Langkau ke kandungan utama

BARAT IBARAT SINGA TUA.



Singa savana pencen yang nyanyuk, sudah kehilangan taring, singa pemangsa yang hanya menunggu ditumpaskan oleh mangsa2nya , jika mangsa mampu dan berani membunuhnya.Barat sudah menjadi kiblat masyarakat dunia termasuk dunia Islam sekian lama. Kini Barat cuba mengabui mata dunia utk menjadi super power mutlak. Sedangkan realitinya, Barat sudah tidak punya masa depan, apalagi untuk menerajui dunia.


Buku terbitan 1992 yg bertajuk ‘Barat di Ambang Maut’ yg ditulis Abuya Ashaari Muhammad mengupas segala gejala yang memusnahkan Barat dan umat manusia seluruhnya. Beliau menulis bukan dari emosi tapi berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pandangan mata hati yang tajam. Disenaraikannya satu persatu kepincangan Barat yang selama ini terselindung di sebalik kecanggihan teknologi
dan kekuatan ketenteraan.


Diberitahu sebab musabab serta punca-puncanya dan diberinya jalan keluar yang terbaik untuk menyelamatkan Barat daripada kemusnahan mutlak.
Memang ubat itu biasanya pahit untuk ditelan. Begitulah dengan buku itu, mungkin terlalu pahit bagi orang Barat untuk menerima realitinya.Begitu juga dengan umat Islam yang telah sekian lama berkiblatkan Barat.


Namun Barat dan konco-konconya, kalau mahu selamat di era sekarang harus akur pada buah fikiran orang Timur. Kerana telah terbukti bahawa Timur sebelah sini kini sedang menerajui kebangkitan Islam menuju kemuncaknya.
Sebagai seorang pemimpin Islam yang praktikal, Abuya Ashaari Muhammad telah menggariskan strategi-strategi yang berkesan untuk memandu Barat ke jalan keselamatan. Inilah mesej penting buku itu dengan mengetengahkan Islam sebagai satu­satunya penyelamat.

 Barat yang sedang mengalami kekosongan ideologi, mahu tak mahu terpaksa akur pada seruan ini: Aslim taslam : Islamlah, nescaya kamu akan selamat!
Inilah perang fikiran dan perang sikap (lisanul hal) yang sangat seni kerana sasarannya
adalah hati dan fikiran. Tidak ada kerosakan fizikal yang berlaku, namun ini yang lebih ditakuti oleh Barat. Bukan rahsia lagi bahawa Barat kini sedang dihantui oleh bayang-bayang 

‘Muhammad Baru’ yang mereka telah kenal pasti akan muncul di Timur.
Segala pergolakan di Barat bahkan di seluruh dunia, samada positif mahupun negatif, semuanya membawa petanda bahawa kebatilan kian musnah, kebenaran kian terserlah. Ini juga menandakan dunia sedang diproses menuju ke satu arah: Kegemilangan Islam kali kedua yang dijanjikan hadis2….

Manusia sejagat menunggu satu Dunia Baru yang akan menandakan kemenangan
mutlak bagi kebenaraan dan tumpasnya kebatilan.
~Munajat~
Tuhanku
Izinkanlah hamba-Mu ini menuliskan tentang Barat,
negara di mana hambaMu , sedang berpijak sekarang.
Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumi
Mu di sebelah sini.
Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang sangat menderhakai-Mu.
Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh
membiarkannya begitu sahaja.
Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar
kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan.
Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu
hamba kira
adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa
dan kehidupan manusia
Moga moga tulisan hambaMu ini
mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang
Engkau janjikan pada hamba-hamba-Mu yang berjihad.
Tuhanku,

Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh
masalah ini dengan tepat.
Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia.
Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba­-hambaMu yang di Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya buku ini lahir.

Sekali lagi, tiada gunanya ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati.
Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini dan hamba cuma mengharapkan pertolongan-Mu kiranya layak bagi hamba mendapatkan­nya,

Ya ALLAH,
Kiranya hal keruntuhan Barat ini dibiarkan atau kiranya dunia tidak diberitahu perihal kerosakan ini, maka sesungguhnya akan rosak binasalah kehidupan dunia ini.
Dan akan tertipulah umat Islam selamanya, Masakan tergamak hamba-Mu merelakan keadaan yang demikian itu terjadi tanpa pembelaan?
Wahai Tuhan,

Kiranya buku ini benar dan berfaedah maka ia adalah
milikMu, Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu, Tapi kiranya buku ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka ini adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang dhaif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahun diri. Disamping memohon keampunan dariMu….

26 .8. 1990
BRISTOL, GREAT BRITAIN
PETIKAN BUKU ‘BARAT DI AMBANG MAUT’ : London 1992..telah diterjemah kepada THE WEST AT THE BRINK OF DEATH [ Seperti biasa, buku2 telah diharamkan oleh ulama rasmi Malaysia]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N