Langkau ke kandungan utama

AKAL PERLU DIDIDIK DAN DIKAWAL OLEH HATI.

AKAL PERLU DIDIDIK DAN DIKAWAL OLEH HATI.


Kampung Segambut Kuala Lumpur. Abuya Ashaari At Tamimi tinggalkan saya duduk bersama Datok Muhammad iaitu ayah Abuya. Ketika itu saya sekolah rendah tahun satu. Ada satu kejadian di mana ketika musim buah manggis saya bersama pakcik dan sepupu pergi ke dusun buah manggis. Ketika saya sedang mengutip buah, tiba-tiba galah dari atas pokok terjatuh di atas kepala saya. Semenjak kejadian itu saya mengambil hikmah dari peristiwa tersebut. Saya teringat teguran Abuya pada saya, "Fakhrur kamu terlalu banyak menggunakan akal". Semenjak itu kejadian tersebut sangat membantu mengingatkan diri saya, dalam Islam bukan semua perkara boleh di jangkau oleh akal contoh rukun iman. Ianya memerlukan keyakinan yang menjunam kedalam hati kita.

Berfikir tanpa hati yang ingatkan Tuhan akan menjauhkan Hidayah dan pimpinan Tuhan. Berfikir tanpa melibatkan Tuhan akan menafikan ilham dan panduan dari Tuhan.
Langkah pertama  untuk mendapat kemahiran berfikir ialah dengan menanam iman dan taqwa terlebih dahulu.

Firman Allah:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱلْفُلْكَ تَجْرِى فِى ٱلْبَحْرِ بِنِعْمَتِ ٱللَّهِ لِيُرِيَكُم مِّنْ ءَايَٰتِهِۦٓ ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ .

Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.
(Luqman,31:31).


Kebebasan akal berfikir boleh merosakkan manusia jika tidak dipimpin oleh hati yang kenal dan takut dengan Tuhan. Apabila akal mengikut arahan hati, maka ia akan dapat berfungsi mengikut cara yang Tuhan mahu dan tidak akan terjebak dengan lambaian, godaan, penipuan dan perangkap dunia. Barulah akal boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Barulah akal tidak akan merosakkan.

Akal hanyalah alat bagi menerima dan memproses maklumat, fakta dan ilmu. Ia hanya mengisar dan mencanai, tidak lebih dari itu. Manfaat atau tidaknya ilmu yang diproses oleh akal bergantung kepada hidup atau matinya hati atau jiwa kita. Penggunaan akal tanpa dipimpin atau dikawal oleh hati akan menghasilkan ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmu yang tidak ada manfaatnya umumnya ialah ilmu yang tidak mendekatkan  kita kepada Allah dan yang tidak menambah iman dan ketaqwaan kita kepadaNya. Ilmu yang tidak bermanfaat ialah ilmu yang merusakkan kita. Rasulullah pernah berdoa: "Aku berlindung dengan Allah dari ilmu yang tidak bermanfaat."

Orang yang menggunakan akal semata-mata tanpa mengingatkan Allah terlebih dahulu atau tanpa dikawal oleh hatinya yang beriman dan bertaqwa, dinamakan orang akal, orang dunia, atau orang yang berfikiran sekular. Segala yang difikirkannya ialah hal-hal dunia yang bermatlamatkan dunia dan berakhir di dunia. Allah dan Akhirat dikesampingkan dan tidak diambil kira.

Akal itu ibarat kipas yang melekat di dinding. Apabila kipas itu berputar, maka kita akan dapat manfaat anginnya. Lagi laju kipas itu berputar, lagi banyak dan kencang angin yang kita rasakan. Akan tetapi kipas itu mesti ditambat dan diikat kuat-kuat pada siling. Kalau tidak, ia akan terlepas dan akan mencederakan kepala kepala kita. Lagi ligat dan laju ia berpusing dan berputar, lagi teruk kita akan dicederakannya. Tambatan dan ikatan itu ibarat iman dan taqwa. Oleh itu tidak salah kita  menggunakan akal. Lagi ligat akal kita lagi baik. Tetapi ia mesti di kawal oleh hati yang beriman dan sentiasa ingatkan Tuhan. Barulah segala hasil fikiran kita akan jadi bermanfaat. Kalau tidak, ia akan merosakkan kita. Ia akan memikirkan perkara-perkara yang mungkar dan menghasilkan fahaman, ideologi dan isme-isme yang batil.

