Langkau ke kandungan utama

PERGILIRAN KUASA SUNNATULLAH.

PERGILIRAN KUASA SUNNATULLAH. 


Pergiliran penguasaan empayar dunia adalah sunnatullah. Tuhan yang menciptakan muka bumi ini, maka Dia jugalah yang menyediakan panduan atau kaedah bagaimana untuk mengekalkan kemakmuran dimuka bumi ini. Tuhan tentunya punya kaedah-Nya sendiri untuk mentadbir bumi ini tanpa meminjam kaedah makhluknya samada dari Timur maupun Barat...Pergiliran dan putaran antara baik dan buruk, quwwah dan taqwa, timur dan barat, senang dan susah adalah diantara kaedah yang digunakan Tuhan dalam mengatur kehidupan ini. Ini adalah sebahagian daripada sunnatullah.


Bagi membuktikan kebenaran janji-janji Tuhan ini mari kita imbas kembali sejarah penaklukan dunia melalui empayar pemerintahan Timur dan Barat. Sepanjang perjalanannya tamadun umat sentiasa dipergilirkan diantara timur dan barat. Manakala dari kalangan Timur dan Barat pun dipergilirkan diantara mereka. Begitu juga dikalangan kuasa pemerintahan Islam dan bukan Islam juga dipergilirkan. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: " Akan dipergilirkan empat orang Raja yang akan menguasai sepenuhnya Timur dan Barat. Mereka ialah :

1. Nabi Sulaiman AS.
2. Bukhtannassar
3. Iskandar Zulkarnaian
4. Namrud.


Oleh itu keadaan akan bertukar, dunia akan berubah. Betapa banyak orang yang dihina akhirnya dimuliakan, ada yang asalnya senang akhirnya menjadi susah. Ada pula yang mulanya susah akhirnya disenangkan. Tidak kurang juga orang yang asalnya kaya akhirnya menjadi miskin dan orang yang miskin akhirnya menjadi kaya. Asal orang itu jahat bertukar menjadi baik. Pada hari ini dunia berjalan diatas sistem quwwah iaitu sesiapa yang memiliki kekuatan lahir seperti kekuatan tentera dan sebagainya akan bertukar kepada sistem taqwa. Disitulah keadilan Tuhan kepada hamba-hambanya.


1.Firman Tuhan yang mafhumNya; " Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - (al-Insyirah:5-6).

2.Firman Tuhan yang mafhumnya; " Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

3."(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." (At-Talaq:7).

4.sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),(at-Talaq:2).

5.Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
(At-talaq:3).

     Berdasarkan ayat ayat diatas, sudah menjadi sunnahtullah berlakunya pergiliran antara senang dan susah, penderitaan dan kebahagian dikalangan hamba-hambaNya. Pergiliran ini Tuhan lakukan bukannya sia-sia tetapi ia punya hikmah yang cukup besar kepada manusia. Di waktu itu diuji dengan kesusahan seorang hamba dididik untuk berdoa dan mengharap kepada Tuhan manakala diwaktu menerima kesenangan dan kebahagian, seorang hamba sepatutnya bersyukur, bertasbih, dan malu dengan nikmat yang Tuhan anugerahkan itu.

     Selain dari itu Tuhan juga mempergilir-gilirkan dikalangan bangsa-bangsa didunia ini menerajui tampok kepimpinan empayar didunia samada dikalangan bangsa barat maupun timur. Tuhan tidak izinkan satu kelompok atau bangsa sahaja menguasai dunia ini selama-lamanya tetapi dipergilirkan diantara satu dengan yang lain. Ini bererti berdasarkan kaedah ini juga Allah pergilirkan dikalangan manusia untuk menguasai manusia, begitu juga dipergilirkan dikalangan bangsa-bangsa yang akan menguasai dunia. 
Ini jelas disebut oleh Tuhan dalam Quran.

Mafhumnya :

" Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. ( Ali-Imran:140 ).

     Ayat diatas jelas menunujukkan janji Tuhan kepada orang mukmin bahawa Tuhan akan pergilir gilrkan diantara manusia kemenangan dan kekuasaan keatas yang lain. Tuhan lakukan kaedah sebagai pengajaran kepada manusia supaya manusia belajar dan mengambil iktibar daripada kejayaan dan kejatuhan penguasa penguasa dunia sebelum mereka.

