Langkau ke kandungan utama

HERO KEBANGKITAN ISLAM MUNCUL DARI TIMUR.



Apabila China membuka Negaranya kepada dunia luar, dengan dasar terbuka, Abuya terus mengambil peluang berdakwah kesana. Ternyata ada umat Islam di China yang asalnya dibawah Turki Timur dan sekarang berada dibawah China iaitu golongan minoriti umat Islam disana. Mereka sangat gembira dengan kedatangan rombongan Abuya. Memberi kekuatan kepada mereka berpegang kepada agama Islam. Penampilan Abuya mengingatkan kembali datuk mereka juga berpakaian seperti Abuya iaitu berjubah dan berserban. Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur (XUAR) adalah nama yang diberi kepada Turki Timur oleh kerajaan China. Xinjiang bererti ‘batasan baru’ dalam bahasa China. Pemerintah Manchu yang menyerang Turki Timur pada 1759 telah menjadikannya sebahagian daripada wilayah China. Dengan menyaksikan peristewa tersebut, penulis teringat kembali, Abuya pernah berkongsi maklumat daripada Sayyidi sebagai Syeikh Tareqat pernah sebut: "Turki kecil membantu Turki besar". 


Maksudnya Malaysia di ibarat sebagai Turki kecil dan Turki Timur (Turki Besar).sekarang dibawah wilayah China. Xinjiang Uyghur (Cina),berasal dari Turki. Kalangan sejarawan sepakat, nenek moyang orang Turki berasal dari daratan yang membentang dari Asia Tengah hingga ke Siberia. Kawasan di sekitar Pegunungan Altay, sering dianggap sebagai tanah kelahiran leluhur bangsa Turki. Majoriti dari mereka menetap di wilayah Xiongnu--yang hari ini mencakup Mongolia, Kazakhstan Timur, Kirgizstan Timur, Xinjiang Uyghur (Cina), Manchuria Barat (Cina), dan Rusia Selatan. Pada masa selanjutnya, pertumbuhan bangsa Turki kian pesat dan mereka pun mulai membentuk suku-suku baru. Di antaranya adalah suku Ashika, Altay, Azerbaijani, Bulgar, Tatar, Dolga, Kazakh, Khazar, Kipchak, Kirgiz, Oghuz, Pecheneg, Turkmen, Uyghur, Uzbek, Yakuts, dan masih banyak lagi.


Merindukan Umat Akhir Zaman
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Sayidina Abu Bakar RA. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan sedemikian. Seulas senyuman yang sedia terukir di bibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. “Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Sayyidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. “Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah. “Bukankah Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah?” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.


Kemudian Baginda bersuara,
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.” Pada kesempatan yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan “ikhwan”…
Rasulullah: “Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat. “Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa dekat dengan Allah,” jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.” “Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.” “Mungkin kami,” celah seorang sahabat.“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kalian,” pintas Rasulullah menyangkal hujjah sahabatnya itu.


“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka. “Kalau kamu ingin tahu siapa mereka, mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Qur’an dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah. “Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu. Sahabat fillah…Begitulah penilaian Allah. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah sebagai syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan terbuktikan dengan kesungguhan beramal dengan sunnahnya. Dan insya Allah umat akhir zaman itu adalah kita yang sedang bernafas hingga saat ini. Bagi kita yang bersungguh-sungguh mau menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan Baginda Rasulullah SAW. 


Secara detail ada di temukan dalam hadits lain yaitu:
Telah di riwayatkan oleh imam Ahmad dan Ath-Thabrani dari Abdullah bin Amru, ia berkata; Pada suatu hari saat matahari terbit aku berada di dekat Rasulullah salllahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda:

يَأْتِي قَوْمٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ نُورُهُمْ كَنُورِ الشَّمْسِ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ: نَحْنُ هُمْ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: لاَ وَلَكُمْ خَيْرٌ كَثِيرٌ وَلَكِنَّهُمْ الْفُقَرَاءُ وَالْمُهَاجِرُونَ الَّذِينَ يُحْشَرُونَ مِنْ أَقْطَارِ اْلأَرْضِ، ثم قَالَ: طُوبَى لِلْغُرَبَاءِ، طُوبَى لِلْغُرَبَاءِ، قِيْلَمَنْ الْغُرَبَاءُ؟ قَالَ: نَاسٌ صَالِحُونَ فِي نَاسِ سَوْءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أَكْثَرُ مِمَّنْ يُطِيعُهُمْ
 
