Langkau ke kandungan utama

ABUYA DAN ANUAR.


DUA TOKOH YANG BERBEZA JAUH.

Maksud Firman Allah :
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih bertambah tambah bersih (dengan ilmu dan amal kebajikan) dan sesungguhnya   hampalah orang orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat ).
(Surah al-Syams : 9-10).

Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi dan Anuar Ibrahim bagaikan langit dengan bumi. Seorang pemimpin roh dan seorang lagi pemimpin lahir. Pemimpin roh orang yang memiliki kekayaan hati. Pemimpin dunia orang yang miskin jiwa. Walaupun ia kaya pada lahiriahnya. Kerana
“miskin jiwa” ia terlalu dan memerlukan bantuan manusia setiap waktu dan ketika. Hingga sanggup ikut rentak agama orang yang di inginkannya.

"ANWAR: Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi & kos sara hidup".
(Astro Awani April 13, 2019).

Sesungguhnya orang kaya lahiriah punya tanggungjawab yang besar dan teramat besar kerana akan ditanya nanti akan harta yang dimiliki. Dari mana harta diperolehi dan dibelanja melalui jalan apa. Dan bagi orang miskin, yang tanya mungkin akan apa cara hidupnya dihabiskan dan akan cara apa dia menyambung hidupnya. Ketahuilah kalian, ALLAH itu di sebut Maha Kaya, Maha memiliki, maha berkuasa setiap apa yang ada dibumi dan dilangit, maka tidak usahlah kita merasa tenteram dengan apa yang kita miliki, kerana sebenarnya semua itu “dipinjamkan” seketika untuk kita merasa dan menikmati juga menghitung kehilangannya.

Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak terpikat dan tidak mahukan kekayaan dunia ini, maka kayalah dia walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan memerlukan.Orang yang kaya hati akan senantiasa merendah diri.

Orang roh yang hanya ada dihatinya
moga orang yang memohon pertolongan darinya merasa terpenuhi  akan pertolongan itu. Andainya mereka memiliki harta kekayaan, maka lebih ramai orang yang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari harta. kekayaannya. Abuya tidak merasakan kekayaan itu miliknya sendiri dan kerana kekayaan itu mudah baginya membelanjakannya.

Niatnya hanya satu, supaya fakir miskin terbela hidup mereka, orang susah dibantu dan diringankan perjalanan hidup, orang yang memerlukan bantuan dihulurkan dengan lapang dada, dan orang yang berhutang akan diselesaikan hutangnya tanpa perlu membayarnya kembali. Dia diandaikan menjadi 'bank' kepada masyarakat yang memang mengharapkan bantuan dan pertolongan .

Gabungan kekayaan roh dan material menjadikan seseorang itu manusia yang luar biasa. Ia menguasai alam rohaniah dan lahiriah. Kekayaan yang Abuya milik dia susah hati kerana ini bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggung jawab itu tidak dapat dibuat dan dilaksanakan.Andainya harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya kerana ketidak kesempatannya melakukan kebaikkan.

Harta dan dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawab nya ringan.
Jiwanya cukup tenang dan pasrah juga redha dengan ujian dan kesusahan. Sedikit amat minatnya dan juga tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat melalaikan nya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya.

Orang yang kaya hati sedikit pun tidak merasa atau mempunyai perasaan hina dan rendah diri dengan orang kaya, kenamaan, yang berhormat atau raja dan sultan. Mereka ini terlalu berterus terang dan senantiasa merasa senang bergaul dengan sesiapa sahaja yang sudi bergaul dengan mereka tak kira siapa orang itu sama ada datangnya dari orang cerdik pandai, orang yang berkuasa dan sebagainya.

Padanya tak ada keistimewaan
insan di dunia ini yang pelbagai itu dengan pandangan semua manusia itu setaraf sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan bukan dengan ukuran dunia. Dia lebih rela melakukan apa watak yang kita mahu dan dengan senang hati menerima kita dengan caranya yang kekadang membuat kita rasa dia amat istemewa dan berdikari.

Benarlah bahawa perkataan dan sebutan “kaya” dan “miskin” itu adalah satu istilah semata-mata yang berbeza maksudnya mengikut pelbagai orang yang menuturkan dan menganalisa. Ada orang merasakan bahawa kaya itu mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu tidak mempunyai apa-apa. Berapa ramai yang faham diantara kita bahawa “kaya” itu tidak memerlukan apa-apa lagi kerana kekayaan yg dimiliki melebihi dari apa yang dia ingini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…