Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN ABUYA DI DOKONG OLEH PARA INTELEK.

PERJUANGAN ABUYA DI DOKONG OLEH PARA INTELEK.

(Bandar Baghdad).

(Iraq :Kota Baghdad).
(Syria)

(Petra Jordan)
(Bandar Amman Jordan).

Perjuangan Abuya mendapat perhatian golongan intelektual untuk mengkaji tentangnya.walhal Abuya tiada apa-apa sijil. Apalagi PhD. Mengapa Abuya mendapat sesuatu yang tidak masuk akal ini? Tetamu-tetamu Abuya Ashaari Muhammad bukan sebarang orang. Mereka bukan hanya dari dalam negara tetapi juga dari jauh seperti England, Perancis, Jerman, Maghribi, Syria, Jordan, Turki, Arab Saudi,Australia, Uzbekistan,Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunai Darussalam.


Para tetamu Abuya diantara mereka, ada rektor, jurutera, ahli korporat, pemimpin tareqat, pemimpin organisasi, para ulama, pemimpin politik, general tentera, kerabat diraja, pemimpin bukan Islam, serta lain-lainnya. Mereka datang secara individu atau secara berkumpulan. Hal ini biasa mustahil boleh berlaku pada orang biasa. Tapi Allahlah yang melakukan untuknya. Hampir seluruh masjid yang ada di Malaysia telah Abuya kunjungi untuk mengisi program kuliah dan ceramah. Kebanyakkan AJK masjid-masjid tersebut menjemput Abuya mengisi program. Dari masjid lama hinggalah ke masjid moden. 


Antara tetamu itu adalah: 
Dari Mesir, 1. Dr. Ali Muthawai', pensyarah Universiti Al Azhar. 2. Dr. Abdur Rahman Al 'Adawi, Dr. pensyarah Universiti Al Azhar. 3. Dr. Jawwad khalaf Abdul Khalaf, mudir Universiti Dirasat Islam. 4. Amir Fahd Syeikh Tariqat Dandarawiah. Dari Jordan: 1. Dr.Syeikh Noh, timbalan menteri Agama Emirate 3. Dr. Hishamuddin As Sultan Attamimi, Timbalan rektor Universiti Al Bait. 4. Dr. Badar ahli korporat.
5. Dr. Abu Mush'ab, ahli korporat hartanah. 6. Dr. Salam 'Abbady Rektor Universiti Al Bait. 6.Dr. Adam Noh, pensyarah Universiti Yarmuk. Dari Maghribi: 1. Dr. Abdus Salam Harras, ketua gabungan ulama Afrika Utara. 2. Dr. Abdullah Kanun 3. Syeikh Al Iraqi. Dari Syria: Dr. Salahudin Al Kaftaru, President Yayasan Kaftaru. Dr. Badi' pensyarah Universiti. Dr. Hassan Bugha, pensyarah Universiti.


Ada satu kejadian yang menarik untuk dikongsikan disini. Ianya berlaku di masjid Lembah Pantai, Universiti Malaya. Ada sebuah masjid di Lembah Pantai, Universiti Malaya, ada seorang tua berumur 80 tahun tersembam dipangkuan Abuya selepas sembahyang Isyak. Orang ramai penuh didalam masjid untuk mendengar kuliah daripada Abuya Ashaari Muhamad. Orang tua itu berumur lapan puluh tahun tersembam dipangkuan Abuya. Orang tua itu Embah Mahmud namanya. Dia berasal dari johor. Dengan air mata yang bergelinang dan bercucuran dia berkata: "sudah enam puluh tahun saya menunggu dan mencari kamu. Sekarang bertemulah sudah, dengan kuasa Allah."


Air matanya membasahi baju Abuya. Embah itu berkata lagi, "Waktu saya berumur 20 tahun, saya pernah semajlis dengan Embah Agung (Syeikh Suhaimi). Dia menepuk belakang bahu saya sambil berkata, "perjuangan saya nanti akan disambung oleh seorang yang bernama Ashaari bin Muhammad. Kamu akan berjumpa dengan dia nanti, Mud." Embah Mahmud menyambung dengan berkata, "Apa yang saya dengar waktu itu (sekitar 1920-an) saya catat dan saya nak buktikan. Sekarang kata-kata itu telah terbukti."


Masjid Kampung Laut yang terletak di Pusat Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Nilam Puri, dekat sini diiktiraf oleh Jabatan Arkib Negara sebagai masjid tertua di Asia Tenggara. Menurut portal jabatan itu, Masjid Kampung Laut dibina sekitar kurun ke-18 tanpa menggunakan paku dan struktur binaannya mempunyai persamaan dengan Masjid Demak di Jawa Timur; Masjid Kono di Champa serta Masjid Nad Tanjung dan Masjid Wadi Hussien di Thailand.


