Langkau ke kandungan utama

PERANAN MELAYU ABUYA TERTONJOL DI MANA-MANA.

PERANAN MELAYU ABUYA TERTONJOL DI MANA-MANA.
(Abuya ada hubungan perniagaan dengan Turki).
(Abuya ada pusat di Jordan dan pelajar-pelajar yg dikirim menginap dipusat tersbut).
(Anak dan menantu Abuya ada di Iraq).


Abuya pernah di undang oleh Khomaini ke Tehran).
(Syeikh Al Azhar Jadul Haq ada hubungan baik dengan Abuya).
(Abuya sering lakukan XPDC ke Eropah).


❝Apakah kita sudah mempersiapkan sembahyang yang agung, poligami indah, pengorbanan yang luarbiasa dan lain-lain seperti yang telah berlaku pada kebangkitan kali pertama?❞
 
Pembinaan Insaniah inilah yang akan membentuk jati diri orang Melayu. Orang Melayu kini ramai berhijrah. Mereka berhijrah ke seluruh pelusuk dunia. Mereka berhijrah dengan macam-macam tujuan. Ada yang berhijrah keranan menuntut ilmu dan terus berkahwin dengan orang tempatan. Ada yang berhijrah kerana  berkerja mencari rezeki di bumi perantaun. Apalah ertinya jika berlaku seperti di Timur Tengah sekarang, kemana pergi bergaduh dan bermusuh dengan orang tempatan sudah tentu kita akan gagal untuk berdakwah dengan masyarakat tempatan. Atau mencari rezeki halal"


Masjid As Sofa pastinya akan melakar sejarah sebagai Masjid Melayu yang pertama ditubuhkan di London. Ianya berfungsi memudahkan umat Islam terutamanya masyarakat Melayu menjalankan ibadah seperti solat, majlis Ilmu, pusat pengajian komuniti, pusat bimbingan muallaf, sambutan hari kebesaran Islam yang berteraskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Masjid ini akan menjadi pusat, penaung dan benteng masyarakat Melayu di London dalam menjaga aqidah mereka daripada diserang dengan fahaman-fahaman yang salah. Masjid As Sofa London bakal ditubuhkan disebuah premis di - 1 Thorpe Close, London, United Kingdom W10 5XL.


Bangsa Arab apabila sudah tidak berpegang kepada ajaran Islam yang di ajarkan oleh Rasul mereka akan kembali balik kepada budaya masyarakat Arab jahiliah. Zaman jahiliah pergaduhan dikalangan bangsa Arab, antara puak dan kabilah tercetus puncanya kadang-kadang bermula dari hal yang kecil. Akhirnya pergaduhan berlaku dari peringkat atasan hingga rakyat jelata. Kadang-kadang melibatkan antara kabilah dengan kabilah yang lain. Di mana indahnya Islam kalau begitu sekali perjuangannya? Pada saat ini situasi dunia Islam umumnya sedang kacau-bilau dan huru-hara, rakyat sudah tak percaya lagi dengan pemimpinnya. Keamanan jelas sudah tiada.


Kehadiran orang Melayu beragama Islam umumnya disenangi masyarakat tempatan. Contoh kehadiran orang Melayu di bumi Eropah khususnya di Britain. Bahkan kelompok minoriti masyarakat Islam Melayu di beri kepercayaan di Kota London. Kelompok Melayu sering menjadi pendamai dikalangan umat Islam dari negara-negara lain. Antara faktor bangsa Melayu disenangi kerana wataknya lemah lembut, sabar dan mudah mesra. 


Dalam masyarakat Melayu, Abuya telah melagang dan menghidupkan kembali kehidupan poligami kerana ia adalah dakbus solihin. Iaitu tradisi orang-orang soleh. Maksudnya kalau kita baca sejarah orang-orang zaman dahulu, para rasul-rasul dan nabi-nabi' isteri mereka ramai. Para Sahabat juga ramai berpoligami. Syeikh Abdul Qadir Jailani, ulama besar dan sufi-sufi yang ulung, berkahwin ramai itu bukanlah satu kecacatan atau satu keiaban. Ini menunjukkan berpoligami atau berkahwin ramai itu dakbus solihin.


Maksud firman Tuhan: "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(An Nisaa, 4:3).


Namun mereka yang dibesarkan oleh dunia teknologi gagal mendidik muslimah untuk menerima sesuatu yang begitu ditakuti dan dibenci oleh nafsu wanita, iaitu poligami. Sedangkan ianya dibenarkan oleh Allah dan menjadi amalan tradisi orang soleh iaitu poligami. Untuk berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan cabaran, memerlukan ketahanan dan kekuatan jiwa. Poligami adalah jalan untuk wanita memerdekakan jiwa dari kongkongan nafsu yang tidak pernah puas dan melatih jiwa kuat dan tabah. Di peringkat awal, di era pembinaan insan, poligami dijadikan sebagai ubat untuk mengawal nafsu wanita. 


Menurut Abuya Imam Ashaari bin Muhammad At Tamimi, lelaki dan wanita adalah serupa tetapi serupa kemampuan dan tanggungjawab. 
Oleh tidak semua perkara dibolehkan kepada lelaki, boleh juga pada wanita. 


Bercakap tentang poligami; dianggap perkara terpinggir dalam agama. Sedangkan poligami adalah satu perintah daripada Tuhan, sepertilah sembahyang, puasa dan lain-lain. Poligami yang berjaya sangat ada hubungkait dengan sembahyang. Jika sembahyang telah membuahkan hasil, iaitu rasa-rasa hamba; poligami indah akan terbina daripadanya. Begitulah sembahyang yang agung, melahirkan manusia yang luarbiasa.


Poligami sebenarnya menurut Abuya, adalah hasil sembahyang yang agung. Cara hidup agung dihasilkn dari sembahyang yang agung. Itulah hidup yang bersistem dalam semua sudut termasuk poligami. Hasil sembahyang yang menghubungkan hati kuat dengan Allah,  maka mampu berperanan dalam kehidupan. Begitulah contoh bagaimana sistem Islam yang berjalan hasil sembahyang agung tadi. Bukan saja disudut poligami, bahkan dibidang pendidikan, kebudayaan, dan lain-lain. Kalau dapat disalin apa yang telah baginda lakukan, maka akan terjadilah kebangkitan Islam kedua ini.


Kebangkitan Islam pertama telah berlaku dan sekarang kita sedang menagih janji Allah untuk kebangkitan Islam kali kedua. Pada kebangkitan yang pertama, apa yang telah berlaku; sembahyang yang agung, poligami indah, pengorbanan yang luar biasa dan lain-lain. Apakah hal-hal tersebut telah berlaku pada masa ini? Sedangkan kita mahu menagih Janji Tuhan, mesti mengulangi apa yang telah Rasul dan sahabat lakukan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N