Langkau ke kandungan utama

OFENSIF YANG TIDAK AGRESIF.




Perjuangan Abuya Imam Ashaari At Tamimi kini di Malaysia dalam usia 49 tahunnya, mula bergerak secara ofensif tetapi tidak agresif. Negara Malaysia sekarang dalam usia 71 tahun kemerdekaannya daripada British. Abuya begerak di Malaysia secara ofensif tetapi tidak agresif. Dengan pendekatan yang lunak tetapi prinsip yang tegas, Abuya mula menjelaskan falsafah, matlamat dan perlaksanaan sistem Islam yang berkait dengan persoalan kenegaraan dan dunia antarabangsa secara terbuka. Abuya menjelaskan apa dan bagaimana ajaran Islam sebenar. Malaysia telah terbina webawanya diperingkat dunia, termasuk negara-negara umat Islam sendiri.


Satu history in the making sebenarnya di dunia dan Timur sedang berperanan. Cuma kebanyakkan orang tidak mampu menjangkau hal ini walaupun dia tinggal di Malaysia. Mereka yang terikat dengan ujikaji, pemerhatian dan keputusan lojik semata-mata tidak akan dapat mengetahui rahsia ini kerana Allah SWT memenangkan agama-Nya melalui pimpinan, cara, dan ketika yang tidak dapat dijangkau oleh musuh-musuh-Nya. Kemenangan yang Tuhan hendak berikan kepada Timur sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua atas dasar taqwa adalah melalui jalan yang luar biasa. 


Maksud firman Allah: Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), dan Allah akan melepaskannya daripada kesusahan hidup dan memberinya rezeki (kemenangan) dari jalan yang tidak disangka-sangka.(At Talaq 65:2-3). Para intelek walau sebijak manapun jika tidak dipandang pimpin Allah tidak akan dapat mengetahui hakikat ini kerana ahli falsafah sendiri mengakui:falsafah selalu datang lambat untuk menerangkan hakikat sesuatu. Hinggalah sesuatu itu menjadi sejarah, barulah falsafah mampu menerangkannya.


Dengan pencapaian pembangunan insan dan material perjuangan Abuya, ternyata pembaharuan tafsiran, kaedah perjuangan dan pimpinan Abuya telah berbuah. Beliau bukanlah tok guru biasa, tetapi adalah seorang pemimipin berwawasan, pendidik yang berwibawa, pemikir yang tajam buah fikirannya, ahli stratigi yang licik, pembangun masyarakat yang praktikal, penyair dan penulis yang produktif dan berpijak di bumi nyata. Perjuangan Abuya dan keperibadiannya berkait rapat. Tegasnya hasil perjuangan Abuya adalah juga bayangan pimpinan, minda, akhlak, barakah, dan bantuan Allah kepada Imam Ashaari At Tamimi. 


Perjuangan Abuya yang sudah masuk 49 tahun: memaparkan lintasan sejarah,falsafah, minda, mekanisme perjuangan, sumber kekuatan, keunikan, pencapaian terkini,serta ulasan-ulasan masyarakat di dalam dan luar negara tentang kewujudan perjuangan Abuya. Pengajiannya sesuai dengan perkembangan masyarakat moden. Pendekatan pengajian dan perjuangannya tidak timur dan tidak barat tetapi tersendiri. Pengajian yang Abuya lakukan menggunakan pendekatan dakwah dan tarbiah untuk mengubah masyarakat ke arah Islam. Melalui pendekatan itu juga beliau mempunyai regu-regu dalam perjuangan. Mereka itu yang telah punya kesedaran untuk baiki diri  dan mempunyai tekad untuk berjuang membaiki masyarakat.


Bagaimana Abuya menggerakkan majlis pengajian untuk mendapatkan jentera penggerak, untuk berdakwah dan tarbiah. Masyarakat yang mempunyai kesedaran, kefahaman dan mampu menghayati Islam secara syumul bersuluhkan minda Abuya Imam Ashaari At Tamimi yang layak memikul beban perjuangan menegakkan Islam. Sehubungan dengan itu , setiap ahli yang mengikuti pengajian mesti menempuh empat peringkat; peringkat kesedaran, peringkat kefahaman, peringkat penghayatan dan akhir sekali peringkat perjuangan.


Peringkat kesedaran, mereka beroleh satu pandangan baru mengenai tujuan hidup dan peranan manusia di muka bumi ini. Ini mendorong mereka untuk memahami lebih mendalam tentang Islam yang syumul atau Islam sebagai cara hidup sebagai mana diperjuangkan oleh Abuya. Kesedaran dan kefahaman ini diperolihi melalui ceramah umum, majlis pengajian fadhu ain, konsert seni budaya Islam,media masa dan sebagainya. Mereka yang telah ada kesedaran dan kefahaman itu akan dibawa melangkah ke peringkat penghayatan. Mereka terus dididik dan ditarbiah melalui ceramah-ceramah tarbiah dan kursus-kursus kefahaman dan penghayatan Islam.


Mendidik dan mentarbiah masyarakat secara istiqamah, sistematik dan meluas. Majlis-majlis ceramah itu dikenali sebagai Usrah Umum dan mereka diperingkat ini terdiri daripada para simpati. Mereka belum boleh dibebani dengan tugas perjuangan. Abuya akan mengenal pasti individu-individu yang berpotensi untuk memberi sepenuh kometmen pada perjuangan menegakkan Islam. Mereka akan dijemput menghadiri pertemuan-pertemuan sesama ahli yang dipanggil Usrah Khusus. Secara automitik dia telah dianggap telah menjadi ahli pengajian yang komited.Sudah boleh diberi tanggungjawab dan tugas perjuangan.


