Langkau ke kandungan utama

TAWAKAL SELEPAS BERUSAHA.

TAWAKAL SELEPAS BERUSAHA.

(Abuya bersama generasi pertama perjuangan).

(Anak-anak Abuya di undang ke Sabah, generasi ketiga perjuangan ).

(Aidil fitri 2017 - suasana keluarga Abuya dan tetamu).

Pendekatan dakwah yang dilakukan di Malaysia adalah satu metod pendekatan yang berhikmah. Iaitu secara ilmu dan kasih sayang. Bila kepesatan dakwah sudah tidak boleh dibendung lagi masyarakat terpaksa ikut arus tersebut. Ertinya mesej dakwah telah sampai dan hasilnya kita serahkan kepada Tuhan. Sebenarnya ALLAH suruh ktia bertawakkal setelah semua sebab yang ALLAH jadikan itu kita tempuh. Makan ramai yang tertarik dengan pendekatan dakwah yang berlaku di Timur ini terutamanya di Malaysia. Makan ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam.


Contoh tawakal setelah berusaha, dakwah diusahakan dengan pelbagai cara dan pendekatan. Kian lama kian dirasakan. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makan ramai yang mahu terlibat dan memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam terutama dikalangan muda-mudi yang sedikit sebanyak ada keikhlasan di hati mereka. Mereka yang mempunyai akal fikiran yang cergas dan hidup jiwa mereka. Kita dapat menyaksikan sekarang ianya disampaikan melalui  drama-drama yang ditayangkan di kaca TV dan sebagainya.


Ini adalah satu perkembangan yang positif. JADUAL ALLAH semakin hari semakin ketara. Angin dakwah yang semakin rancak di Malaysia, ini adalah berita baik untuk Timur bahkan untuk dunia seluruhnya. Satu berita baik yang akan jadi realiti di awal kurun yang ke-15 Hijrah ini. Sebenarnya ALLAH suruh kita bertawakkal setelah semua sebab yang ALLAH jadikan itu kita tempuh. Kesemua peraturan atau Sunnatullah yang telah ALLAH syariatkan di dalam kehidupan kita mesti dilaksanakan. Ini, baru dua atau tiga sebab saja yang kita lahirkan, tiba-tiba kita pun bertawakkal kepada ALLAH. 


Apabila kita tidak berjaya, kita terus menyalahkan Tuhan, walaupun secara tidak langsung. Tawakkal seperti ini samalah seperti memelihara lembu tanpa diikat atau ditambat, dan tidak pula memagar kawasan pemeliharaannya, lalu berserah bulat-bulat kepada ALLAH dengan harapan lembu itu tidak akan masuk ke dalam kebun orang lain. Masakan boleh jadi demikian. Sudah tentunya lembu itu akan bebas merayau ke sana sini hingga masuk ke kebun orang lain. Kemudian, apabila tuan punya kebun itu mengamuk, kita pun mengeluh. Ini ertinya kita menyalahkan ALLAH SWT (secara tidak langsung).


Setiap hari buat muhasabah atau posted  mortem terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan. Sepatutnya, sebelum kita bertawakkal atau menyerah diri kepada ALLAH SWT, lahirkanlah semua sebabnya seperti lembu itu kita ikat kuat-kuat, kemudian kita kandang ia, dan kita beri dia makan kenyang-kenyang. Kemudian, barulah kita bertawakkal dengan keyakinan bahawa semua sebab telah dilaksanakan untuk mengelakkan lembu itu memasuki kebun orang lain. Namun bukan sebab-sebab itu yang akan memberi bekas tetapi ALLAH SWT jua. Demikianlah tawakkal yang sebenarnya.


JADUAL ALLAH semakin hari semakin ketara dan tidak boleh dihalang lagi ia pasti berlaku. Angin dakwah yang berhembus lembut telah mencetuskan ombak dakwah yang kian lama kian ketara. Akhirnya berlakulah satu kebangkitan Islam yang bermula di timur dan membuka mata barat. Macam-macam tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada Islam. Kebangkitan Islam dimTimur dituduh macam-macam, namun makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makan ramai yang tertarik dengan pendekatan dakwah yang berlaku di Timur ini terutamanya di Malaysia.


