Langkau ke kandungan utama

MUSLIMAH BERDAKWAH DI PERINGKAT ANTARA BANGSA.






Tahun 80-an, ketika Abuya Imam Ashaari At Tamimi mula buka ruang dengan memperluaskan gelanggang dakwahnya ke luar negeri, muslimah Abuya dibawa juga bersama ke medan antarabangsa. Menemui wanita-wanita di seluruh dunia untuk menyampaikan seruan Islam. Mereka dibawa menyaksikan sendiri betapa kencangnya arus kebangkitan Islam dan sama-sama membantu kaum lelaki bagi mempercepatkan proses kebangkitan Islam kali kedua. Dunia pada hari ini melahirkan ramai yang wanita-wanita cerdik pandai tapi rendah nilai akhlak. 


Di sini kita dapat melihat konsep tamadun Barat atau sekular melahirkan orang yang celik akal buta hati. Menjadikan manusia tidak takut dan tidak mencintai Tuhan yang Maha pencipta. Pada kebangkitan pertama tamadun yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu membina insaniah manusia atau menghidupkan roh atau hati mereka. Dalam ajaran Islam iaitu awaludin makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Pendidikan yang berlaku kepada Para Sahabat perkara yang sama mereka mendidik muslimah dirumah masing-masing iaitu dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, yaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk dengan Allah sama ada berlaku pada lelaki atua pada perempuan.


Dalam Islam apapun aktiviti yang kita lakukan tidak boleh dipisahkan dengan Tuhan. Ertinya apabila manusia tidak dipisahkan dengan Tuhan, dia merasakan apapun yang dilakukan terasa sentiasa ada kuasa yang sentiasa memantaunya. Tamadun tidak boleh pisahkan dari Tuhan. Kalau dipisahkan akan jadilah kerosakan dalam kehidupan 
manusia. Bila kerosakan berlaku lebih dahsyat dari kehidupan haiwan. Haiwan melakukan kerosakkan tidak merancang, tetapi manusia oleh kerana ada akal kerosakkan yang dilakukannya sangat terancang dan ini lebih merosakkan. Ia membawa maksud bahawa apa saja yang kita lakukan dalam kehidupan ini, kita lakukan kerana Tuhan. Malahan apa sahaja yang ada pada diri kita, kita untukkan kepada Tuhan. Ertinya seluruh kehidupan seperti ekonomi, politik, pendidikan, perjuangan dan lain-lain kita lakukan untuk Tuhan. Begitulah yang kita telah buat janji dengan Tuhan dalam setiap kali solat.


Peluang muslimah untuk bergelanggang lebih banyak ekspedisi dakwah ke luar negara. Setiap ekspedisi ke luar negara, muslimah Abuya sering bawa ikut serta. Contohnya Turki, Uzbekistan, China, Eropah, Pakistan, dan negara-negara di rantau Asia. Perang fikiran, daerahnya tidak terbatas. Muslimah turut turun padang. Tahun 1990-an menyaksikan muslimah yang mengikuti pengajian Abuya mula didedahkan dengan suatu tanggungjawab yang lebih mencabar iaitu berkaitan dengan soal-soal kepimpinan. 


Mereka didedahkah kepada ilmu pentadbiran,tetapi masih tetap di dalam batas-batas syariat. Secara rasminya, ditangan dengan penubuhan Bahagian Muslimah Pusat (BMP) pada 3 April 1991. Perasmiannya di buat oleh Abuya sendiri. Bahagian Ini bertanggung jawab untuk menyusun, memperkemas dan menyelaras perjuangan kaum muslimah agar dapat berganding bahu dengan kaum lelaki.
Abuya menanam cita-cita kepada Muslimah yang ikuti pengajiannya, supaya mereka dapat mengulangi sumbangan wanita salafussoleh di zaman kegemilangan Islam. 


Dunia akan menyaksikan keharmonian hidup apabila wanita mengekalkan malu dan menjaga maruah diri,manakala kaum lelaki bertanggungjawab melindungi mereka. Walaupun Abuya tidak pernah sunyi daripada fitnah, sokongan masyarakat mencurah-mencurah. Apa yang menyebabkan mindanya diterima oleh Setiap lapisan masyarakat, wanita,remaja dan termasuk kalangan intelek? Walaupun tidak semuanya mengikuti program pengajian Abuya tetapi mereka mengiktiraf minda dan perjuangan Abuya.


Bagi yang mahu berfikir dan mahu menerima kebenaran dengan dada yang lapang, melihat Abuya ada pendekatan dan kaedah yang jelas untuk menangani permasaalahan umat manusia di seleluruh dunia hari ini. Termasuklah golongan wanita yang kini menjadi mangsa kerakusan dari sistem yang diperkenalkan oleh Barat. Sungguhpun pendekatan Abuya nampak bersahaja dan lunak, namun ia terbukti berkesan dan tidak dapat dinafikan kebenarannya. Perubahan yang terhasil cepat tetapi bertahap-tahap. 


Bukan sahaja yang mengikuti pengajiannya bahkan masyarakat umum sudah dapat merasai mafaatnya. Sebab itulah, di celah-celah tentangan dari orang-orang yang sakit hati terhadap Abuya, terselit juga komen-komen positif dari mereka yang tidak prejudis, termasuk kalangan intelek, para pentadbir, golongan profesional, ahli-ahli politik, kerabat diraja dan sebagainya. Benarlah seperti kata Abuya:"Di antara tanda-tanda kejayaan pejuang kebenaran itu ialah dia dapat menjadikan orang yang sayang padanya sangat sayang padanya manakala yang benci, benci sangat."























Sent from my iPad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N