Langkau ke kandungan utama

ABUYA MENDISIPLIN ANAK MURIDNYA DENGAN TAREQAT.




Abuya amat menekankan hubungan dan ikatan antara guru mursyid dan murid. Setiap ahli adalah pengikut dan sekaligus murid kepada Abuya. Hubungan antara murid dengan guru Mursyid lebih seni daripada hubungan antara pemimipin dengan pengikut. Mursyid dan murid mempunyai hubungan rohani. Dunia rohani disebut ‘shuhbah’. 
Melalui wasilah murid dengan Mursyid atau menapak jalan untuk mencapai suatu tujuan iaitu berjumpa dengan Allah dan mendapatkan ridha-Nya. Sebab itu, biasanya mana-mana ahli yang tidak mempunyai hubungan hati dengan guru Mursyid sebagaimana selayaknya seorang murid terhadap guru Mursyidnya, tidak akan kekal atau terputus pimpinan rohaninya menjadikan murid tersebut 
terumbang ambing, resah gelisah dalam hidupnya.


Mengapa Abuya mengambil tareqat sebagai amalan pilihan untuk membersihkan hati dan mendapatkan kekuatan kerohanian ? Mengapa tidak mengambil amalan-amalan biasa yang diamalkan oleh masyrakat di masjid-masjid atau disurau-surau.? Selain kerana amalan tareqat sudah sebati dengannya, Abuya juga yakin bahawa ini giliran tareqat mendapatkan sumber kekuatan dan bantuan Allah untuk menguatkan kembaliIslam. Setiap zaman ada kumpulan atau toifah era kegemilangan masing-masing. Toifah-toifah yang dimaksudkan ialah toifah yang berjaya mempertajamkan bara api Islam di zaman kegelapan (fitnah) sepertimana yang di sabdakan oleh Rasulullah: "“Akan selalu ada sekelompok dari ummatku (toifah) yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak peduli dengan orang-orang yang memusuhinya dan memudaratkan mereka hingga terjadi qiamat.”


Secara bergilir-gilir setiap kumpulan tareqat menjadi dominan pada satu-satu masa. Dominan dalam ertikata paling menonjol pengaruhnya 
dalam mempertahankan syiar Islam dan menzahirkan kebenaran di kalangan anggota-anggotanya dan masyarakat lingkunganya. Selepas itu jangkamasa, pengaruh tareqat itu akan merosot dan tempatnya akan digantikan oleh tareqat yang lain pula. Di antara tareqat-tareqat yang pernah membentuk toifah menjaga bara api Islam di dalam sejarah ialah Tareqat Naqsyabandiyah, Qadariah,Samaniah,Rifa'iyah dan lain-lain. Syeikh-Syeikh tareqat sangat berpengaruh dan digeruni oleh musuh-musuhnya terutamanya di zaman keagungan tareqat pimpinanya. Di Libya, Umar Mokhtar menentang penjajah Itali. Imam Syamil berdepan dengan penjajahan Rusia. Syeikh Syed Nursi Badiuzzaman menentang imperialis dan sekularis di Turki. Imam Syahid Hassan Al Banna di Mesir. Imam Bonjol di Indonesia.


Menyedari hakikat inilah, musuh Islam terutamanya Yahudi dan Nasrani sangat gerun dan memusuhi tareqat. Mereka tidak takut kepada jemaah Islam berjuang secara bersenjata dan melalui kaedah yang mereka gunakan. Seperti revolusi dan sebagainya. Sebaliknya mereka amat bimbang dengan kemunculan sebuah tareqat yang berpengaruh pimpinan guru yang begitu ditaat oleh murid-muridnya dan disegani oleh masyarakat. Kekuatan kerohanian mampu mengalahkan kekuatan lahir musuh. Ini sudah dibuktikan oleh sejarah. Kekuatan ekonomi,politik dan ketenteraan musuh tidak dapat mengalahkan kekuatan taqwa yang diusahakan oleh kumpulan sufi. 


Mereka penjajah telah mengalami sendiri seperti di Libya, Umar Mokhtar menentang penjajah Itali. Imam Syamil berdepan dengan penjajahan Rusia. Syeikh Syed Nursi Badiuzzaman menentang imperialis dan sekularis di Turki. Imam Syahid Hassan Al Banna di Mesir. Imam Bonjol di Indonesia. Pengalaman musuh betapa sukar berdepan dan menghadapi pejuang Islam yang bertareqat. Walaupun golongan tareqat tidak bertindak militan, keras dan agresif tetapi musuh tahu golongan sufilah yang paling tegas dan berdisiplin dalam melaksanakan hukum Allah. Namun untuk menghapuskannya secara kekerasan, musuh tidak punya alasan cukup. Oleh itu cara mudah dan selamat yang mereka nampak ialah dengan memperalatkan umat Islam sendiri, khususnya para ulama.


