Langkau ke kandungan utama

MUSUH TUHAN CUBA GAGALKAN KEBANGKITAN TIMUR.

MUSUH TUHAN CUBA GAGALKAN KEBANGKITAN TIMUR.


Abuya Ashaari At Tamimi ketika XPDC ke negeri China, Abuya menghidupkan roh perjuangan sahabat Nabi SAW yang datang ke negeri China, iaitu Saad bin Abi Waqqash, bersama sahabat lainnya pada tahun 616 M. 

Kebangkitan Islam pertama oleh Rasulullah yang tunggaknya adalah bangsa Arab dan China turut memeriahkannya. Pada kebangkitan Islam kali kedua tunggaknya adalah bangsa Melayu dan di meriahkan oleh bangsa China.

Musuh Tuhan cuba gagalkan tapak kebangkitan Islam di Timur. Mereka meniti musuh yang ada di dalam diri manusia sendiri. Yaitu musuh yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Sangat susah untuk berdepan dengan nafsu dalam diri kita sendiri. Terutamanya kalau kita sudah merasakan yang nafsu itu adalah penasihat. Kita sedar dan tidak perasan. Sepatutnya akal itu jadi penasihat. Tetapi apabila nafsu telah mengambil alih peranan akal secara tidak sedar, kita akan dengar dan terima nasihat nafsu. Akal akan digunakan untuk mengiakan kehendak nafsu. 

Nafsu sangat menyuruh kepada kejahatan dan kemungkaran. Dia sangat tamak, bakhil, tidak tahan susah dan pantang dicabar. Untuk mengawal dan mendidik nafsu, perlu ada ilmu tentangnya. Ilmu itu pula perlu luas, halus dan seni.


Firman Allah SWT:

۞ وَمَآ أُبَرِّئُ نَفْسِىٓ ۚ إِنَّ ٱلنَّفْسَ لَأَمَّارَةٌۢ بِٱلسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّىٓ ۚ إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ .

Maksudnya:

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu senantiasa menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf,12 : 53).

Syaitan yang sentiasa hendak menyesatkan. 

Firman Allah:

۞ أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا۟ ٱلشَّيْطَٰنَ ۖ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Yasin, 36:60).

Highway atau jalan masuk bagi syaitan untuk menyesatkan kita ialah melalui nafsu. Kalau nafsu tidak terkawal dan tidak terdidik maka luaslah jalan masuk bagi syaitan. Jalan-jalan syaitan ialah sifat-sifat mazmumah seperti tamak, pemarah, sombong, ego, bakhil dan sebagainya.

Oleh itu, hakikatnya nafsu adalah lebih jahat dari syaitan. Kerana kalau nafsu terkawal atau terdidik, syaitan tidak ada jalan untuk mempengaruhi dan menyesatkan kita. 

Syaitan boleh masuk ke dalam diri kita melalui nafsu seperti jin. Kalau sudah masuk kedalam diri, dikotak katiknya kita. Dia boleh berdailog terus dengan akal dan hati kita. Dibisiknya kepada akal dan hati kita perkara-perkara yang memesong dan menimbulkan was-was dan keraguan. Telinga tidak dapat mendengar bisikan-bisikan syaitan ini.

Tipuan dan bisikan syaitan sangat halus. Manusia mudah terjebak dan tertipu olehnya. Dia bermula dengan merosakkan akidah. Kalau ini berjaya dia lakukan, maka dia telah menang dengan sekali pukulan sahaja. Kalau dia tidak berjaya merosakkan akidah, dia akan merosakkan amalan. Dia akan was-waskan supaya orang jemu dan letih untuk beramal. Kalau ini tidak berjaya dia akan rosakkan hati orang supaya riak atau ujub atau berhasad dengki. Ini semua akan merosakkan amalan. Syaitan tidak jemu dan tidak letih untuk menipu dan menyesatkan manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N