Didalam ayat seterusnya Tuhan berfirman yang mafhumnya:


" Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira - 
Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Ar-Ruum:2-5).


     Ayat ini menceritakan tentang bangsa Rumawi yang beragama Nasrani yang mempunyai kitab suci sedangkan bangsa Farsi adalah beragama Majusi, menyembah api dan berhala (musyrik). Kedua bangsa itu saling perang memerangi. Ketika tersiar berita kekalahan bangsa Rumawi oleh bangsa Farsi, laum musyrik Mekah menyambutnya dengan penuh kegembiraan kerana berpihak kepada orang musyrikin Farsi. Sedangkan kaum muslimin berdukacita kerananya. Kemudian turunlah ayat ini dan ayat yang berikutnya menerangkan bahawa bangsa Rumawi sesudah kalah itu akan mendapat kemenangan dalam masa beberapa tahun sahaja. Hat itu benar benar terjadi.Sesudah beberapa tahun selepas itu menanglah bangsa Rumawi dan kalahlah bangsa Farsi.Dengan kejadian yang demikian nyatalah kebenaran Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul dan kebenaran Al -Quran sebagai firman Tuhan.

     Kisah diatas membuktikan bahawa Tuhan telah berjanji akan dipergilir-gilirkan antara kemenangan dan kekalahan, kekuasaan dan kejatuhan diantara kaum dalam memerajui empayar dunia ini. Ini adalah sebahagian daripada janji Tuhan yang perlu diampil perhatian kerana putaran kekuasaan dunia sedang berlaku.Selagi dunia belum kiamat maka selagi itulah pergiliran ini akan terus berjalan.

     Inilah sunnatullah, ia telah berlaku kepada umat terdahulu dan akan terus berlaku kepada umat terdahulu dan akan terus berlaku kepada umat sekarang dan akan datang. Ia juga terjadi kepada umat Islam sebagaimana  ia terjadi kepada kaum musyrikin. Ia tidak akan terdahulu atau terkemudian, ia tidak akan ketinggalan dan bertukar sepertimana mafhum firman Allah:

"... Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu. ( Fatir:43 ).

     Tuhan tidak akan biarkan tampuk pemerintahan dunia dikuasai oleh sesuatu kaum, puak, bangsa, atau blok dunia sahaja. Tetapi akan dipergilirkan seperti yang dijanjikan. Dan janji Tuhan itu pasti. Maha suci Tuhan daripada memungkiri janjinya sepertimana yang mafhum firmanNya: 

"  Wahai Tuhan kami! ...sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Ali-Imran:194).

" "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Ali-Imran:9).

" Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Ar-Ra'du:31).

" Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Ar-Ruum:6).


" Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (As-Saf:8-9).


Kita akan membaca bagaimana kejatuhan dinasti Umaiyah yang berakhir dengan kejatuhan Khalifah Marwan pada tahun 750 M kepada dinasti Abasiyyah yang kemudiannya berakhir pada tahun 1258 M apabila Baghdad jatuh ke tangan Monggol. Seterusnya kita akan membaca pula sejarah perjuangan umat Islam dalam zaman peralihan kepada dunia moden, zaman penubuhan khilafah Utsmaniyah, percaturan politik semasa dunia Islam kepada tangan-tangan bukan arab dan seterusnya kepada kejatuhan Khilafah Turki dan kemunculan Negara-negara umat Islam di seluruh dunia yang mewujudkan pemerintahan sendiri dan perjuangan-perjuangan umat Islam yang bersifat mengikut kawasan dan sempadan geografi, mempunyai budaya dan mazhab tertentu. 


Kini dunia Barat sedang di ambang maut. Dunia sedang menunggu suatu kuasa baru di sebelah Timur. Pergiliran kuasa antara Barat dan Timur silih berganti. Dunia  sedang menyaksikan apa kesudahan yang akan berlaku kepada Amerika yang mengepalai dunia Barat. Taring Barat semakin tumpul, ibarat singa tua yang sudah nyanyuk. Terkencing dan terberak sudah diluar kawalan. Kalau President Amerika sendiri bergaduh dengan wartawan dan sampai memukul secara fizikal kepada wartawan. Dunia tidak boleh terima tindakakan tersebut. Di mana demokrasi yang dipaksakan pada negara-negara lain. Kalau Amerika sendiri sudah langgar dasar demokrasi bagaimana negara lain hendak respect ideologi yang Barat perjuangkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N