Cuma oleh kerana telah ditikam tadi bahawa umat Islam hari ini hanya mempelajari Islam itu sedikit-sedikit, mereka pun mengamalkan Islam sedikit-sedikit (dalam aspek-aspek tertentu saja). Misalnya dalam soal tawakkal kepada ALLAH, ada tempat-tempatnya seseorang itu akan bertawakkal, dan ada tempat-tempatnya dia tidak bertawakkal. Katalah dalam soal menjamah hidangan yang penuh dengan lauk-pauk. Tidak, pula dia bertawakkal. Kadang-kadang belum dipelawa dia sudah mula. Kalaulah umat Islam dapat bertawakkal dalam semua aspek, ini yang paling baik kerana bertawakkal kepada ALLAH akan menggerakkan fikiran. 


Katalah dalam soal memelihara lembu tadi, setelah dia bertawakkal, lembu itu lepas juga ke kebun orang lain. Dari situ, tentu akan tergerak akal fikirannnya supaya melahirkan beberapa sebab lagi. Rupa-rupanya, kita perlu berikhtiar sungguh-sungguh melahirkan sebab-sebab sebelum bertawakkal. Dan kalau setiap orang Islam dapat mencorakkan akalnya demikian, akan berjayalah kita. Kalaulah dalam hendak menjamah hidangan, kita perlu lahirkan sebab-sebab, ertinya dalam semua perkara kita mesti berikhtiar. Kalau umat Islam sedar hakikat ini, sudah tentulah satu pengalaman baru akan lahir di dalam pemikiran kita.


Pada mulanya kita hanya bertapak di satu kawasan dengan satu projek. Hasil menyerahkannya pada Tuhan kita bertambah kuat jiwa. Maka dengan kekuatan bersandar dengan Tuhan meneroka kawasan baru dengan projek baru. Asalnya Abuya buka satu bandar dan akhirnya berkembang bandar-bandar Abuya di Malaysia. Kemuncaknya model Islam yang Abuya perjuangkan sudah menjadi viral dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kini sejarahnya ditulis orang dan cita-citanya menjadi cita-cita umat Islam. Model Islam di Malaysia 
sudah menjadi impian negara-negara umat Islam yang lain termasuk di timur tengah. 


Inilah yang Abuya fahamkan kepada kita selama ini bahawa JADUAL ALLAH pasti berlaku. Dengan contoh perkembangan dakwah bermula dari masyarakat menolaknya hinggalah penerimaannya yang luar biasa. Melalui sifat Kalam-Nya juga Tuhan memerintahkan kita jangan sekali-kali melantik orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin dalam masyarakat,negara dan apa sahaja. Maksud firman Tuhan:" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."(Al Maidah 5:51).


Maksud firman Tuhan:"Dan tidak datang seorang rasul pun kepada mereka melainkan mereka selalu memperolok-olokkannya."
(Al hijr 15:11).

Di sini ALLAH  mengkhabarkan tentang sikap umat-umat zaman dahulu yang kepada mereka juga di utus rasul-rasul tetapi mereka memperhina dan memperolok-olokkannya, malah ada yang mereka bunuh. Begitu juga ALLAH mengkhabarkan berlakunya sikap seperti itu kepada umat Rasulullah di kemudian hari. Seperti di zaman kita sudah tidak di hantar rasul-rasul atau nabi lagi tetapi tetap ada pewaris perjuangan mereka seperti tuk-tuk guru, ustaz-ustaz, pendakwah-pendakwah dan sebagainya yang terus bergelanggang di tengah masyarakat. Ketika mereka membuka kelas-kelas pengajian , mereka juga di ejek dan di perolok-olokkan. Jadi sama sikap orang zaman dahulu dan zaman kemudian hari.


Apabila usaha dakwah kita sandarkan kepada ALLAH, apapun terjadi kita telah mendapatkan kekuatan dari Tuhan. Ejekan dan apa saja berlaku dalam pengalaman kita hari ini. Orang-orang yang hendak memperjuangkan kebenaran dari Tuhan mereka di ejek sebagai songsang, kolot, ortodoks, ketinggalan zaman dan lain-lainnya. ALLAH mengkhabarkan kepada kita melalui kalamNya bahawa golongan ini ialah orang yang hatinya kotor, jahat dan pnuh dosa.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N