Langkau ke kandungan utama

ISLAM MEMERANGI SIFAT MALAS.

ISLAM MEMERANGI SIFAT MALAS.


"Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi penghalang untuk mandapat keredhaan dari Allah SWT."

Islam ada zahir dan ada batin. Kalau kita gagal mengenal batin diri kita, kita akan gagal membaiki diri. Lebih-lebih lagilah kita akan gagal mendidik manusia lain. Bahkan kesannya kerosakan yang akan berlaku. Jadi mengenal diri bukanlah mengenal rupa lahir, tapi yang lebih penting adalah mengenal watak batin manusia, iaitu jiwa, fikiran, kepakaran, kecenderungan, watak, nafsu dan kekuatan yang ada pada diri kita. Memerangi satu-satu perkara yang negatif adalah jihad. Malas antara sifat mazmumah yang mesti diperangi oleh umat Islam.


Maksud firman Allah:

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az Zumar 39:53).


Pengalaman kita ikut "XPDC DAKWAH" bersama Abuya, ke seluruh pelusuk ceruk pendalaman kampung di Malaysia. Sangat memerlukan persiapan diri, terutamanya fizikal yang cergas dan aktif. Sekaligus Abuya mendidik kita menjadi orang yang bertanggungjawab dan rajin. Ertinya kita dididik supaya menghindari sifat malas dan tidak bertanggungjawab. Bersama Abuya kita dilatih tubi buat kerja-kerja dakwah. Abuya juga melatih murid-muridnya berkhidmat kepada masyarakat. Sama ada khidmat secara langsung atau pun tidak secara langsung.


Bila berdakwah dikawasan pendalaman adakalanya kereta tidak boleh masuk. Seperti mendaki gunung dan sebagainya. Ada ketikanya kita menggunakan bot untuk melalui laluan air sungai dan ada kalanya menggunakan kapal untuk menyeberangi laut. Biasanya berdakwah diperkampungan orang asli didalam hutam kita akan menghadapi cabaran tiada laluan kenderaan. Mengimbau kembali Abuya Ashaari At Tamimi berdakwah di kawasan felda Pahang yang baru di buka dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Abuya mendidik kita untuk menjadi ikhwan yang sentiasa aktif dan cergas bergerak.


Abuya mendidik kita sentiasa berfikir apalagi yang hendak dilakukan. Di kawasan mana lagi yang belum masuk dakwah. Maksud firman Tuhan Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.(Al-Hajj,22:46).

Doa berlindung daripada sifat malas dan penakut:

                           Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْÙƒَسَÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْجُبْÙ†ِ 
                           ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْÙ‡َرَÙ…ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْبُØ®ْÙ„ِ 

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari malas, dan aku berlindung dari sifat penakut, dan aku berlindung dari pikun, dan aku berlindung dari Bakhil. (HR. 19/465)


Takrif sifat malas: tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yang tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja. Al Kasal dalam bahasa Arab maknanya adalah rasa malas yang menghinggapi seseorang dari melaksanakan kewajiban-kewajiban. Adapun apabila enggan melakukan hal-hal yang tidak bermanfaat maka itu bukan termasuk katagori malas, bahkan itu adalah wujud dari penjagaan. Namun, apabila enggan melakukan kewajiban-kewajiban, maka ini di sebut al Kasal, yaitu merasa berat mengerjakan kewajiban yang dibebankan kepadanya. Inilah bentuk kehinaan. (Lihat Bahrul Fawaid: 1/280)


Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya. Hati yang mati tidak peka dan tidak ambil pengajaran apa yang berlaku disekelilingnya.


Orang yang tidak kuat bersandar dengan Tuhan tidak sanggup mengambil reseko. Kerana kurang tawakal dengan Tuhan. Orang yang malas kurang bertanggungjawab. Mengetahui sifat-sifat yang ada pada diri kita, kita nanti dapat melatih diri, mendidik diri kita dan dapat betulkan diri sudut mana lagi yang perlu dibaikki. Sikap malas juga akan mudah menyalahkan orang lain. Kalau tidak buat muhasabah susah untuk kita perbaiki diri. Saidina Umar ketika buat muhasabah diri beliau menyediakan rotan untuk menghukum dirinya sendiri. Jika tidak, maka terjadilah kejahatan, krisis jiwa dan ketegangan fikiran hingga hilanglah kebahagian.

Maksud firman Tuhan:

Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta. (Al Baqarah, 2:10).

Mereka akan terseksa di dunia dan terseksa di Akhirat. Di dunia mereka akan merasa kecewa, putus asa, berkeluh kesah, dan tidak tenang, di Akhirat tentulah lebih terseksa lagi. Apakah menyebabkan Allah timpakan di dunia hati menjadi terhijab? Di antaranya memakan makanan haram dan makanan syubhat, baik sedar atau tidak.

Firman Allah:

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
(Al Maidah, 5:88).

Maksud Firman Allah:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
 (At-Taubah 9:111).


Bila hati lemah maka manusia menjadi lalai dan malas. Malas beribadah dan mudah terjebak dalam maksiat. Atas dasar itulah para salafussoleh mengurangi kandungan makan mereka. Begitulah cara hidup Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, orang-orang muqarrabin dan orang-orang soleh. Mereka berjuang melawan nafsu untuk membersihkan hati supaya merasa diri sebagai hamba Allah yang lemah dan hina dina. Cara hidup mereka itulah yang wajib kita contoh. Kita mesti sentiasa berperang dengan nafsu yang selalu mengajak kita lalai dari Allah. Saidina Umar iaitu menghukum dirinya pada setiap malam. Zikirnya mendayu, sambil menangis mengenangkan dosa lampau Umar juga memukul dirinya sebagai tanda kekesalan dan taubat nasuhanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N