Langkau ke kandungan utama

WAHAI GURUKU TAWADHUK MU KETARA.










Era kebangkitan Islam kali kedua ini sangat luar biasa. Ajaibnya kebangkitan itu bukan kerana berjayanya guru melahirkan manusia merubah gunung menjadi kawasan perumahan yang cantik dan mewah. Bukan sekadar mendidik manusia mencapai kemajuan teknologi terkini hanya mampu alihkan pandangan masyarakat terutamanya remaja dari satu masalah tetapi timbul masalah lain. Contoh gejala remaja yang negatif itu, sedangkan niat negatif itu di dalam jiwa mereka. Yang penting pendidik atau guru pandai membuang niat negatif di dalam jiwa mereka. Di waktu itu perbuatan negatif di depan mereka pun mereka akan tolak. Rahsia mengapa gejala-gejala masyarakat hari ini walaupun sudah diusahakan dengan gigih namun bukan sahaja tidak berkurang bahkan bertambah meningkat, kerana sebahagian manusia yang menanganinya sama-sama membuat kemungkaran dan maksiat, cuma tidak nampak oleh mata seperti apa yang dibuat oleh para remaja yang dapat dilihat oleh mata kepala.


Orang dewasa pandai menyembunyikannya. Kalaulah dapat dilihat jangan-jangan kejahatan yang dilakukan oleh remaja lebih ringan.
Dunia tidak pandang kecil pada Timur. Apa-apa yang berlaku di Timur dipandang dan diambil perhatian oleh masyarakat dunia. Persoalannya sekarang bila disebut timur didunia ada dua. Satu disebut timur tengah dan satu lagi timur jauh iaitu Asia Tenggara.
Tamadun Islam yang berlaku di Timur Tengah lebih awal berlaku. Kalau begitu Timur manakah ? Dalam dunia Islam ada dua Timur, yaitu TimurTengah dan Timur jauh (Asia Tenggara). Bila diukur dari segi peluang, kewibawaan dan pengamalan Islam, Timur jauh mengatasi Timur Tengah.  Besar kemungkinan Timur yang dimaksud dalam hadist adalah Timur jauh (Asia Tenggara). Di Timur jauh satu bangsa yang menonjol pengamalan Islamnya dan belum pernah menjadi empire dunia adalah bangsa Melayu (nusantara) yang meliputi terutama Indonesia dan Malaysia, Brunei, Selatan Thailand, dan Mindanao. 
 

Judith Nagata (penulis Amerika), pernah datang ke Malaysia dan berkesempatan melihat pendidikan yang dibangunkan oleh Abuya bertempat di Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur. Dia berkata " generasi ini nanti yang akan merubah Malaysia kepada Islam." Penulis sendiri penah bertemu di pejabat Syeikh Al Azhar, Prof. Dr. Jadul Haq. Rektor Universitas Al Azhar Kairo, kawan Abuya Dr. Abdus Sallam Harras (Univ. Qarawiyyun Maghribi), kami pernah menjadi tetamu dan berkunjung di rumahnya di Moroco. Prof. DR. Syeikh Abdul Hayyi Al-Farmawi, mereka menegaskan bahwa kebangkitan Islam di masa depan akan dimulai di Indonesia. Beberapa tokoh dan penulis dunia di antaranya : Malik bin Nabi (penulis Perancis), Mahmud Bajahji (mantan PM Irak) juga meyakini bahwa kebangkitan Islam akan bermula dari Asia Tenggara, yang menjadi tulang belakangnya  Indonesia dan Malaysia. Ketika Abuya di Tunis dan Maghribi dan berkesempatan bertemu dengan ulama-ulama disama. Diantara mereka yang sempat penulis bersama Abuya ialah ketua ulama Maghribi, Sidi Syeikh Abdullah Siddiq Al Ghumari dan adik beradiknya juga adalah ulama dan Prof. Dr. Abdussalam Harras. Semua mereka mengatakan kepada Abuya kebangkitan Islam dari tempat kamu.


