Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN ISLAM DI TIMUR UNIK.

KEBANGKITAN ISLAM DI TIMUR UNIK.

(Ziarah hari raya keluarga anak saudara emak ).
(Sy. Hasyim bersama keluarga di Sendayan Seremban , suasana be buka puasa enam 2017).

Detik Timur menjadi tapak kebangkitan Islam kali kedua kelahirannya pun sudah diisyaratkan. Bahawa Timur bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ulama rohani. Ketika ulama rohani, tepat sedang membaca Al Quran pada ayat yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1) mereka menitiskan air mata terharu. Para Salafussoleh telah meneroka lebih awal lagi ke bumi Timur ini untuk membenarkan kata-kata Rasulullah SAW tentang kebangkitan Timur.


Jika diteliti sejarah umat Melayu Islam sejak dahulu sehinggalah sekarang, kita akan dapati bahawa terdapat pertalian hubungan yang sangat kuat di antara Islam dan bangsa Melayu sehinggakan Melayu bukan sahaja dianggap sebagai keturunan tetapi juga sebagai sebuah identiti di dalam Perlembagaan Negara. Pada takrifan Melayu di dalam Perlembagaan Negara Malaysia, bangsa Melayu adalah mereka yang menjadikan Islam sebagai agama yang dianuti, bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan serta mereka yang mengamalkan adat resam dan budaya Melayu di dalam kehidupan seharian.


Pendakwah-pendakwah dari Timur Tengah dan Gujurat datang ke Timur mengembangkan Islam. Hinggalah kebangkitan Islam menjadi kenyataan di era sekarang. Mereka terus mendidik dan mengajar ilmu agama kepada masyarakat setempat. Terutamanya mereka berpesan-pesan tentang kebangkitan Islam sekali lagi di Timur. Mereka yang datang adalah tokoh-tokoh yang hebat. Sifat mereka tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri yang luar biasa. Kemampuan mereka dalam bidang dakwah sangat menonjol. 


 Mereka begitu menitik beratkan tarbiah kepada masyarakat. Hati masyarakat timur telah ditempa dengan jiwa agama dan kemahiran dakwah. Dari Istana hinggalah rakyat jelata mendapat sentuhan dakwah. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Masyarakat Melayu sudah dibentuk dengan lembut dan hikmah. Maka akhirnya membentuk watak dan sifat orang Melayu begitu ketara lembut dan bertolak ansur. Ertinya pendekatan jihad di bumi Timur dengan dakwah yang lembut dan dakwah dengan sikap. Berbeza dengan kedatangan dakwah di Timur Tengah dengan pedang.


Inilah merupakan pejuang-pejuang yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang dan berdakwah. Dengan tujuan mendidik masyarakat tempatan. Di bumi Timur kumpulan-kumpulan zikir dan tariqat subur bagaikn cendawan tumbuh. Adanya tariqat Qadariah, tariqat Naqsyabandiyah dan lain-lain lagi.


Mereka sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Sebab itu mereka kekalkan pendekatan lembut dalam menyampaikan dakwah Islam. Gerakan Dakwah diteruskan oleh Abuya merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Abuya  Imam Ashaari. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul.


Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya "Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.
( Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).



Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur.Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang
sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau
menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”
 

Sebagai buah fikiran orang Timur yang praktikal, mereka telah menggariskan strategi-strategi yang berkesan untuk memandu Barat ke jalan keselamatan. Inilah mesej penting dari Timur itu dengan mengetengahkan Islam sebagai satu satunya penyelamat.  Barat yang sedang mengalami kekosongan ideologi, mahu tak mahu terpaksa akur pada seruan ini: Aslim taslam : Islamlah, nescaya kamu akan selamat! Inilah perang fikiran dan perang sikap (lisanul hal) yang sangat seni kerana sasarannya adalah hati dan fikiran. Tidak ada kerosakan fizikal yang berlaku, namun ini yang lebih ditakuti oleh Barat. Bukan rahsia lagi bahawa Barat kini sedang dihantui oleh bayang-bayang ‘Kebangkitan Islam kali kedua' yang mereka telah kenal pasti akan muncul di Timur.


Kepimpinan Islam dari timur telah menggariskan strategi-strategi yang berkesan untuk memandu Barat ke jalan keselamatan. Inilah mesej penting penulis buku dari timur itu dengan mengetengahkan Islam sebagai satusatunya penyelamat.  Barat yang sedang mengalami kekosongan ideologi, mahu tak mahu terpaksa akur pada seruan ini: Aslim taslam : Islamlah, nescaya kamu akan selamat! Segala pergolakan di Barat bahkan di seluruh dunia,  samada positif mahupun  negatif, semuanya membawa petanda bahawa kebatilan kian musnah, kebenaran kian terserlah. Ini juga menandakan dunia sedang diproses menuju ke satu arah: Kegemilangan Islam kali kedua yang dijanjikan hadis2….Manusia sejagat menunggu satu Dunia Baru yang akan menandakan kemenangan mutlak bagi kebenaraan dan tumpasnya kebatilan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N