Program Usrah ini diadakan dalam suasana kekeluargaan dan kasih sayang, bertujuan untuk memupuk ukhuwwah, kesefahaman dan keselarasan dikalangan ahli. Dengan berbekalkan minda dan kekuatan kerohanian, pengajian yang Abuya bangunkan terbukti memberi rahmat, ertinya membawa kasih sayang. Dia membawa kegembiraan, dia membawa hiburan, dia membawa kemudahan, dia membawa kemuliaan, dia membawa keselamatan, dia membawa kedamaian, dia membawa penyelesaian, dia membawa kebahagiaan dan keharmonian. Dengan adanya jemaah pengajian Abuya itu membolehkan bertolong bantu satu sama lain.

Firman Tuhan:

Ø«ُÙ…َّ Ù†ُÙ†َجِّÙŠ رُسُÙ„َÙ†َا ÙˆَالَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا ÙƒَØ°َٰÙ„ِÙƒَ Ø­َÙ‚ًّا عَÙ„َÙŠْÙ†َا Ù†ُنجِ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ

Kemudian Kami selamatkan Rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang beriman yang menurutmu).(Yunus,10:103).


Dasar Islam selamat dan menyelamatkan maka dasar itulah yang dijadikan dasar dalam pengajian Abuya. Ertinya jemaah pengajian yang Abuya bangunkan selamat menyelamatkan. Mengapa dia selamat dan menyelamatkan? Kerana jemaah pengajian itu ada peranan. Dia bertanggungjawab, dia senantiasa ada khidmat pada masyarakat. Kerana jemaah pengajian Abuya ada peranannyalah maka dia dikatakan membawa rahmat, kerana ada peranan inilah maka jemaah pengajian Abuya dikatakan membawa kasih sayang. Kerana ada peranan inilah jemaah pengajian Abuya membawa kebahagiaan, keharmonian, keselamatan dan bermacam-macam kebaikan yang bermanfaat bagi masyarakat.


Inilah rahmat dan nikmat pengajian dan berjemaah. Mari kita lihat dan contohi apa yang berlaku pada jemaah Rasulullah dan para sahabat. Tidak dapat dinafikan sebelum kewafatan baginda SAW dan ketika itulah zaman keemasan bagi Islam. Itulah sebaik-baik kurun dan zaman; ketika jasad baginda masih bersama sahabatnya. Tetapi berlaku satu era dan ketika dimana jasad baginda SAW Allah Taala mengambilnya semula dan keadaan takkan mungkin akan lebih baik daripada sebelumnya. Tapi bukan bermakna ia langsung tak bermakna.


Keadilan yang Allah berikan setelah jasad baginda SAW diambil ialah bilamana jemaah ataupun rahmat dan nikmat bersama Rasulullah itu dapat diteruskan. Ertinya kasih sayang, keharmonian, perpaduan, keamanan sesama umat Islam dapat diteruskan dan ditegakkan. Malah di zaman sahabatlah Islam berkembang hingga ke seluruh pelusuk dunia. Inilah rahmat, kasih sayang dan keadilan Tuhan kepada agamanya.


Ertinya, kalau sesebuah jemaah tarikat yang terhubung atau menyambung perjuangan Nabi Muhammad SAW mestilah mempunyai ciri yang sama, iaitu membawa rahmat kepada semua. Semua manusia terasa berkat dan nikmatnya walaupun setelah ketiadaan pemimpinnya. Kalau ini tidak berlaku malah setelah ketiadaan pemimpin jemaah keadaan menjadi sebaliknya, maka ia perlu dinilai semua. Apakah ia jemaah kebenaran atau kebatilan. Kerana jemaah kebenaran itu berlaku kasih sayang, keharmonian, perpaduan, keamanan sepertimana semasa keberadaan pemimpinnya. Walaupun setelah tiadanya rahmat dan nikmat tetap berterusan.


Kalau ia tidak berlaku, maknanya boleh sahaja Tuhan buatkan rahmat dan nikmat itu berpindah atau berlaku ditangan orang lain; mereka yang dididik oleh pemimpin tersebut dan masih kuat berpegang dengan prinsip jemaah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dan juga kuat dengan syariat Islam. Ini bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat dan dilakonkan. Ini adalah perjuangan yang telah menjadi sebahagian dirinya, sebahagian darah yang mengalir dalam jasadnya.


Jika masih ada perpaduan, kasih sayang, keamanan, dan keharmonian yang berjalan terus maka ia boleh dikatakan jemaah pengajian yang pernah berlaku pada kebangkitan pertama. Tetapi jika semua ini tidak berlaku malah sebaliknya terjadi, perpecahan, penzaliman, penipuan, melanggar syariat dan prinsip Islam maka ia bukanlah lagi sebuah jemaah pengajian walaupun nampak masih menghidupkan sistem jemaah pengajian. Kerana ia bukan membawa keberkatan malah sebaliknya. Jika begitu mari kita nilai semula apakah yang dikatakan Abuya jemaah yang membawa rahmat dan berkat kepada seluruh alam ini. Jika suami isteri nak dipisah-pisahkan, keluarga dicerai beraikan malah menjadi dasar melarikan anak dan isteri yang tak sehaluan ini bukanlah keamanan, ini bukanlah perpaduan, keharmonian, kasih sayang yang Abuya perjuangkan. Hidup dalam neraka sebelum neraka sedangkan jemaah kebenaran itu ada syurga sebelum syurga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N