Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN PERTAMA MEMPERJUANGKAN BERKAT.











(Perbezaan bumbung masjid Mesir dan Morocco berwarna hijau.)

Masyarakat Mesir yang mempunyai bahasanya sendiri seperti bangsa-bangsa lain di dunia iaitu bahasa Qibti. Berkat doa Rasulullah SAW, di mana baginda pernah mendoakannya;"Kefasihan bahasa Arab berpindah kepada lidah orang Mesir." Doa tersebut dimakmulkan Tuhan kini ianya menjadi kenyataan. Universiti Al Azhar yang telah berusia seribu tahun adalah bukti membenarkan doa Rasulullah SAW tersbut. Selain itu sejarah telah pun merakamkan bagaimana masyarakat Mesir merespon sikap Rasulullah SAW dengan membuat pembelaan terhadap keluarga Rasulullah SAW. Allah memuliakan Kairo dengan dimakamkannya kepala Saidina Husein dan dikuburkannya beberapa Ahl Al-Bait di sana. Semoga Allah meredhai mereka dan memberinya tempat yang mulia dan darjat tertinggi di dunia dan akhirat.


Contoh yang berlaku kepada cucu Rasulullah SAW sendiri iaitu Kepala Husein yang mulia tersebut dipindahkan dari satu kota ke kota yang lain, kemudian ke kota Asqalan. Di situlah penguasa setempat menguburkannya. Lalu ketika bangsa Eropah berkuasa pada waktu perang Salib, Thalaih Ibn Raziq menebusnya dengan wang 30.000 dirham agar kepala tersebut boleh dipindahkan ke Kairo dan dapat dikubur di tempat di mana ia mati syahid semasa hidupnya.
Tentang kepala Husein ra. di tempat syahidnya itu, para ahli sejarah berpendapat: bahawa ketika Abd Rahman hendak memperluas bangunan masjid Al-Husein, tempat tersebut ramai dikunjungi oleh orang-orang, termasuk di antaranya dua ulama popular, iaitu Syekh Al-Jauhary As-Syafi’i dan Syekh Al-Malwi Al-Maliki. Keduanya menyaksikan apa yang terdapat di dalam kuburan Husein. Bahawa kepala Saidina Husein ra. dibungkus dengan kain sutera berwarna biru yang diletakkan dalam pundi emas di atas tempat ebonit. 


Demikian pula banyak petunjuk-petunjuk lain tentang kepala Saidina Husein ra. dalam makam tersebut. Allah menghendaki agar peristiwa yang menimpa pada cucu Rasulullah itu berlaku adil. Tiga tahun kemudian Yazid Ibn Muawiyah mati dengan cara yang hina, iaitu jatuh dari kudanya ketika sedang mengejar monyet. Lehernya patah, kuku kaki kudanya patah dan meringkik tidak tentu hala. Adapun Syamr Ibn Dzi Jausyan, si pembunuh Husein ra., terbunuh oleh Mukhtar Ibn Abi Ubaid As-Tsaqafi, pelopor gerakan Tawwabin. Ia melemparkan jasad Syamr Ibn Dzi Jausyan agar dimakan anjing. Begitu pula nasibnya Ubaidillah Ibn Ziyad, terbunuh lalu dibakar. Sedangkan sisa-sisa pengikut Yazid Ibn Muawiyah mati terbunuh di tangan kelompok Tawwabin lainnya. 


Apa yang diperjuangkan pada kebangkitan pertama yang membesarkan berkat sebaimana contoh diatas, ianya diteruskan oleh ajaran tariqat-tariqat hinggalah kehari ini. Mereka bukan hanya membesarkan projek lahir sehingga bertaraf lima bintang, memanglah dianjurkan didalam Islam buat yang terbaik tetapi tidak mengabaikan perkara-perkara yang bersifat maknawi atau rohani. Abuya juga mengingatkan kita bahawa kebangkitan kali kedua ini mengulangi kebangkitan pertama. Perkara in semua kita tahu dan pernah menerima ilmunya daripada Abuya. Apa yang di lalui oleh cucu cicit Rasulullah SAW atau Ahlulbait adalah peningkatan darjat yang hendak Tuhan lakukan. Tetapi bagi umat Islam yang menghina dan membunuh keluarga Rasulullah SAW atau Ahlulbait mereka tetap akan menerima hukuman dan penghinaan daripada Tuhan.