Musuh Islam terutamanya Yahudi dan Nasrani tahu tentang kebangkitan Islam yang akan berlaku. Sebab itu diperingkat awal mereka mengandaikan ianya bermula dan bertapak di Indonesia. Sebab itu mereka telah lebih awal merancang menghancurkan Indonesia. Maka musuh Islam menghancurkan ulama-ulama dan pemerintah dan akhirnya mereka merasakan berjaya. Penyakit sosial tidak akan boleh dipulihkan, kalau yang berusaha membaikinya menggunakan akal semata-mata. Lebih-lebih lagi dengan kehendak nafsunya kalau bukan dengan pimpinan Allah yang punya dunia dan Akhirat. 


Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan terhadap para pasakit yang terganggu kesehatan mentalnya, ia menyimpulkan bahwa kesehatan mental yang terganggu dapat mempengaruhi keseluruhan hidup seseorang. Pengaruh itu adalah perasaan, pikiran, kelakuan, kesehatan badan, sedang yang tergolong penyakit jiwa (psychoses) adalah lebih berat lagi. Menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi, "Di antara gejala dan tanda penyakit jiwa ini ialah rasa risau semacam, rasa kosong, rimas dan runsing tidak menentu. Kadang-kadang yang mengidap penyakit ini ada duit, kaya, ada pangkat, ada nama dan glamour, ada ilmu dan sebagainya. Namun semua itu tidak dapat menghindar mereka dari dihinggapi penyakit ini. Fikiran menerawang tidak tentu hala. Hilang pedoman dan tidak ada tujuan dan matlamat hidup. Dia rasa keseorangan, tiada pembela dan tiada pelindung. Tidak tempat bergantung dan berpaut.


Pandangan Islam tentang Penyakit Jiwa hasil daripada mazmumah adalah lebih bahaya. Dalam perspektif Islam, penyakit jiwa sering dikaitkan dengan beberapa sifat buruk atau tingkah laku tercela
(المذمومة) seperti sifat tamak, dengki, iri hati, emosional dan seterusnya. 
Hujjatul Islam Imam Al Ghazali banyak membahaskannya didalam kitab Ihya'ulumiddin. Penyakit jiwa, iaitu suka mempamerkan amalan (riya’), marah (al-ghadhab), lalai dan lupa (al-ghaflah wan nisyah), was-was (al-was-wasah), frustrasi (al-ya’s), rakus (tama’), terperdaya (al-ghurur), sombong (al-ujub), dengki dan iri hati (al-hasd wal hiqd).
Beberapa sifat tercela di atas ada relevansinya jika dianggap sebagai penyakit jiwa, sebab dalam kesehatan mental (mental hygiene) sifat-sifat tersebut merupakan indikasi dari penyakit kejiwaan manusia (psychoses). Jadi pada penderitanya sakit jiwa salah satunya ditandai oleh sifat-sifat buruk tersebut.


Tugas guru dalam Islam yang paling besar ialah mendidik manusia daripada memiliki sifat keji (mazmumah) bertukar kepada sifat terpuji (mahmudah). Mendidik manusia bermaksud mendidik insaniahnya. Insaniah manusia pula terdiri daripada empat elemen iaitu akal, roh atau hati, nafsu dan fizikal atau jasmani. Keempat-empat elemen inilah yang perlu dididik dan dibangunkan. Hasil dari pendidikan insaniah, lahirlah tamadun insaniah ataupun apa yang kita namakan pembangunan insan. Apabila insan telah terbangun, lahirlah akhlak yang baik, manusia yang jujur, berkasih sayang, pemurah, takutkan Tuhan, bertaqwa, mengutamakan orang lain, yang boleh berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat padanya dan berbagai-bagai lagi sifat mulia. Sementara dari pendidikan material atau kebendaan maka terhasillah tamadun lahiriah dan kemajuan fizikal. 