Akan datang suatu kaum kepada Allah pada hari akhir nanti. Cahaya mereka bagaikan cahaya matahari. Abu Bakar berkata, “Apakah mereka itu kami wahai Rasulullah (muhajirin awwal)?” Rasulullah bersabda, “Bukan, tapi kalian mempunyai banyak kebaikan.” Mereka adalah orang-orang fakir yang berhijrah. Mereka berkumpul dari berbagai penjuru bumi.” Kemudian beliau bersabda, “Kebahagian bagi orang-orang yang terasing, kebahagiaan bagi orang-orang yang terasing.” 
Ditanyakan kepada beliau, “Siapakah orang-orang yang terasing itu?” Beliau salllahu ‘alaihi wasallam. bersabda, “Mereka adalah orang-orang shalih, yang jumlahnya sedikit di antara manusia yang buruk (orang-orang yang membangun kebaikan (din) di saat kebanyakan orang merusaknya dan jumlah mereka memang sedikit, karena apa yang mereka lakukan sulit difahami orang-orang karena Islam hanya sebatas nama, masjid megah tapi jauh dari hidayah, wahn – cinta dunia dan takut mati dan seterusnya). Orang yang menentang mereka lebih banyak dari pada orang yang menaatinya (para taghut dan para pengikutnya, termasuk orang orang jahil yang harus selalu kita ingatkan, termasuk para pemuka agama yang salah jalan, juga orang orang yang berfihak kepada kebatilan).” 
(Al-Haitsami berkata hadits ini dalam Al-Kabir mempunyai banyak sanad. Para perawinya sahih).
Oleh karena itu teruntuk saudara saudariku para generasi muda penerus umat ini (umat akhir zaman), carilah dan temukanlah kaum fakir yang berhijrah untuk agamanya dimana mreka berjumlah sedikit di akhir zaman ini, karena merekalah “ikhwan” Rasulullah salllahu ‘alaihi wasallam yang beliau rindukan semasa hidupnya. 


Perjuangan Ikhwan mengembalikan semula umat Islam kepada Tuhan.
Iaitu suatu perjuangan yang lebih sulit daripada meruntuhkan gunung. Pada hari ini dengan segala kemudahan yang ada, manusia mudah untk mengalihkan gunung menjadi tapak pembangunan. Kemuadian menggali tanah paya menjadi tasik buatan dan dengan sedikit kawasan bukit buatan. Pemandangan kawasan pe umahan begini mudah kita dapati di Malaysia sekarang. Tetapi untuk mengajak manusia perjuangkan Allah dan Rasul bukanlah perkara yang mudah.
Keadilan Tuhan dan kasihnya Rasulullah pada umatnya maka mereka walaupun tidak pernah bertemu dan hidup dengan baginda tetapi sangat merindukan Nabi SAW. Kepada mereka Rasulullah hulurkan syafaatnya. Itulah subsidi aling besar untuk umatnya di akhir zaman.
Dalam zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, iaitu sebagai perdana menteri Malaysia. Beliau telah memberi laluan Islam, yang moto selogannya adalah "Islam Hadhari". Bagi Abuya Imam Ashaari At Tamimi ini satu anugerah besar dari Tuhan. Namun ramai orang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari itu.
Kerana sebelum ini kita tidak pernah diajar tentangnya. Selama ini apa yang diajar ialah Islam asas, yakni yang berkenaan dengan hukum hakam sahaja. Menurut Abuya pembangunan Islam hadhari,bererti pembangunan tamadun Islam. Pada hari ini kalau pun kita memahami istilah tamadun tetapi masih merujuk ke Barat.


Bahawa istilah tamadun, sama ada dari sudut ilmu atau amalinya, masih dalam acuan Barat sekalipun di dunia Islam. Lalu kita pun mahu mengejar ketamadunan mengikut acuan Barat, iaitu kemajuan lahiriah yang berpaksikan pembangunan ekonomi. Dalam proses ini, kita berkemungkinan mengorbankan identiti budaya, politik dan sosial asal kita. Jika tidak berwaspada, akhirnya institusi agama Islam yang kita dakap juga akan runtuh. Lihatlah betapa gelombang demokrasi dan kebebasan acuan Barat yang dipacu oleh sistem ekonomi kapitalisme telah meruntuhkan sistem pemerintahan yang sedia ada di beberapa negara Islam. Sama ada ia berlaku kerana kesalahan atau kesilapan presiden-presiden yang memerintah, perkara ini masih jadi bahan perbahasan. 