Rasulullah SAW bersabda :
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Khalifah yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah Zaman Khalifah itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah Zaman Diktator(zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Khalifah yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian,” [H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]


Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa umat Rasulullah SAW akan menempuh 5 zaman secara bergilir-gilir sebelum dunia kiamat yakni:
1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3. Zaman pemerintahan yang menggigit (kerajaan-kerajaan Islam)
4. Zaman Fitnah (kerosakan) dan Kegelapan
5. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.


Zaman Nubuwwah (Kenabian) dan Zaman Khulafaurrasyidin
Zaman ini adalah zaman pemerintahan di bawah Rasulullah dan zaman pemerintahan di bawah khalifah 4 (Sayyidina Abu Bakar as Siddiq, Sayyidina Umar ibnu Khattab al Faruq, Sayyidina Uthman bin Affan, dan Sayyidina Ali). Dua zaman pertama ini mempunyai banyak persamaan, dan dikenali juga sebagai Zaman Ummah Pertama.
Iman umat Islam ketika itu sangat kukuh. Menyebut nama Allah saja mampu menggetarkan hati mereka. Cinta dan takutnya kepada Allah tergambar pada setiap perkataan dan perbuatan mereka. Secara umum ciri-ciri zaman ummah pertama ini dapat diketahui sebagai berikut:
– Ibadah mereka sangat banyak. Solat, puasa, zikir dan wirid susah ditandingi banyak dan khusyuknya.
– Ukhuwah dan kasih sayang sangat padu, setiap orang mencintai saudaranya seperti mencintai saudara sendiri.
– Jihad dan mati syahid menjadi idaman dan cita-cita. Mereka akan sangat merasa dukacita jika tidak diizinkan untuk pergi ke medan jihad.
– Akhlak menjadi perhiasan diri, mereka mampu berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada mereka.
– Masyarakat dan negara Islam dapat dibangun sehingga layak digelar sebagai negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.
– Tamadun dan pembangunan rohani mencapai zaman puncaknya.
Islam berhasil menaklukkan dua imperium besar dunia yang sedang berkuasa saat itu (kerajaan Romawi dan Persia) untuk kemudian memayungi ¾ dunia.


Zaman Pemerintahan Yang Menggigit
Zaman yang berlaku setelah khalifah 4 (Khulafaurrasyidin), dan berakhir setelah jatuhnya kekhalifahan Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924. Pada zaman ini pemerintahan Islam masih wujud, namun sangat sedikit pemimpin yang benar-benar berhasil. Di antara pemerintah yang benar-benar berhasil adalah:
1) Sultan Muhammad al Fateh, yang berhasil mewujudkan janji Rasulullah untuk merebut kota Konstantinopel (sekarang Istanbul).
2) Sultan Salahuddin al Ayyubi, yang berhasil menghentikan perang salib (Crusader)


Zaman Fitnah atau Zaman Kerosakan
Zaman ini diawali dengan jatuhnya kekhalifahan Islam terakhir, yaitu kekhalifahan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924. Zaman ini masih berlaku sampai ke hari ini.
Zaman ini merupakan zaman kerosakan dan kegelapan. Pada zaman ini umat Islam jatuh ke dalam jurang kehinaan yang berpanjangan, yang merupakan akibat dari kelalaian dan angkara murka yang terjadi di dunia Islam, sehingga Allah biarkan mereka. Hal ini sesuai dengan janji Allah bahawa Allah hanya akan menjadi pembela kepada orang-orang bertaqwa.
Ciri-ciri zaman fitnah ini adalah :
1. Negara Islam satu persatu mulai jatuh dan dijajah oleh orang kafir.
2. Akidah umat Islam pada saat itu sangat rapuh, ada di antaranya Islam di waktu pagi dan kafir di waktu petang
3. Ibadah sangat lemah, solat, puasa dan membaca Al-Qur’an tidak lagi diamalkan secara bersungguh-sungguh atau bahkan diamalkan sama sekali.
4. Ukhuwah sesama Islam sangat lemah sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan sesama umat Islam.
5. Orang kaya sangat kikir (kedekut), manakala orang miskin tidak sabar dan hasad dengki.
6. Penyakit cinta dunia dan takut mati sangat tebal dan mewabak dalam hati umat Islam.
7. Jenayah dan kemungkaran yang terjadi dalam masyarakat Islam hampir tidak ada bezanya dengan apa yang terjadi di kalangan masyarakat yang bukan Islam.
8. Akhlak umat Islam sangat lemah dengan berleluasanya hasad dengki, umpat mengumpat, tuduh menuduh, caci-mencaci dan saling mengkafirkan sesama umat Islam.
9. Wanita-wanita Islam telah dicabut rasa malunya dengan bertingkah laku tidak senonoh, menampakkan aurat di depan umum, menari dan menyanyi tanpa menjaga harga diri.
10. Umat Islam terhina di seluruh aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan, perubatan, pertanian, dan lain-lain, sehingga umat Islam terpaksa bergantung pada sistem kufur dan fahaman (isme) buatan manusia.
11. Sedikit demi sedikit cara hidup umat Islam telah mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani.
12. Terjadi gejala-gejala buruk dan keji di tengah-tengah masyarakat Islam seperti dadah, homoseks, lesbian, dan lain-lain.
Namun kemungkaran yang sedang terjadi di zaman fitnah ini tidak melemahkan keyakinan dan semangat perjuangan segolongan manusia yang tetap pendiriannya. Mereka bukan saja mampu mempertahankan identiti Islam di kalangan mereka, bahkan mereka gigih berjuang untuk memperbaiki masyarakat. Inilah golongan-golongan yang lemah tetapi mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat dan kukuh serta perjuangan yang padu.
Rasulullah SAW bersabda :
“Sentiasa ada di kalangan umatku satu thoifah yang akan menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dibinasakan oleh orang-orang yang tidak suka disisi mereka sampailah hari kiamat”
Namun untuk menghidupkan suasana Islam di tengah-tengah kerosakan dan kegelapan zaman zaman fitnah ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Thoifah-thoifah Islamiyah ini sentiasa diuji dan ditentang dengan berbagai macam fitnah dan ancaman. Tepat sekali sabda Rasulullah yang mengatakan bahwa Islam akan kembali asing.
Namun walaupun begitu, Islam akan kembali kuat dan memusnahkan segala bentuk kekufuran sebagaimana Rasulullah dulu berhasil melakukannya iaitu dengan jalan berdakwah dan mendidik hati manusia. Inilah langkah-langkah awal menuju zaman Imam Mahdi dan Nabi Isa yang merupakan peringkat zaman terakhir yang akan dialami umat Islam sebelum hari kiamat, setelah sekian lama umat Islam mengalami zaman fitnah.