Siapa yang layak mendidik manusia
Di dalam membangunkan dunia atau tamadun kebendaan ini, Tuhan tidak mengutuskan para nabi dan rasul, tetapi Tuhan datangkan ahli-ahli fikir, filasuf-filasuf atau ahli-ahli falsafah. Namun di dunia ini bukan hanya ada material tetapi ada perkara lain yang menggerakkan material dan sudah tentulah ianya manusia. Iaitu manusia yang berperanan sebagai khalifah Tuhan dan manusia yang berfungsi sebagai hamba Tuhan. Manusia seperti ini sahaja yang mampu mentadbir pembangunan tamadun kebendaan ini dengan selamat.
Tamadun insaniah bila Tuhan hendak bangunkan, Tuhan utuskan rasul. Tuhan tidak utuskan ahli akal atau ahli fikir. Lebih-lebih lagi, bila manusia telah tersangat rosak, tamadun insaniah telah runtuh, akhlak telah menyembah bumi dan khalifah yang hendak menggerakkan tamadun itu sudah tidak berperanan lagi. Tuhan tidak mengutuskan ahli falsafah kerana ahli falsafah memang tidak mampu. Sebaliknya, Allah SWT utuskan para nabi dan rasul. Ini dijelaskan oleh Allah dalam Al Quran.

Maksud firman Allah: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang agung.” (Al Qalam: 4)

Dan Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan kerana menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik)

Rasul-rasul sajalah yang boleh dan mampu membangunkan insaniah. Jika di zaman tidak ada rasul dan di waktu itu manusia telah terlalu rosak, Tuhan akan datangkan mujaddid. Mengapa perlu didatangkan mujaddid? Ini kerana ulama di waktu itu walau beratus ribu ramainya tetapi tidak mampu mendidik manusia. Bila ulama yang ramai itu tidak mampu lagi membangunkan insaniah, maka Tuhan utuskan mujaddid. Sepertilah di zaman adanya rasul, oleh kerana ulama dan ahli agamanya sudah tidak mampu mendidik, sudah tidak dapat menangani penyakit masyarakat, maka ketika itu, seolah-olah sudah wajib Tuhan datangkan rasul. Sama juga, bila ulama zaman ini sudah tidak mampu, ketika ini wajib Tuhan datangkan seorang mujaddid. 


Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Allah mendatangkan pada umat ini di setiap awal seratus tahun mujaddid yang akan membaharui agama.” Di sini barulah kita nampak, untuk membangunkan insaniah sangat susah, terpaksa Tuhan campur tangan. Tuhan melantik orang-Nya. Tidak seperti membangunkan tamadun material, sesiapa pun boleh membangunkan dunia kebendaan. Tetapi dalam hal hendak membina manusia, tiada seorang pun boleh campur tangan. Malaikat pun tidak mampu. Seolah-olah Tuhan berkata: “Aku sendiri akan menyelesaikannya, dengan cara Aku datangkan orang Aku, yang disokong (backing) oleh Aku.” Yang mana kalau di zaman adanya rasul, dia dinamakan rasul dan setelah tiadanya rasul, dia dinamakan mujaddid.


Tegasnya, membangunkan insaniah sangat susah. Sebagai bukti, katakanlah seseorang itu telah berumur 66 tahun. Kita tolak 6 tahun yang awal dalam hidupnya kerana dia tidak sedar lantaran belum mumaiyiz. Kalau orang itu memejamkan kedua-dua matanya, dia akan nampak dua perkara yang berbeza iaitu satu keadaan yang mundur dan satu keadaan yang telah membangun dan maju. Di waktu sekolah rendah atau ketika berumur 7 tahun, orang itu sangat pemarah. Sejak 60 tahun dahulu hingga sekarang, marahnya masih tidak berubah. Sedangkan dalam tempoh 60 tahun itu, hutan belantara sudah menjadi kampung. Kampung sudah menjadi bandar. Dahulu tidak ada jalan, sekarang sudah ada jalan. Jalan raya sudah menjadi highway atau lebuh raya. Tetapi sifat pemarah orang itu masih ada hingga sekarang. Kalau 60 tahun dahulu dia ada perasaan tamak, hingga sekarang pun tamak masih ada. Di zaman dunia sudah berubah, hutan telah menjadi bandar, sepatutnya hutan mazmumah dalam hatinya telah menjadi bandar mahmudah.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N