Langkau ke kandungan utama

HIJIR ISMAIL SIMBUL CINTA AGUNG.

HIJIR ISMAIL SIMBUL CINTA AGUNG.


Maksud firman Allah:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
(Al Baqarah 2:127-129).


Nabi dan Rasul kebanyakkannya di Timur Tengah. Kisah-kisah Nabi dan Rasul yang terdahulu sebanyak 124,000 yang di angkat dan hanya 25 Rasul yang wajib di ketahui, tapi tahukah kita siapa mereka itu? Di akhir zaman ini, semua khazanah sejarah Islam yang terkandung di dalam Al-Qur’an akan hilang ditelan zaman jika kita tidak mengambil langkah untuk generasi kita yang baru seperti anak-anak kita! Perkongsian penulis tentang tempat-tempat sejarah melalui media sosial ini Insyaallah adalah salah satu cara yang berkesan untuk di sampaikan kepada generasi muda ini! 


Hijir Ismail memiliki sejarah setua Ka'bah. Di sanalah dahulu Nabi Ismail AS sering berada dalam pangkuan ibunya, karena itulah bagian ini dinamai Hijir Ismail yang secara harfiah berarti pangkuan Ismail. Tempat inilah Nabi Ismail dan ibunya, Siti Hajar dimakamkan. Hijir Ismail adalah kisah pengorbanan seorang Nabi, iaitu Nabi Ibrahim dan anaknya kepada Tuhannya. Ia menjadi simbul pengorbanan hamba Allah kepada cinta Agungnya iaitu ALLAH SWT. 


Setiap tahun umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk ke Hijir Ismail dekat dengan Kaabah. Ini adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh umat Islam ketika mengerjakan haji dan Umrah. Hijir Ismail adalah pagar batu berlingkar Tingginya 1 5 meter . Letaknya berdampingan dengan Kaabah di sebelah utara . Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan Kaabah .


Ka'bah di bangunkan secara sempurna termasuk di dalamnya Hijir ini. Kemudian dinding Ka’bah sempat roboh akibat bekas kebakaran dan banjir yang menerjangnya. Kemudian pada tahun 606 M,kaum Quraisy merobohkan sisa dinding Ka’bah lalu merenovasi kembali. Akan tetapi, karena kekurang dana yang halal untuk menyempurnakan pembangunan sesuai pondasi yang dibangun Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, akhirnya mereka mengeluarkan bagian bangunan Hijir dan sebagai gantinya mereka membangun dinding pendek, sebagai tanda bahwa ia termasuk di dalam Ka’bah. 


Hal ini dilakukan karena mereka telah memberikan syarat pada diri mereka sendiri untuk tidak akan menggunakan dana untuk pembangunan Ka'bah kecuali dari dana yang halal. Mereka tidak menerima biaya dari hasil pelacuran, tidak juga jual beli riba dan tidak juga dana dari menzalimi seseorang. Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang dinding (maksudnya Hijir Ismail) "Apakah ia termasuk Ka’bah?" Dia menjawab, "Ya." Saya bertanya, "Kenapa mereka tidak memasukkan ke dalam Ka’bah?" Dia menjawab, "Sesungguhnya kaummu kekurangan dana."
— Bukhari (1584) dan Muslim (1333)

Beribadah di Hijir Ismail.Hijir Ismail adalah salah satu tempat dimakbulkannya sebuah do'a. Adapun beribadah di dalam Hijir Ismail hukumnya Sunnah, seperti yang diriwayatkan oleh 'Aisyah,

"Aku pernah minta kepada Rasulullah SAW agar diberi izin masuk Ka'bah untuk salat didalamnya. Lalu dia membawa aku ke Hijir Ismail dan bersabda: "Salatlah di sini kalau ingin salat di dalam Ka'bah karena Hijir Ismail ini termasuk bagian Ka'bah."


Apabila kita di jemput oleh ALLAH ke Kaabah ertinya kita akan menjadi tetamu ALLAH. Ketika di sana kalau kita di zalimi ertinya tetamu ALLAH telah di zalimi. Orang yang kena zalim pula telah berbuat sesuatu yang menyebabkan Tuhan kasih dan sayang kepadanya. Kerana kasih sayang Tuhan itu, maka di izinkan-Nya orang lain berlaku zalim terhadapnya. Maka dengan itu, bertambahlah pahalanya dan bertambahlah kasih sayang Tuhan kepadanya.


Maka orang yang menzalimi orang lain harus sedar bahawa kezalimannya adalah berpunca dari dosanya sendiri dan bukan salah orang yang dizalimi. Kezalimannya hanyalah untuk menyempurnakan kemurkaan Tuhan terhadapnya. Lagi banyak dan dahsyat kezalimannya, lagi bertambah murka Tuhan kepadanya. Makin dia zalim, makin bertambah geramnya, makin bertambah dendam kesumatnya, makin tidak puas hatinya. Sudah zalim mahu lebih zalim lagi dia tidak puas dimurka Tuhan.

"RASA HAMBA DI BAWA KE MANA-MANA."

Seorang ayah yang mulia apabila menjadi payung kepada keluarganya. Seorang isteri yang baik apabila menjadi tulang belakang kepada suami. Anak yang mulia apabila menjadi anak yang soleh.
Orang yang merasa dirinya mulia, sebenarnya di sisi Tuhan adalah hina. Ini kerana bagi Tuhan, sepertimana yang disebutkan-Nya dalam Al-Quran; orang yang mulia itu ialah orang yang bertaqwa. Di mana kemuliaan orang bertaqwa? Kemuliaan itu letak pada hatinya. Hati yang cukup tinggi rasa hamba dengan Tuhannya. Rasa hamba itu ada berbagai dan yang paling menonjol itu adalah rasa hina dengan Tuhan.

Maksud firman Tuhan:

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu."
(Al Hujurat 49:13).

Seorang pemimpin yang baik suka berkhidmat dengan orang dibawah pimpinannya. Pengikut atau rakyat yang baik yang memberikan ketaatan kepada pemimpinnya. Rasa hamba inilah yang dibawa dalam
peranan masing-masing. Membawa perasaan tersebut manusia mudah berkasih sayang. Tenang sahaja hatinya biarpun dia tidak dipuji atau disanjung. Pujian atau sanjungan hanya akan mencemaskan hatinya kerana takut-takut dia tidak pandai menerimanya.


25 Rasul yang wajib di ketahui itu, mereka memiliki rasa hamba yang tinggi. Mereka merasa hina kerana sangat mengetahui hakikat diri insan yang Tuhan ciptakan. Rasa hina seperti inilah yang dipandang Tuhan. Rasa seperti inilah yang membuatkan mereka dimuliakan Tuhan. Mereka tidak minta kemuliaan itu tetapi Allah muliakan mereka. Allah iktiraf yang mereka itu mulia. Mereka dalam kemuliaan di dunia dan di Akhirat. Mungkin manusia memandangnya hina tetapi Tuhan memandangnya mulia. Sebab itu ada dikalangan mereka yang dibunuh, ada yang dibakar, ada yang di salib dan macam-macam lagi. Tetapi semua tindakan yang manusia lakukan ke atas mereka tidak berjaya menggagalkan kerja mereka menyampaikan wahyu yang diberikan kepada mereka untuk disampaikan kepada manusia. 











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N