mengadakan pesta di saat kematian kita? Adakah kita mahu mereka menunjukkan kemewahan yang kita berikan kepada mereka di saat tersebut? Atau bagaimana? Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N