Langkau ke kandungan utama

SEJARAH ADALAH GURU YANG TERBAIK.

 
SEJARAH ADALAH GURU YANG TERBAIK.






Sejarah adalah guru yang terbaik. Dari sejarah kita dapat panduan. Sejarah menjadi dacing pertimbangan untuk kita. Melaui sejarah kita termotivasi untuk berbuat. Melalui sejarah yang kita hayati membantu menyuburkan cita-cita kita. Kali ini kita menjejak sejarah Sahabat Rasulullah SAW yang bernama Amru bin Al Ash. Ketika berkunjung ke Mesir. Pada 1989 penulis berkunjung ke bumi Ambiya untuk mengambil inspirasi dan kekuatan dari mereka. Bumi Mesir banyak terdapat makam-makam, masjid-masjid dan kesan sejarah sangat banyak sekali. Bila dikatakan bumi Anbiya ertinya bumi para nabi alihimussalatu wassalam. Ramai nabi-nabi dan rasul-rasul yang Tuhan turunkan dibumi Mesir.


Kesempatan dan peluang yang ada untuk mengenali tuan punya makam yang disemadikan di bumi Mesir. Begitu juga masjid-masjid lama yang banyak menyimpan sejarah silam tidak saya biarkan begitu sahaja. Maklumlah permusafiran ini tidak tentu bila akan berulang lagi. Saya teringat ketika saya di Sepanyol jatuh sakit dan untuk memendikkan permusafiran. Setelah Abuya beri dorongan semangat, saya terus membatalkan perancangan hendak pulang ke Malaysia dan meneruskan permusafiran bersama Abuya ketika itu. Kata Abuya:"Bersabarlah, kita telah di izinkan Allah berpeluang menimba ilmu pengetahuan, pengalaman dan banyak perkara kita tahu darihal kehidupan bangsa-bangsa lain membangunkan tamadun. 


Ini untuk kita manfaatkan pada jemaah dan Negara sendiri. Rebutlah peluang ini dan korbankan sedikit keselesaan diri kita. Mendengar nasihat Abuya terus memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan pemusafiran. Para Salafussoleh di bawah pimpinan Amru bin Al Ash menandai kemenangan mereka dengan membina Masjid, bukan dengan menancapkan bendera. Fustot dulunya adalah ibu negara Mesir yang telah diasaskan oleh Amru bin Al Ash pada tahun 20 hijrah bersamaan 641 masihi atau lapan tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Sebelum kedatangan Islam Mesir di bawah kekuasaan Rom.  Amru bin Al Ash adalah Sahabat Rasulullah SAW yang menerokai Mesir pada tahun 18 hijrah bersamaan 639 masihi. 


Roh para sahabat sungguh luar biasa. Terutamanya roh atau hati Khulafaurrasyidin. Insaniah Khulafaurrasyidin dibangunkan sendiri oleh Rasulullah SAW. Kalau Rasulullah SAW Allah sendiri yang mendidiknya. Guru Mursyid atau Murabbi adalah subjek paling penting dalam roh pendidikan. Tanpa mereka, sulit dibayangkan bagaimana roh pendidikan dapat di tanam dalam dunia pendidikan atau pembinaan insan. Dalam soal pembangunan material kita boleh datangkan mana-mana tenaga pakar pembangunan. Samaada tenaga pakar dalam negeri atau kita datangkan tenaga pakar daripada luar negara. Tetapi dalam pembinaan insan Tuhan sendiri mendidik insaniah Rasul.


Fakta sejarah kebangkitan pertama bagaimana Rasul sendiri melalui proses pendidikan. Sebagaimana kita ulangi kenyataan sejarah dan hadits memberitahu, Tuhan sendiri yang berperanan sebagai guru yang mendidik RasulNya. Ertinya besar dan sucinya peranan guru.
Justru guru yang pertama kali dijumpai oleh setiap orang adalah orang-tuanya sendiri. Iaitu ibu dan ayahnya sendiri guru yang mula mula manusia temui. Baru kemudian, guru pada pendidikan formal. Di tengah masyarakat, pimpinan masyarakat juga dapat berfungsi sebagai pendidik untuk masyarakatnya. Dalam pengertian yang luas seperti ini, maka siapa saja yang melakukan pekerjaan berupa proses transper pengetahuan dan internalisasi nilai kepada peserta didik, maka dia juga boleh disebut sebagai guru. Peranan  guru begitu penting dan menentukan corak generasi akan datang. Ia berperanan pencetak generasi baru. 


Oleh karena itu, jika guru tidak memenuhi syarat-syarat Kualiti dan kuantiti yang ideal, maka akan memberi kesan terhadap perkembangan intelektual, emosional, sosial dan perkembangan rohani generasi yang dididik. Kualiti pendidikan menentukan generasi yang akan dilahirkan. Dalam sejarah pendidikan Islam, pendidikan yang terbaik berjalan selama tiga kurun atau tiga ratus tahun. Iaitu pendidkan yang berlaku pada kurun Rasulullah SAW, kemudian pendidikan kurun sahabat dan pendidikan dikurun yang berikutnya iaitulah Tabi'in dan Tabeuttabiin. Tempoh pendidikan yang baik itu berjalan selama 300 tahun. Silibus pendidikan Islam yang berjalan ketika itu ialah Al Quran dan Sunnah. Tuhan sendiri turunkan wahyu kepada Rasulullah ada dua pendekatan. Pertama yang di sebut wahyu yang dinama kan ayat makkiah dan kedua disebut wahyu ayat madaniah.