Manusia apabila melupakan Tuhan dan sibuk memuaskan kehendak hawa nafsunya semata-mata dengan membuat berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran seperti berjudi, minum arak, berzina, mencuri, merompak, menipu, meninggalkan solat, puasa dan sebagainya, maka dia sebenar-benarnya telah menentang dan melawan kehendak fitrah semula jadinya. Dia telah membuat perkara-perkara yang dibenci oleh hati nuraninya. Hakikatnya dia telah menentang dan melawan dirinya sendiri. Dia akan sentiasa diburu keresahan dan kegelisahan. 

Kedua, manusia juga dipimpin oleh akal. Akal boleh mengumpul ilmu dan pengalaman. Dengan ilmu dan pengalaman, akal boleh menimbang mana yang buruk dan mana yang baik. Mana yang menguntungkan dan mana yang merugikan. Mana yang orang suka dan mana yang benci. Oleh itu, dengan akal, manusia boleh mencari jalan hala kepada kebaikan terutama yang ada kaitan dengan kehidupan lahiriah. 

Walaupun akal semata-mata tidak mampu mencungkil hakikat Tuhan yang sebenarnya, akal mampu menganalisa dan melihat akan kehibatan ciptaan Tuhan dan justeru itu boleh merumuskan akan kewujudan Tuhan. Orang yang menggunakan akalnya secara betul dan ikhlas akan dapat membuktikan akan kewujudan dirinya dan pada kewujudan alam ini.

Namun akal tidak boleh dibiarkan berfungsi secara bebas. Akal yang diberi kebebasan secara mutlak hanya akan mampu mengikut landasan lahiriah atau duniawi semata-mata. Dia hanya akan mampu berkecimpung di alam yang nyata kerana itulah hakikat ciptaannya yang sebenar iaitu untuk mengendalikan hal-hal dunia. Akal tidak dapat menjangkau ke alam ghaib. 

Mendidik manusia dengan agama, iaitu akal perlu dididik dengan dikawal oleh hati. Akal mesti duduk dibawah hati. Akal mesti tunduk kepada arahan hati. Akal mesti menjadi alat kepada hati. Jiwa atau hati yang hidup, yang peka, yang celik dan yang berperanan akan dapat menjangkau ke alam ghaib. Hati boleh merasakan akan kewujudan dan kehadiran Tuhan. Bahkan hati boleh merasakan Kehebatan, Kebesaran, Keagungan, Kegagahan dan Kuasanya Tuhan. Hatilah yang yakin akan adanya Tuhan, malaikat, alam akhirat, Syurga dan Neraka.

Apabila kita dapat didik manusia dengan agama, ertinya manusia tersebut dapat tundukkan akal mereka ikut arahan hati. Maka ianya akan dapat berfungsi mengikut cara yang Tuhan mahu dan tidak akan terjebak dengan lambain, godaan, penipuan dan perangkap dunia. Barulah akal dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Barulah akal tidak akan merosakkan. Hati yang bersih, roh yang kuat dan jiwa yang hidup akan membuatkan akal menjadi lebih tajam dan lebih bijak. Ini telah dibuktkan oleh para Sahabat Rasulullah SAW yang dididik oleh Rasulullah SAW. Asalnya mereka itu hanya pengembala kambing. Ilmu yang ada pada mereka hanyalah ilmu tentang mengembala kambing. Tetapi dengan kemajuan jiwa dan rohani mereka hasil dari didikan Rasulullah SAW, mereka mampu menjadi ahli atau pakar dalam berbagai bidang ilmu sehingga mereka menjadi tok-tok guru kepada bangsa dan tamadun lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N