Zaman Khalifah Akhir Zaman Atau Zaman Ummah Kedua
Zaman Khalifah kedua ini adalah zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Zaman ini diawali dengan munculnya Imam Mahdi, kemudian disusuli munculnya nabi Isa a.s yang akan mengalahkan Dajjal. Zaman ini berakhir ketika seluruh orang Islam di muka bumi diwafatkan, yang kemudian akan dilanjutkan dengan kiamat besar.
Di zaman ini Islam akan kembali lagi ke zaman kegemilangan dan keemasannya seperti di zaman Rasulullah dan Khulafaurrasyidin. Islam dapat menguasai dunia dan kembali menjadi penguasa sejagat.
Rasulullah SAW bersabda :
“Sebelum hari kiamat datang pastilah Islam itu bangun kembali walaupun antara mulanya Islam bangun dan mulanya kiamat hanya sekadar masa memerah susu. Zaman ini berlaku selama 40 tahun dan barulah dunia ini akan dibinasakan (kiamat) oleh Allah”
Kebangkitan Islam zaman ini akan sampai kepada puncaknya apabila berpadunya ketinggian kerohanian umat Islam dengan kecanggihan teknologi di bawah dua pemimpin besar umat Islam yaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa.
Ciri-ciri zaman ini:
• Islam dapat mencapai keagungannya kembali seperti yang telah dicapai oleh Rasulullah SAW 14 abad yang lalu.
• Dunia seluruhnya akan kembali aman dan damai, keadilan akan kembali ditengakkan setelah sekian lama dipenuhi dengan huru-hara dan kezaliman.
• Hati orang-orang miskin dan kaya dipenuhi dengan sifat redha dan kanaah sehingga tidak seorang pun yang mau menerima sedekah.
• Harta-harta yaang melimpah ruah akan dibagi-bagikan dengan adil dan merata.
• Umat Islam hidup dengan penuh kasih sayang dan cinta-mencintai satu sama lain.
• Aqidah, ibadah dan seluruh aspek kehidupan masyarakat Islam berjalan sepenuhnya di atas landasan syari’at Nabi Muhammad SAW.
• Segala fitnah dan maksiat, riba, zina minuman keras dan lain-lain kekufuran berhasil diperangi dan dimusnahkan.



Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul. Walau bagaimanapun kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam. Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang.


Sesungguhnya Allah mengatur alam ini dengan suatu pengaturan yang rapi dan tersusun. Penciptaan alam ini ada mulanya dan ada akhirnya dengan cara dan masa yang telah ditentukan-Nya. Kita sebagai makhluk hendaklah menyedari tentang hakikat ini, dengan merenung hikmah dan pengajaran di sebaliknya agar dapat bertindak tepat sesuai dengan kehendak Allah. Oleh kerana itu sentiasa ada peringatan dari Rasulullah SAW untuk umatnya agar menyedari di zaman apa dia berada dan bagaimana dia harus bertindak demi menyelamatkan Iman dan Islamnya. 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N