Orang roh orang yang memperjuangkan berkat, mereka menjadikan masjid yang didalamnya ada makam Ahlulbait sebagai pusat gerakan mereka. Seper i apa yang boleh kita lihat di Mesir di masjid Hussain dijadikan pusat tariqat Azmiah, mereka berkumpul dan membuat program di situ. Orang roh adalah orang yang dapat pimpinan murshid dan menjadi pejuang yang sangat gigih dan kuat cita-citanya untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Begitu juga orang roh sangat serius melahirkan role model Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-citanya sejak ia menerima pimpinan hingga kini. Perjuangannya menjaga bara api dari jemaah Islam yang menjadi wadahnyanya telah menjangkau 47 tahun. Bersyukur pada Allah SWT telah mentakdirkan kita dapat berbaiah dengan  Abuya selaku pemimpin Thoifah di akhir zaman. Abuya Ashaari At Tamimi yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan di luar negara. Kehadiran Abuya dan jemaahnya sedang mendapat perhatian istimewa dari dalam dan luar negara oleh rakyat dan penguasa-penguasa negara. 


Dua pusat aktiviti penting dalam kebangkitan pertama yang masih berfungsi hingga kehari ini, iaitu pusat "Ilmiah" Universiti Al Azhar Kaherah di Mesir. Kedua Pusat rohani di Masjid Hussain pusat tariqat Kaherah Mesir. Ada masanya seluruh tariqat yang ada di merata dunia berkumpul mengikuti program di masjid Hussain. Azhar dan Masjid Hussain meneruskan apa yang telah dimulakan oleh Rasulullah, para sahabat, dan salafussoleh. Pada kebangkitan pertama pendidikan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu membina insaniah manusia atau menghidupkan roh atau hati mereka. Dalam pendidikan Islam iaitu awaludin makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Para Sahabat dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, yaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk dengan Allah. 


Pembangunan insaniah yang tidak memisahkan pembinaan akal dan roh dapat di lihat ianya berfungsi melalui dua pusat tersebut yang ada di Mesir. Begitulah yang di anjurkan oleh Islam. Perkara yang sama berlaku di Maghribi (Morocco). Fes salah sebuah bandar di Morocco. Kami berkesempatan menziarahi beberapa tokoh ulama terkenal antaranya tokoh ulama hadis terkenal iaitu Syeikh Abdul Siddiq Ghumari, Syeikh Abdullah Ghannun ketua ulama Morocco dan Syeikh Dr. Prof Abdul Salam Harras pensyarah di Universiti Al-Qarawiyin. Tercatit dalam Guinnes Book of World Records sebagai universiti tertua di dunia. Kalau di mesir dua pusat iaitu Azhar dan masjid Hussain pusat tariqat yang di kendalikan oleh tokoh ulama rohani.
Perkara yang sama di Moroco ulama rohani yang disebut di atas mengambil berat tentang pembanganun insaniah dari sudut akliah dan rohaniah.


Dunia pada hari ini melahirkan ramai yang cerdik pandai tapi rendah nilai akhlak. Di sini kita dapat melihat konsep pendidikan Barat atau sekular melahirkan orang yang celik akal buta hati. Menjadikan manusia tidak takut dan tidak mencintai Tuhan yang Maha pencipta. Ianya tidak sama apa yang berlaku dalam Islam. Setelah Malaysia di landa dengan kesedaran, kita berharap kerajaan yang berkemampuan akan melakukan perkara yang sama di Mesir dan Moroco. Mementingkan pembangunan akal dan roh. Tidak seperti di Barat hanya mementingkan pembangunan akal.


Abuya melihat perkara ini adalah suatu yang besar dan penting. Abuya pernah membangunkan pusat ilmu dan pusat rohani di perkampungan Islam Sungai Pencala Damansara Kuala Lumpur. Kebanyakan umat Islam terutama para pejuang dan pendakwah-pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya. Di dalam mengamalkan, sama saja dengan orang lain. Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum-hakamnya.   Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan cuai. Di dalam menyampaikan, mengata, mengumpat, menuduh, kepada golongan-golongan yang tertentu. Adakalanya hingga sampai maki-hamun, mengutuk dan menemplak untuk orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak dijaga. Mereka menyangka cara itulah yang dikatakan tegas.


Sebenarnya sikap mereka itu bukan tegas tapi keras. Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam. Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana-mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri. Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum.   Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta keluarga. Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum-hakam. Begitulah orang yang tegas dengan prinsip. Kebelakangan ini pendidikan agama melalui sekolah tahfiz menjadi viral di Malaysia samada anjuran ngo atau kerajaan Malaysia.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N