Langkau ke kandungan utama

PEGANGAN RASMI MOROCCO DAN MALAYSIA AHLI SUNAH

PEGANGAN RASMI MOROCCO DAN MALAYSIA AHLI SUNAH



Persamaan Malaysia dan Morocco adalah ahli sunah wal jamaah. Menjadi pegangan rasmi kedua-dua negara. Apabila kita meninjau pembelajaran yang berjalan di Pondok-pondok pengajian Islam sama seperti pengajian di Zawiah-zawiah di Morocco. Kami seramai 12 orang pelajar dari anak-anak Abuya sendiri dan kawan-kawan Abuya telah di hantar ke Baling Kedah. Iaitu Pondok Yayasan Khairiah Kupang Baling Kedah.

Sedikit latar belakang asal usul pengajian pondok. Setakat yang diketahui dengan pasti pondok atau pusat pengajian Tuan Guru Haji Wan Ishak di Kampung Malau ialah pusat pengajian Islam sistem pondok yang paling tua di negeri Kedah. Pondok itu dibukanya dalam tahun 1806. Pondoknya terpaksa dihentikan apabila beliau dilantik menjadi mufti di Kubang Pasu. Bagaimanapun sebagai mufti beliau membuka pula pondok di ibu negeri Kubang Pasu iaitu di Pulau Pisang pada tahun 1845. Pondok di Pulau Pisang masih segar bugar sekarang sebagai sebuah pusat pengajian Islam yang terulung.

  • perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab fuduqun yang bererti rumah tumpangan atau tempat penginap para pengembara. Dalam konteks institusi pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan rumah-rumah kecil yang didirikan sebagai tempat tinggal pelajar, berhampiran surau atau madrasah dan rumah tuan guru di sebuah kawasan khas.
Lokasi institusi pondok :
  • Dikenali sebagai pesantren di Pulau Jawa dan Madura, surau di Minangkabau dan langgar di pulau-pulau lain. Di Tanah Melayu tertumpu di Pattani, Kelantan, Trengganu dan Kedah. Pondok-pondok itu dikenali berdasarkan nama guru yang menjadi pengasasnya atau nama tempat/kampung seperti pondok Tok Kenali dan pondok Pasir Tumbuh di Kelantan.

Mengimbas kembali kembara bersama rombongan Abuya  Ashaari At Tamimi ke Negara Maghribi atau Morocco pengembaraan bermula pada tahun 1986. Sepanjang bermusafir kami langsung di berikan maklumat dan ilmu oleh Abuya. Sepanjang bermusafir bersama Abuya, seolah-olah berada didalam dewan kuliah. Alat bantuan mengajarnya adalah negara dan tempat-tempat yang kami kunjungi. Suasana kuliah yang hidup dan tak menjemukan. 

Ketika mendengar ilmu-ilmu yang dikongsikan, jiwa ketika itu terus hidup dan berazam untuk mengulangi tokoh-tokoh yang diceritakan kepada kami. Cita-cita perjuangan mereka berjaya Abuya memindahkan kedalam jiwa kami. Terutamanya ilmu berkaitan dengan satu-satu tempat yang kami kunjungi. Islam masuk ke Negara Maghribi (Morocco) pada tahun 680M di bawa oleh Panglima Islam Uqbah ibn Nafi'. Beliau di kirim oleh Kerajaan Umayyah. 

Penyebaran Islam di Morocco dilanjutkan oleh Panglima Musa bin Nusair pada tahun 698M dan pada masa yang sama panglima Thoriq bin Ziyad berjihad meluaskan Islam ke Sepanyol melalui Manghribi pada tahun 710 dan ekspedisi dakwah itu berjaya. Thoriq bin Ziyad yang diangkat Musa bin Nusair untuk memerintah Morocco. Dari sana beliau kemudian menyebrangi selat antara Morocco dan Eropah, dan mendarat di suatu tempat (bukit) yang kemudian dikenal sebagai Jabal Thoriq(Gibraltar). Sempena nama beliau.

Maghribi tanah yang penuh berkat. Di sinilah muncul alim-ulama yang karya mereka digunakan oleh seluruh umat Islam di dunia, seperti kitab al-Ajurumiyyah (ilmu Nahu) dan lain-lain. Walaupun jauh dari Mekah dan Madinah sebagai pusat lahirnya Islam, ia tidak melemahkan semangat ulama di tanah 1000 tembok ini. Di Maghribi ini, selain terkenal dengan mazhab Maliki dalam fiqh-nya, mereka juga terkenal sebagai pusat lahirnya ulama-ulama hadis @muhadditsin. Sebut sahaja Ibn Hazm, Ibn Zamanin, Abd al-Barr, Ibn al-Qatthan, keluarga al-Kattani, dan lain-lain. Tidak terlupakan, keluarga al-Ghumari yang dikenal sebagai Sadah al-Gumariyyin. 

Juga melahirkan tokoh pengembara Islam seperti Ibnu Battutah, panglima perang yang meneroka Semenanjung Ibrian (Spanyol, Portugal dan Selatan Peranchis). Ketika dibawah pemerintahan Islam namanya dikenali dengan Andalusia.

