Langkau ke kandungan utama

MENGAPA UMAT ISLAM PERLU BINA KEKUATAN SENDIRI?

MENGAPA UMAT ISLAM PERLU BINA KEKUATAN SENDIRI?



Firman Allah:

قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱللَّهِ وَٱصْبِرُوٓا۟ ۖ إِنَّ ٱلْأَرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ ۖ وَٱلْعَٰقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ .

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
(Al-A'raaf,7:128).

Abuya tidak jemu-jemu melakukan XPDC, kerana Abuya Ashaari At Tamimi hendak bina kekuatan yang Tuhan tuntut iaitu kekuatan Iman dan Taqwa. Dalam sejarah Islam, pengembaraan atau xpdc merupakan suatu tradisi yang biasa dilakukan oleh para ulama dan pencari ilmu. Hampir seluruh ulama Islam pernah mengembara, dari satu kota ke kota lain untuk menuntut ilmu. Ajaran Islam sangat luas. Dari tiga asas utama ajaran Islam di zaman Rasulullah SAW iaitu iman, Islam dan Ihsan atau istilah barunya akidah, syariat dan tasawuf, ilmu Islam telah berkembang dengan begitu luas sekali. Memang begitulah sifat ilmu.

Peserta XPDC adakalanya di kalangan keluarga, di kalangan pengikut Abuya, ada juga di kalangan simpati dan tetamu Abuya sendiri. Biasanya dalam XPDC berlaku perkongsian maklumat dan perkembangan semasa. Biasanya Abuya akan memberi respon terhadap perkembangan tersebut. Di penghujung XPDC biasanya Abuya akan memberikan panduan kepada para peserta XPDC. Program XPDC hidup dan ceria kerana ianya berlaku secara santai dan dua hala.

Mengapakah XPDC mencari Tuhan itu penting? Dalam era kebangkitan Islam yang ke dua di akhir zaman ini, kita wajib meniru apa yang Rasulullah SAW lakukan hingga baginda berjaya dalam kebangkitan Islam kali pertama. Hal yang Rasulullah SAW perjuangkan pertama-tama adalah persoalan tauhid, yaitu memperkenalkan Allah SWT sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Kerana di situlah permulaan dan titik tolak agama. Tanpa Tuhan, ajaran Islam akan hanya menjadi satu ajaran ideologi. Yang membezakan antara agama dan ideologi ialah Tuhan. Dalam ajaran ideologi, Tuhan tidak ada.

Ramai dikalangan umat Islam menyuarakan harapan kepada Barat bukan pada Tuhan. Kita tidak merintih kepada Tuhan untuk menyelesaikan masalah dunia khususnya yang berkaitan dengan umat Islam. Ini menunjukan betapa umat Islam sudah rosak roh serta pemikirannya yang sudah sangat dicorakkan oleh Barat. Sebelum ini kita ada bahaskan tentang kaum muktazilah. Suatu kaum yang lebih mensucikan dan membesarkan akal dari Quran dan hadis. Bila membuat pilihan antara akal atau Quran/sunnah, mereka lebih memilih akal.

Sedangkan seluruh sistem anti-Tuhan mengalami era suram dan bakal hancur tidak lama lagi. Sekarang adalah giliran untuk Islam. Al Quran dan As Sunnah adalah sumber menjadikan dunia lebih aman makmur dan mendapat keampunan Allah swt. Para pejuang kebenaran ada bonus dari Tuhan, bila kita berjuang di era kebangkitan. Kalau umat Islam tidak bela Tuhan dan Rasul, tidak bela Al Quran dan As Sunnah. Menunjukkan umat Islam belum boleh bangkit lagi kerana roh dan pemikiran kita masih bergantung kepada musuh Islam.

Mengapa kita tidak bina kekuatan sendiri iaitu kekuatan Iman dan Taqwa yang menjadi faktor datangnya bantuan dan pertolongan Tuhan. Tuhan akan beri jalan keluar terhadap apa sahaja masalah.

Ketika Sayidina Abu Bakar menjadi Khalifah, seorang Panglima perang menulis surat kepada Beliau u bantuan. Sayidina Abu Bakar menjawab surat rayuan panglima tersebut dengan berkata,

‘Ini aku tunjukan kepada kamu yang sebenar-benarnya dapat membantu serta memenangkan perjuangan Rasul-Rasul terdahulu dan juga Muhammad saw. Iaitu takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut, nescaya Allah akan memenangkan kamu.


          Akhirnya jadilah para Sahabat, orang-orang yang sangat cinta dan takut kepada Tuhan. Dalam hidup mereka, Allahlah yang menjadi perkara utama. Allahlah yang bertakhta di hati-hati mereka. Ramai di kalangan Sahabat yang menjadi mabuk dengan Tuhan kerana terlalu sangat takut dan rindunya. Perasaan mabuk, takut dan cinta ini sangat kuat dan mendalam hingga adakalanya hati-hati para Sahabat tidak dapat menanggung bebannya. Ada Sahabat yang terus mati kerana mengingatkan kebesaran Allah. Ada yang mati apabila ada orang menyebut nama Allah. Manakala yang jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri lebih ramai lagi.

Bila disebut nama Allah, gementar hati-hati mereka. Namun dengan hati yang begitu mabuk dan rindu pada Tuhan, mereka tidak mempunyai jalan atau cara untuk melepaskan perasaan mereka. Mereka tidak ada cara untuk berhubung atau berinteraksi dengan Tuhan. Maka terpaksalah mereka menanggung dan memendam rasa mabuk dan rindu itu. Mereka seolah-olah orang yang begitu dahaga tetapi tidak mendapat air untuk diminum.  Mereka seperti orang yang tersangat lapar tetapi tidak ada apa untuk dimakan. Mereka seperti orang yang sangat rindukan Kekasih Agungnya tetapi tidak dapat bersua dan bertemu untuk memuji-muji dan meluahkan segala perasaan yang terpendam dan terbuku di hati. Allah biarkan sahaja mereka jadi begitu.     

Mereka membawa kedamaian dan keselamatan. Mereka penuhi dunia ini dengan keadilan dan kebahagiaan. Di sini kita sungguh-sungguh dapat melihat pendidikan Rasulullah, awaludin makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Para Sahabat dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, iaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk dengan Allah. Dalam keadaan begitulah baru mereka diperintah bersolat dan menegakkan syariat Allah yang mana keseluruhan perintah syariat itu diturunkan di Madinah itu hanya memakan masa 10 tahun, berbanding memperkenalkan Tuhan selama 13 tahun di Makkah.



          

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N