Langkau ke kandungan utama

FIRASAT ULAMA ROHANI MENGATASI JANGKAUAN PERISIK DUNIA


Seorang ulama Morocco yang membenarkan kebangkitan Timur di Malaysia.


Ulama dari Madinah


     KASYAF menurut Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Perkara tersebut telah di bahaskan oleh para ulama muktabar seperti Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, Imam Sayuti, Ibnu Athaillah dalam kitab Hikam, Yusuf ibn Ismail An-Nabhani dalam kitabnya yang berjudul “Jami’ Karamat Al-Auliya” dan sebagainya. Dalam Islam adanya penyingkapan (kasyaf), yaitu kemampuan seseorang untuk melihat atau menyaksikan sesuatu yang bersifat ghaib seperti melihat, mendengar, atau merasakan adanya suasana ghaib. Apa yang disaksikan itu berada di luar kemampuan dan jangkauan akal fikiran manusia normal.

Maksud hadis:

"Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah" (Riwayat Tabarani & Tirmidzi)
Hadis Qudsi tentang kasyaf. Allah berfirman yang maksudnya: "Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka."


Dari hadis hadis diatas firasat hanya dikurniakan kepada hamba Allah yang bersih mata hatinya. Hati mereka sudah bersih suci dan diterangi oleh cahaya Allah. Hati mereka dihiasi sifat2 mahmudah seperti tawadhuk, warak, pemurah, dan lain-lain. Membuang segala sifat mazmumah seperti riyak, ujub, megah, takabur, dan lain-lain. Maka, ilmu firasat bermakna ilmu membersihkan hati atau lebih terkenal sebagai ilmu tasawuf.


Mari kita ingat kembali kuliah sejarah yang biasa Abuya sampaikan ketika program ilmu di surau Darul Arqam dikampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Dalam sejarah Saidina Umar sedang berkhutbah. Tiba-tiba di tengah-tengah sedang berkhutbah itu, dia menyebut perkara yang tidak ada kaitan text ucapan khutbah. Iaitu dia sebut,"Wahai Sariah; larilah ke gunung! larilah ke gunung! larilah ke gunung!" Kemudian dia sambung khutbahnya kembali. Sahabat-sahabat yang duduk sambil memperhati mula rasa pelik. Macammana tidak pelik, kerana sahabat yang bernama Sariah pada waktu itu sedang bertempur di kawasan perbatasan Rom. Rupa-rupanya ,di waktu sedang khutbah itu tadi,ALLAH telah mempamirkan di hadapan Umar secara ‘live’ bagaimana Sariah bersama-sama dengan tentera-tentera Islam sedang dikepung musuh. 


Lalu Saidina Umar melihat sambil dia berkhutbah, ada sebuah gunung di belakang tentera Islam, lalu Saidina Umar melaung,"Wahai Sariah; larilah kegunung! larilah ke gunung! larilah ! ke gunung!." Maka dengan kehendak ALLAH ,Sariah di Rom dapat mendengar laungan Umar di Madinah. Lalu apabila Sariah mengikut arahan itu, maka selamatlah tentera-tentera Islam.Kemudian apabila Sariah balik, sahabat-sahabat lain masing-masing bertanya,"Wahai Sariah, adakah kamu mendengar benda-benda pelik sewaktu kamu sedang perang dulu?"…Sariah kata,"Ada. Aku dengar suara Umar, yang mengarahkan aku lari ke gunung.Dan apabila aku menarik tentera-tenteraku ke gunung, maka selamatlah aku daripada musuh.