Tareqat yang menjadi teras kekuatan Islam difitnah menerusi ulama suk atau yang diistilahkan sebagai fasik boleh kita lihat secara jelas pada akhir zaman ini. Ulama fasik yang disebut dalam hadis adalah pakej yang Allah datangkan pada akhir zaman bersama dengan ahli ibadah yang jahil. Hal ini kerana ulama pada akhir zaman tidak begitu berperanan dalam mendidik umat Islam ke arah ibadah yang betul.
Hadis yang dimaksudkan ialah:
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان
Maksudnya, daripada Anas r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.” (Riwayat ibnu Hibban)

Wujudnya ahli ibadah yang jahil mungkin tidak memeranjatkan kita kerana mereka menjadi jahil kerana tidak diajarkan ilmu yang betul oleh ulama atau mereka tidak mahu belajar ilmu yang betul daripada ulama. Tetapi bagaimana dengan ulama fasik, bagaimana pula boleh wujud ulama fasik sedangkan ulama itu adalah dalam kalangan orang yang cerdik pandai Islam. Inilah yang perlu kita lihat secara tepat sekali gus mengenali ciri-ciri ulama fasik ini. Sebelum mengenal pasti ciri-ciri ulama fasik itu, elok juga kita memahami maksud fasik. Sebenarnya fasik kalau kita sandarkan kepada seseorang bermakna dia itu mengekalkan dosa besar dan meremehkan dosa kecil. Jadi kalau ulama fasik bererti ulama itu mengekalkan dosa besar dan meremehkan dosa kecil. Bayangkan kalau ulama ini berada di dunia ini, sudah pasti akan menjadi masalah kepada masyarakat dan negara.

 Antara ciri-ciri ulama fasik ialah:

1.  Takut untuk menyampaikan kebenaran
2.  Menyembunyikan ajaran sebenar
3. Perjuangan kerana dunia yang ditawarkan
4. Cakap berbolak balik dalam sesuatu isu atau tidak berani berterus terang
5. Hasad dengki dengan yang lain
6. Bercakap agama atas kepentingan orang lain.

Ulama bertaraf Mursyid antara ciri-cirinya:

a.       Mursyid dapat mengantarkan murid bersambung kepada Allah Swt
كُنْ مَعَ اللهِ فَاِنْ لَمْ تَكُنْ فَكُنْ مَعَ مَنْ كَانَ مَعَ اللهِ فَاِنَّهُ يُوْصِلُكَ اِلىَ اللهِ
Jadilah kamu bersama Allah, apabila tidak bersama Allah maka jadilah kalian bersama orang yang sudah bersama Allah, maka sesungguhnya orang itu bisa membawamu kepada Allah. (HR. Abu Daud)
 
b.       Mengingat Mursyid mampu mengantarkan hamba berzikir kepada Allah. Rasulullah bersabda :
اَفْضَلُكُمُ الَّذِيْنَ اِذَا رُئُوْا ذُكِرَالله ُتَعَالَى لِرُؤْيَتِهِمْ
Sebaik-baik kalian adalah orang yang ketika di ingat, maka Allah di ingat. (HR. Hakim dari Anas ra)
 
c.        Mengingat Mursyid dan bersama dengannya secara zahir batin dapat mengantarkan murid berbuat taat kepada Allah Swt. Firman Allah dalam hadits qudsi:
اِنَّ اَوْلِيَائِ مِنْ عِبَادِى وَاَحِبَّائِ مِنْ خَلْقِى اَلَّذِيْنَ يُذْكَرُوْنَ بِذِكْرِى وَاُذْكَرُ فِى ذِكْرِهِمْ
Sesungguhnya wali-wali-Ku dari kalangan hamba-hamba-Ku dan kekasih-kekasih-Ku dari kalangan makhluk-Ku yaitu orang-orang yang diingat apabila mengingat Aku dan Aku pun sekaligus ada di sana (diingat) apabila mengingat mereka.


Apa tidaknya, ulama yang mengekalkan dosa besar mengajar umat Islam, tentu ilmu itu tidak berkat atau ilmunya tidak tepat atau terseleweng. Maka dengan sebab itu lahir ahli ibadah yang jahil. Jelas, wujudnya dua golongan ini menjadi cabaran kepada Islam akhir zaman, malah mereka inilah yang banyak mengganggu perkembangan Islam. Rasionalnya begini, apabila pendakwah cuba mendekati para ahli ibadah yang jahil, cuba didik mereka ke arah membetulkan cara mereka melakukan ibadah, tiba-tiba datang ulama rosak ini dengan beberapa ulasan yang meremehkan ilmu yang disampaikan itu. Kesannya, mereka yang baru hendak disedarkan itu terus tawar hati dan kembali kepada asal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N