Langkau ke kandungan utama

PROGRAM ILMU SELEPAS SOLAT BERSAMA ABUYA.




Abuya ketika berkumpul dengan anak-anak dan isteri-isterinya sering mengadakan program majlis tidak rasmi. Terutamanya selepas solat subuh berjemaah. Ada saja panduan yang diberikan. Ketika mana ada dikalangan kami yang menilai hanya dari sudut akal semata-mata, maka Abuya akan menegur dan memberikan panduan supaya akal terus terpimpin dengan ilmu agama. Bersandar dengan akal yang tidak dipandu dengan ilmu agama mudah terperangkap dengan fahaman muktazilah. Iaitu satu fahaman yang bertentangan dengan pegangan Ahli sunnah wal jamaah.

Akal yang berperanan tanpa pimpinan ilmu agama akan mudah memisahkan usaha manusia dengan Tuhan. Ia merasakan titik peluh yang keluar adalah dari usahanya semata tanpa bersandar dengan Tuhan. Itu adalah fahaman dan keyakinan yang di terajui oleh muktazilah.

Sedikit latar belakang asal usul muktazilah. Perkataan "muktazilah" (معتزلة) berasal daripada kata "iktizal" (إعتزال)، ertinya menyisihkan diri. Ada beberapa pendapat yang menerangkan tentang kenapa kaum ini dinamai kaum muktazilah yaitu:

1. Ada seorang guru besar di Kota Baghdad, namanya Syeikh Hasan Basri (meninggal 110H). Antara muridnya pula ada seorang yang bernama Wasil bin Atho' (meninggal 131H). Pada suatu hari Imam Hasan Basri menerangkan bahawa orang Islam yang telah beriman kepada Allah dan Rasulnya, tetapi kebetulan ia mengerjakan dosa besar, maka orang itu tetap muslim, tetapi muslim yang durhaka. Di Akhirat nanti, kalau ia meninggal  sebelum bertaubat daripada dosanya,ia dimasukkan kedalam Neraka buat sementara untuk menerima  hukuman atas perbuatan dosanya, tetapi sesudah menjalani hukuman ia dikeluarkan daripada dalam neraka dan di masukan kedalam Syurga sebagai seorang mukmin dan muslim.

Wasil bin Atho' tidak bersetuju dengan pendapat gurunya itu, lantas ia membentak, lalu keluar dari majlis gurunya dan kemudian beliau mengadakan majlis lain disuatu penjuru di masjid Basrah itu. Semenjak dari peristewa itu maka Wasil bin Atho' dinamai kaum Muktazilah,kerana ia mengasingkan diri dari gurunya. Dalam pada itu dia diikuti oleh seorang kawannya bernama Amru bin Abid (meninggal 145H). Usia Wasil bin Atho ketika itu 40 tahun. Kesimpulannya sejarah permulaan munculnya fahaman muktazilah pada permulaan abad kedua hijrah.

2. Ada pula berpendapat antara sebab mereka dinamai muktazilah ialah kerana mereka mengasingkan diri daripada masyarakat. Dimana pada mulanya orang-orang muktazilah ialah orang-orang Syiah yang patah hati akibat menyerahnya khalifah Ali bin Abi Tholib kepada khalifah Muawiah daripada bani Umaiyah. 

Mereka menyisihkan diri dari siasah (politik ) dan hanya mengadakan kegiatan dalam bidang ilmu pengetahuan. Demikian dikatakan oleh Abdul hassan Tharife, pengarang buku ((Hal Hawa wal bida') yang dikutip oleh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya yang bernama Asyh-Safiah, halaman,117.

3. Mereka kaum muktazilah menyisihkan fahamannya dan iktiqadnya daripada fahaman dan iktiqad umat Islam yang ramai. Pengarang kitab al Farqu bainal firaq, yang menyatakan Syeikh Hasan Basri mengatakan ketika dua orang itu menyisihkan diri bahawa mereka telah menjauhkan diri daripada pendapat umum. Semenjak dari dulu sampai sekarang fatwa-fatwa kaum muktazilah banyak yang ganjil-ganjil, banyak yang di luar fahaman Nabi SAW dan sahabat-sahabat Baginda. Jelaslah mereka benar-benar tergelincir dalam erti kata yang sebenar. Demikian penjelasan tentang nama muktazilah.

4. Sepanjang sejarah, mereka kaum muktazilah membentuk mazhabnya, banyak menggunakan akal dan lebih diutamakan daripada Quran dan Hadis. Mereka mengutamakan akal mengatasi Quran dan Hadis. Mereka lebih memuji akal daripada ayat-ayat suci dan hadis-hadis Nabi SAW. Bagi kaum muktazilah akal mengatasi Quran dan Hadis. Contoh, tentang Nabi SAW mikraj, kaum muktazilah tidak menerima adanya mikraj walaupun itu ayat Quran atau Hadis sahih yang menyatakan hal mikraj. Kata kaum muktazilah bertentangan dengan akal. Kaum muktazilah menolak adanya alam barzakh dan siksa kubur. 

Rasulullah SAW ada mengingatkan:

 من فسّر القرآن برأيه فليتبوأ مقعده من النار" "
(رواه الترمذي والنسائى)

Ertinya: "Sesiapa yang mentafsirkan Quran dengan pendapatnya sahaja maka tempatnya dalam Neraka".
(Riwayat Tirmizi dan Nasaei).

Bila kita melihat sejarah asal usul kaum muktazilah, mazhab tersebut banyak menggunakan akal dan lebih diutamakan daripada Quran dan Hadis. Ertinya kaum muktazilah meletakkan akal lebih tinggi dari Allah dan Rasul SAW. Bagi muktazilah akal lebih hebat daripada Quran dan Hadis. Hari ini manusia telah bertuhankan dengan akal.

Manusia pada hari ini sudah terlalu rosak. Fitrah manusia hari ini juga telah rosak. Terlalu bersandarkan akal semata-mata. 
Sedangkan akal adalah ciptaan Tuhan. Manusia yang Tuhan berikan akal adalah makhluk ciptaan Tuhan. Bagaimana untuk mengembalikan kemanusian yang telah rosak. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW untuk mengubat penyakit umat diwaktu hayatnya, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, di sepanjang zaman. Rasulullah SAW berbuat dua perkara: 

Pertama: Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengesahkan iman. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati para Sahabat adalah seperti yang digambarkan oleh Allah dalam Al Quran:

Firman Allah:

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ .

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Al-Anfaal,8:2).

Begitu takut dan gerunnya mereka kepada Tuhan hingga gementar hati mereka, dan mereka itu tidak lagi takut selain hanya kepada Allah SWT. Mereka itu bukan saja tidak terjejas atau tidak terpengaruh hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa. 

Kedua: Rasulullah SAW mencanagkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama dari kehidupan dunia. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari alam Barzakh maka berlangsunglah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan rupa bentuk dan keadaannya.Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai dan membayangkan alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.

Firman Allah:

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ ٱلْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ .

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
(As Sajda,32:16).

Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujung. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja. 

Menyedari hakikat kehidupan ini terlalu amat singkat berbanding dengan kehidupan Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walaupun sekelumit. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk mengelak penderitaan dunia yang sakitnya ibarat gigitan semut ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat di Neraka, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dilintaskan oleh hati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N