Negara Maghribi (Morocco) memiliki tradisi keilmuan Islam 
yang berkembang dengan pesat dari dulu hingga kini. Kami berkesempatan mengunjungi beberapa program ilmu terutamanya ulama yang hendak kami kunjungi. Berkesempatan bersama dengan beberapa orang tokoh ilmuan yang terkenal di peringkat antarabangsa. Langsung ke Zawiah mereka iaitu tempat tokoh-tokoh tersebut mengajar.
Tokoh ulama hadis terkenal iaitu Syeikh Abdul Siddiq Ghumari, Syeikh Abdullah Ghannun ketua ulama Morocco dan Syeikh Dr. Prof Abdul Salam Harras pensyarah di Universiti Al-Qarawiyin.

Sayyid Abdul Hayy Siddiq al-Ghumari. Beliau dilahirkan di Tangiers, ( طنجة ) Morocco. Latar belakang keluarga. Sayyid Abdul Hayy al Ghumari dilahirkan di kalangan keluarga al Ghumariyyah yang terkenal dengan keilmuan, ketaqwaan, kesolehan, kemuliaan dan kesucian keturunan. Ayahanda beliau Sayyid Muhammad Siddiq al Ghumari merupakan seorang ulama’ rabbani yang memainkan peranan penting dalam mentarbiah beliau sebagaimana adik beradik beliau yang lain. Datuk beliau sebelah ibu, Sayyid Ibnu ‘Ajibah al Hasani adalah seorang ulama’ yang tidak asing lagi di dunia Islam melalui karya-karya beliau yang masih wujud hingga ke hari ini. Abang sulung beliau, Sayyid Ahmad al Ghumari merupakan tokoh hadith yang tiada tandingannya sehingga mencapai martabat al Hafiz. Abang kedua beliau, Sayyid Abdullah al Ghumari ialah seorang pakar rujuk dalam pelbagai lapangan ilmu. Adik beradik beliau, Sayyid Abdul Aziz, Sayyid al Hasan, Sayyid Ibrahim dan Sayyid Muhammad Zamzami adalah tokoh-tokoh muhaddithin dan muhaqqiqin. Semua tokoh-tokoh ulama tersebut saya bersama Abuya bersama berkesempatan menziarahi mereka.

     Universiti Al-Qaraweiyyin adalah Universiti Tertua di dunia.
Terdapat juga beberapa institusi pengajian yang dibina lebih awal tetapi kebanyakannya musnah dan sudah pun hilang dari sejarah. Universiti Al-Qaraweiyyin ( جامعة القرويين ) terletak di Fes, Morocco, universiti ini asalnya sebuah masjid.

     Universiti ini diiktiraf oleh Guiness Book of World Records sebagai Universiti Tertua di Dunia yang masih wujud dan kekal berterusan menawarkan pengijazahan. Ia berkembang menjadi institusi yang bukan setakat menawarkan pengajian teologi malah turut menawarkan pengajian dalam bidang sains, matematik, perubatan dan astrologi. 

     Institusi pendidikan ini pernah melahirkan sejumlah tokoh Muslim yang ternama. Di antaranya, Abu Abullah Al-Sati, 
Abu Al-Abbas Syaikh Muhammad al-Shonhaji (w. 723 H/1323 M) merupakan penulis kitab Matn al-Ajrumiyah yang mengulas mengenai ilmu tata bahasa Arab. Tidak hairanlah jika Universiti al-Qarawiyyin setelah itu menjadi institusi pengajian tinggi yang paling terbilang pada abad pertengahan. Kitab Matn al-Ajrumiyah kini masih di gunakan  dalam kelas-kelas pengajian di Asia Tenggara yang mempelajari kitab  Matn al-Ajrumiyah ini. Terutamanya di Indonesia, Selatan Thailand dan Malaysia.
     Peradaban Barat juga turut terhutang budi kepada Universiti Al-Qarawiyyin. Institusi ini telah berperanan penting dalam proses pengembangan ilmu pengetahuan di Barat pada abad ke-15 M. Pemimpin tertinggi umat Katolik, Paus Sylvester II, turut menjadi saksi keunggulan Universiti Al-Qarawiyyin. Sebelum ia menjadi Paus, ia sempat ke Universiti tersebut.
     Setelah berkongsi maklumat di atas kita boleh belajar bagaimana kebangkitan Islam dan kemeriahannya di Afrika Utara iaitu Maghribi. Maka kini giliran Timur pula akan memeriahkan Islam untuk kebangkitan Islam kali kedua.
Sabda Nabi SAW:
حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja’far berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Mu’awiyah bin Qurrah dari Bapaknya ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

. لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku mendapat pertolongan. Orang-orang yang menghinakannya tidak akan membahayakan mereka hingga terjadi hari kiamat.”
(Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis ini jelas Allah memberi jaminan bahawa thoifah kebenaran itu tak akan pernah hancur. Setiap kurun ada sahaja thoifah yang menyimpan bara api Islam itu. Thoifah inilah pengamal Islam sebenar (zohirina alal haq), sebab itu tak pernah lekang dari ujian. Sentiasa sahaja ada pihak yang akan menghancurkannya terutama yahudi dan nasrani yang memang telah termaktub dalam Quran sebagai puak yang tak pernah redha dengan Islam.  Samada dari luar atau dari dalam, musuh-musuh sentiasa berusaha menghancurkan thoifah ini. Tapi, sebagaimana yang Allah janjikan thoifah itu tak akan pernah dapat dihancurkan.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N