Sejarah pendidikan Islam, tidak terlepas dari sumber pendidikan Islam Iaitu Allah SAW sebagai sumber utama melalui fiman-firmannya yang terdapat dikitab suci umat Islam iaitu Al-Quran. Sumber yang kedua ialah sunnah Nabi Saw. Yang mana dari beliaulah awal mula timbulnya sejarah pendidikan Islam, melalui sunnahnya. Oleh sebab itu sunnah mencerminkan prinsip, manisfestasi wahyu dalam segala perbuatan, perkataan dan taqriri nabi, maka beliau menjadi tauladan yang harus diikuti. Dalam keteladanan Nabi terkandung pendidikan yang sangat besar artinya, sumber pendidikan Islam selanjutnya adalah perkataan dan perbuatan sahabat yangn merupakan penerus atau yang paling memahami Rasulullah, selanjutnya ijtihad. Sejarah pendidikan Islam amat perlu dipelajari dan dibaca oleh kalangan mahasiswa, calon guru agama Islam dan pengelola pendidikan Islam dan seluruh umat Islam.


Masa Khulafaur Rasyidin yang lamanya tidak lebih dari tiga puluh tahun, dimulai sejak tahun 11-41 H./632-661 M. Pada masa ini mereka menjadi sangat istimewa karena mengikuti manhaj Rasulullah secara sempurna sesuai dengan jalan lurus yang diridhoi oleh Allah untuk hamba-hambanya. Rasulullah bersabda mengenai Khulafaur Rasyidin dalam hadits riwayat Abu Daud, ad-Darimi, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah: “Hendaklah kalian mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk setelah aku. Gigitlah petunjuk itu dengan graham kalian.” Pada Masa ini peradaban Islam mencapai puncaknya, maksudnya adalah peradaban manusia yang berakar pada akidah yang berusaha untuk melahirkan manusia-manusia yang bahagia. 


Pusat rujukan pendidikan bermula di Madinah yang dipelopori oleh Rasulullah dan diteruskan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab dan Saidina Usman. Kemudian pusat pendidikan berpindah ke Kufah Baghdad oleh Saidina Ali karamallh wajhah. Setelah Baghdad di landa oleh tentera Monggol maka pusat pendidikan beralih kepada beberapa tempat. Pada masa ini juga terjadi penaklukan-penaklukan Islam di Persia, Syam, Mesir, dan lain-lain. Pendidikan di zaman Rasululloh SAW dapat di bagi dalam dua peringkat. Iaitu peringkat pendidikan yang dilaksanakan di Mekah dan peringkat pendidikan yang dilaksanakan di Madinah. Kedua peringkat pendidikan ini mempunyai selebus tersendiri. Selebus di Mekah dinamakan Makkiah. Selebus di Madinah dinamakan madaniah.


Adapun tujuan pendidikan di mekah adalah membentuk manusia yang beriman, bertakwa, dan berakhlak mulia, dengan memfokaskan pembentukan akidah. Sebagai landasan bagi mereka dalam menjalani kehidupannya dalam bidang sosial, ekonomi, politik, dan budaya. Tujuan ini sejalan dengan tujuan di turunkannya al quran yang antara lain untuk memberikan petunjuk untuk orang-orang yang beriman, menyembuhkan mentalnya yang sakit, mengeluarkan manusia dari kesesatan menuju jalan terang benderang, mengubah mental jahiliyyah menjadi mental yang cerdas, dan mempersatukan manusia dari bahaya perpecahan dan perperangan.


Kurikulum Pendidikan berdasarkan Al Quran, ia terbahagi kepada dua. Satu dinamakan Kurikulum pendidikan Makkiah kerana wahyu tersebut diturunkan di Mekah. Yang berisi bahan pengajaran yang berkaitan dengan akidah dan akhlaq mulia dalam arti yang luas. Yakni akidah yang dapat mengubah keyakinan dan cara pemikiran masyarakat jahiliah yang mempertuhankan benda-benda yang tidak berdaya sebagai tempat memohon sesuatu, menjadi orang yang meyakini adanya Allah SWT yang memiliki berbagai sifat kesempurnaan dan jauh dari sifat-sifat kekurangan dan sebagai pencipta segala sesuatu yang ada di alam jagat raya untuk kepentingan manusia. Wahyu yang diturunkan di era Mekah selama 13 tahun.


Kurikulum Pendidikan berdasarkan Al Quran yang diturunkan di Madinah yang di namakan Madaniah. Isi kandungannya berkaitan dengan hukum hakam. Yang berkaitan dengan sistem yang digunakan untuk mengatur Kehidupan manusia. Adapun yang dimaksud dengan akhlak mulia adalah akhlak yang bukan hanya sekadar menunjukkan kesalehan individual dengan mengerjakan serangkaian ibadah dan bersikap ramah dan tawadlu’, melainkan juga akhlak mulia dalam praktik kehidupan sosial, ekonomi, dan politik. Di era Madinah Wahyu ini diturunkan selama 10 tahun. Yang dinamakan madaniah.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N