Disini saya kongsikan pengalaman sendiri berdepan pandangan orang-orang kerohanian. Pandangan mereka boleh membantu kita membaikki diri dan menilai senario politik dalam dan luar negara. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman mereka kita perlu mengambil kira pandangan orang-orang kerohanian yang lebih bersifat tersirat. Ketika Abuya ada perjumpaan dengan kawan-kawannya di Masjid Pakistan Chowkit road, imam masjid ketika itu ialah haji Abdul Ghani berbangsa Pakistan. Anaknya kini dikenali seorang korporat yang menjadi pembekal alat-alat ibadah dan buku-buku agama di Wisma Yakin Kuala Lumpur. Disana ada seorang yang terus mengingatkan diri saya sedangkan kami belum pernah bertemu. Kejadian tersebut berlaku di awal tahun tujuh puluhan. Peringatan tersebut datang dari seorang ulama kerohanian yang Tuhan anugerahkan pandangan KASYAF. 


Semenjak kejadian tersebut hingga kehari ini saya tidak pernah lupa nasihat dari tokoh ulama kerohanian tersebut. Ianya menjadi pemangkin untuk saya mendapat kekuatan bermujahadah. Selain itu kita lihat perkembangan terbaru hubungan Malaysia dengan Korea Utara. Perkembangan terkini Korea Utara, mula-mula kita cemas dengan kejadian antara Malaysia dan Korea Utara tetapi alhamdulillah di atas keyakinan Korea Utara dengan Malaysia berakhir dengan baik. 
Pyongyang dan Kuala Lumpur memiliki hubungan diplomatik kuat selama bertahun-tahun, tetapi hubungan tersebut tercalar kebelakangan ini.


Hubungan diplomatik tetap kekal baik sekalipun berbeza ideologi. Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, mengatakan pada Kamis (9/3) bahwa hubungan diplomatik dengan Korea Utara tidak akan terputus. Korea Utara tetap yakin dengan Malaysia. Sedangkan Amerika Syarikat sendiri tegang dengan Korea Utara. Kita kurang maklumat tentang teknologi mereka, kerana dasar tertutup mereka selama ini. Dasar sangat tertutup dunia luar, Korea Utara tetap berupaya terbuka dengan yang namanya teknologi. Walau pada kenyataannya, perangkat teknologi baik hardware maupun software tetap dibatasi pengunaannya. Korea Utara memang tidak mahu sembarangan dalam menggunakan teknologi. 
     

    Contoh lain yang berkaitan dengan menilai senario politik dalam dan luar negara. Satu hari Abuya pernah memanggil seseorang dan minta dia sampaikan pada seorang tokoh politik iaitu Dato Seri Anuar Ibrahim. Antara lain pesanan tersebut, "Anuar Ibrahim tidak akan sempat berada di kerusi Perdana Menteri." Ketika itu beliau sudah menjawat jawatan timbalan perdana menteri di era Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri. Kini Dato Seri Anuar Ibrahim telah di putuskan oleh mahkamah orang yang telah bersalah. Contah lagi tentang Negara China memeriahkan kebangkitan Islam. Abuya mengingatkan kita bahawa kebangkitan Islam kedua mengulangi kebangkitan pertama. Termasuklah berdakwah ke Negara China. Kota Guangzhou di China ternyata menyimpan sejarah kebesaran Islam. Di kota yang disebut Khanfu oleh orang Arab ini, Islam pertama kali datang dan berkembang. Kota ini menjadi pusat pengembangan Islam di China karena keberadaan pelabuhan laut internasionalnya.


     Contoh senario politik luar negara, "Perang Telok Islam kembali gemilang." Soviat Unian hilang dalam peta dunia yang sebelumnya Abuya pernah mengatakan, maka sekarang sudah menjadi kenyataan. Telahan Abuya tersebut semakin hari semakin banyak menjadi kenyataan. Ramalan kerohanian yang paling terkenal dalam sejarah ialah kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh di Konstantinopel. Kebangkitan sekali lagi di sebelah Timur. Lebih-lebih lagi Malaysia yang berada di Timur sebuah negara penting dalam kebangkitan semula Islam bertaraf ummah. Jika kita sinaraikan perkara-perkara yang telah Abuya buat telahan, banyak perkara kita dapati ianya sudah berlaku. Moga dengan perkongsian ini menambahkan lagi keyakinan kita kepada perjuangan akhir zaman. 




     

     


    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N