Abuya ada mengingatkan kita pada kebangkitan Islam kali kedua raja atau sultan akan berperanan. Dalam masa yang sama Abuya ada mengingatkan kita melalui bukunya "Barat di Ambang Maut".
Yang nyata gelombang demokrasi, kebebasan dan kapitalisme ini lebih hebat daripada arus komunisme yang gagal dalam percubaan untuk berkembang ke negara-negara Islam di Asia Timur dan Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia. Komunisme yang berpusat di Rusia hanya berjaya menakluki beberapa negara Islam berhampiran Asia Tengah (Kazakhstan, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan).Sebaliknya sistem demokrasi, kebebasan dan kapitalisme acuan Barat itu telah berjaya menembusi tempat-tempat di mana komunisme menemui kegagalan. Komunisme gagal kerana prinsip keadilan untuk semua yang dilaungkan hanyalah retorik yang tidak menjadi kenyataan. Pada realitinya, ia menyekat perkembangan ekonomi dan akhirnya menyempitkan rezeki rakyat.


Ledakan kemajuan ICT turut memberikan dimensi baru kepada demokrasi dan kebebasan bersuara. Dibawa bersamanya suara hak asasi manusia termasuk gelombang seksualiti sejenis yang kuman-kumannya sudah pun merebak ke Malaysia. Inilah realiti yang kita hadapi pada hari ini dan mungkin lebih tenat pada masa akan datang.
Kita melihat manusia pada hari ini telah mengalahkan haiwan dalam dunia seksualiti. Binatang ternakan atau binatang liar di hutan tidak pun memperjuangkan LGBT, tetapi pada hari ada tokoh Islam begitu lantang memperjuangkan LGBT. Ertinya manusia yang lalai lebih dahsyat daripada haiwan. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Tuhan didalam Al Quran. 

Maksud firman Tuhan:
"Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?(Al A'raaf 7:80).

Maksud firman Tuhan: 
"Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. (Yunus 10:13).


Umat Islam di Malaysia wajar mencemburui segala anasir dan nilai acuan Barat yang mudah dibawa masuk melalui lorong demokrasi, kebebasan, kapitalisme dan hak asasi ini. Jika kita tidak berwaspada, institusi agama Islam juga boleh runtuh. Kita masih boleh menimba ilmu untuk kehidupan dunia (sains dan teknologi, ilmu perniagaan dan sebagainya) dengan syarat kita menapis segala nilai-nilai yang bertentangan dengan syariat Islam. Maka dari sudut ilmiahnya, kita wajar menakrifkan semula istilah tamadun supaya benar-benar menepati kehendak Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan dalam Quran dan dihuraikan melalui sunah Nabi Muhammad SAW.


Ketamadunan acuan Barat sangat dipacu oleh ketamakan kepada kekayaan duniawi. Ia berpaksikan prinsip ‘siapa yang kaya akan lebih berkuasa.’ Kekuasaan Ilahi tidak wujud lagi dalam kerangka istilah ketamadunan Barat ini. Pendokong-pendokong konsep tamadun Barat melalui media baru yang bebas tanpa sempadan dengan rakus melaungkan slogan-slogan mudah memikat nafsu manusia yang tidak beriman. Sebab itulah kita lihat sudah tampil orang Melayu yang mempunyai kedudukan dan pengaruh turut menyuarakan sokongan kepada Program Seksualiti Merdeka. Mereka termasuklah tokoh politik lelaki dan wanita ternama yang mempunyai kelibat penglibatan dengan projek-projek golongan ‘Islam liberal.’


Penulis ingin berkongsi apa pandangan Abuya tentang tamadun Islam. Menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi konsep tamadun Islam adalah lebih global dan lebih luas dari konsep negara Islam. Tamadun Islam menyentuh semua rakyat dan semua peringkat dalam semua aspek kehidupan tidak kira agama dan bangsa mereka. Ia bermula dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Ia mengenai dan melibatkan orang bawahan hinggalah orang atasan, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan dan rakyat jelata. Abuya terus mengingatkan kita, " Apa yang dibimbangkan ialah kalau istilah (Islam) menjadi slogan semata-mata. Sedangkan hasrat menegakkan Islam Hadhari ini (tamadun) suatu yang amat baik yang sepatutnya menjadi cita-cita seluruh rakyat Malaysia. Maksud Islam Hadhari itu sangat indah dan bersifat global. Indahnya ialah apabila iaterlaksana.


















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N