Langkau ke kandungan utama

KESAN KEBANGKITAN ISLAM KEPADA INDIVIDU.


KESAN KEBANGKITAN ISLAM KEPADA INDIVIDU.

(Mesir mejoriti bermazhab Syafei).


Di era kebangkitan Islam ada bunus dari Tuhan. Antaranya dipermudahkan kepada individu yang ingin membuat perubahan diri. Kalau sebelum ini susah untuk mencari kelas fardhu ain, kini program di masjid dan surau program bagaikan cendawan tumbuh. Ini adalah kesan kebangkitan yang melahirkan manusia yang ada rasa kehambaan kepada Tuhan dan rasa hablum minannas atau rasa bekhidmat sesama manusia yang tinggi di Timur ini. 


Sebaliknya kalau ada individu yang mementingkan keuntungan dan mengenepikan syariat Islam mereka akan dipulau oleh masyarakat kerana mejoriti telah mendapatkan kesedaran pentingnya syariat Tuhan. Di era kebangkitan Islam juga menjadikan kelompok yang cintakan Islam akan cetuskan dan melahirkannya model Islam  secara terang-terangan. Bagi yang bencikan Islam terpaksa menyembunyikan kebenciannya, kerana kalau dilahirkan masyarakat akan mengutuk dan bertindak terhadapnya.


Bahkan di media arus perdana juga banyak program-program agama. Banyak intitusi yang menawarkan perlaksanaan muamalah Islam, ekonomi Islam dan perlaksanaan mendapatkan rezki halal secara mudah sekarang. Menyediakan servis atau khidmat untuk mencari redha Allah merata-rata di Malaysia ini. Lagi dipermudahkan untuk kita tak keliru dan celaru bahawa negara kita Malaysia dalam perlembagaan termaktub berpegang kepada mazhab Syafei. Mana-mana buku rujukan bacaan atau mana-mana kuliah kita boleh ikuti selagi tidak bercanggah dengan pegangan kita yang bermazhab Syafeiah di Malaysia.


Selain mazhab syafei, ada lagi yang selari dengan Al Quran dan Sunnah, iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali. Imam Malik adalah pengasas mazhab Maliki. Beliau salah seorang guru kepada Imam Syafei. Kesemua ajaran empat mazhab tersebut dalam Tauhid berpegang kepada Imam Abu Hasan Al Ashaari dan Imam Maturidi. Kesemua mereka menolak ajaran Syiah yang terpecah kepada 22 fiqah. Ajaran empat Imam mazhab seperti Maliki, Syafei, Hanafi dan Maliki menyuburkan sifat dan rasa kehambaan.


1)     Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlaku pada seseorang muslim itu ia akan menghilangkan @ memusnahkan sifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riak, sum’ah, sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Tapi apabila rasa sifat kehambaan itu tidak wujud maka akan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahirkan rasa sombong, riak, sum’ah, pemarah, hasad, minta dipuji, meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi. Kemudian jika sifat ketuanan jika dibiarkan subur, dibaja, maka akan lahirlah pada seseorang itu yang mana ia adalah milik Allah swt., maka jatuh dia kepada syirik. Waliyazubillah. Dan kalau dia orang yang berkuasa, maka dia akan menjadi orang yang sangat zalim dan kejam.


Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam dan menyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat mazmumah hilang. Begitulah yang dituntut oleh Allah taala kepada hamba-hamba-Nya. Apabila dari rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat mazmumah seperti yang telah disebut tadi, maka automatiknya lahirlah pada diri seseorang itu, hamba yang muslim sifat merendah diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbang rasa, mengutamakan orang lain. Bertawakal, sabar, rasa berdosa, rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, meminta maaf dan lain-lain lagi hingga merasa diri hina hingga merasa diri bersalah dan berdosa.
 

2)     Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan benar-benar mencengkam hati seseorang muslim di bawa ke mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah taala. Rasa malu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan lagi dari seseorang itu. Dia akan benar-benar merasa yang dirinya di dalam kekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh Allah taala. Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia takut membuat dosa. 


Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadi orang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan menjadi orang yang beradab dan bersopan, berdisplin, menunai janji. Apabila terbuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan terhubung dengan allah taala. Maka mereka itu di dalam keadaan macamanapun tetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalam arus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat. Mereka tetap dapat mengawal dan menjaga diri. 


Dengan kata-kata lain, rasa bertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripada melakukan dosa dan derhaka. Sekaligus ia juga merupakan anak kunci segala kebaikan.Oleh itu hendaklah kita sentiasa tajamkan @ hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana dengan rasa bertuhan itulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini. Rasa bertuhan benar-benar mencengkam hati seseorang muslim di bawa ke mana-mana. Apabila melihat orang dalam kesusahan terus rasa bersimpati dan ingin hendak menolong.


3)     Sebagai peringatan bahawa sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati, maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa bertuhan tidak akan tumbuh. Maka ibadah yang semacam bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lajir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat sombong & riak, sum’ah & ingin dipuji. Rasa diri bersih, takut dengan Tuhan tiada.
 

Natijah ibadah orang yang rasa kehambaannya semakin mendalam. Natijah rohaniah ibadah pula ialah kesan rohani kepada tuan punya diri. Tuan punya diri yang merasa, orang lain pun dapat merasa tempiasnya. Natijah rohaniah ialah nilai sebenar bagi sesuatu ibadah. Ia menghampirkan kita kepada Tuhan. Ia meningkatkan sifat kehambaan kita. Ia membina peribadi insaniah kita. Makin beribadah makin tawadhuk, makin rasa berdosa. Makin berbuat, makin rasa tak buat apa-apa. Begitulah hidup yang berkat. Hidup yang berfaedah untuk diri sendiri dan orang lain. 


Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya @ Tuhan, tapi ia akan menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa yang semacam itulah biasanya mati tidak berampun, kerana seseorang itu dia tidak tahu atau merasa membuat dosa. Dosa itulah menyebabkan manusia mati di dlam su’ul khotimah kerana manusia, dia merasa membuat baik bukan membuat dosa & derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik, membuat dosa & derhaka di dalam taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka. Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.
 

“Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau lihatkanlah diri kami lahir dan batin! Engkau lihatkanlah perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan. Agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah hendak difahami. Amin! Ya Rabbal ‘Alamin.


Abuya luruskan semula sistem kepercayaan dan perasaan dalam diri  murid-muridnya. Kepercayaan dan perasaan dalam diri manusia sudah bengkok. Manusia sudah berfikir, sudah percaya dan sudah berperasaan dengan sesuatu yang sepatutnya tidak. Manusia sudah merasa dunia cukup indah, sudah berfikir dunia segalanya dan sudah percaya bahawa dunialah kebahagian. Lalu Abuya membetulkan penglibatan hati mereka itu agar melihat Tuhan adalah segalanya dan hidup untuk Tuhan adalah kebahagian. Maka manusia pun praktikalkan dan terbukti bahawa sistem diri yang demikianlah yang sebenar-benarnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N