Langkau ke kandungan utama

ABUYA BERKONGSI RAMADHAN DENGAN KITA.


BERKAT RAMADHAN ABUYA BERI TUHAN KEPADA KITA.

(Menyambut Ramadhan bersama keluarga 2019).

Pendekatan dakwah Abuya indah kerana perjuangkan Tuhan yang Maha Indah. Perjuangkan Tuhan dengan paparkan penampilan kesan nikmat yang Maha Agung itu melalui dakwah yang indah. Satu-satunya agama yang Allah SWT akui hakikat kebenarannya untuk manusia ialah Islam. Sebab Islam itu agama yang indah kerana ia datang dari Allah SWT. Iaitu agama yang suci dan murni.


Agama yang hanif, selamat indah, menarik dan cantik.
Agama sebenar yang selamat dan menyelamatkan. Agama yang telah ditemui oleh Nabi Ibrahim itu ialah agama tauhid. Saya tidak jumpa nama yang khusus untuknya maka dinamakan sebagai agama
Nabi Ibrahim sahaja. (ملة إبراهيم)
Tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun.


Agama yang hanif itu, bukan
melihat di sudut kesihatan, contoh bagaimana puasa menyihatkan tubuh badan? Tidak kurang yang melihat Ramadan sebagai satu “adat” yang bersifat ritual tanpa nilai-nilai spiritual. Kesan dan manfaat beragama bergantung kepada cara kita “melihatnya”. Jika pandangan kita tentang  agama tepat, maka kita akan mendapat hasil yang tepat juga.


Kita akan dapat merasakan kebesaran Tuhan apabila kita benar-benar mengenali diri. Kata hukamak. Barangsiapa mengenali dirinya dia akan mengenali Tuhannya.
(من عرف نفسه فقد عرف ربه).
Puasa adalah peluang untuk kita jadikan pusat latihan untuk kita membesarkan dan mengagung kan Tuhan. Sekaligus kita berlatih mengecilkan nafsu.
Realitinya, masih ramai umat Islam tidak mengambil peluang bulan puasa sebagai pusat latihan rohani.

Mendapat rasa cinta dan takutkan Tuhan adalah persoalan rohani. Jadi kalau kita tidak ambil peluang bulan Ramadhan pusat latihan rohani bagaimana kita hendak dapat suburkan rasa cinta dan takutkan Tuhan, ia adalah persoalan rohani.Akibat kita tidak dapat rasakan  Ramadan ada nilai-nilai spiritual atau rohani. Maka kita tidak dapat apa-apa daripada puasa hanya lapar dan dahaga sahaja.


Marilah kita teliti kembali sejauh mana kesan puasa dalam menjana peribadi yang baik, mencegah kemungkaran dan kejahatan, membina nilai-nilai murni serta membina sebuah masyarakat yang harmoni? Dan paling penting, apakah takwa yang menjadi tujuan utama puasa difardukan itu telah tercapai?
Puasa dari segi bahasa bererti “menahan”. Semua perkara atau perlakuan yang “ditahan” (haram) semasa berpuasa hakikat bebas (halal) dilakukan jika tidak berpuasa. 

Semasa berpuasa umat Islam dilatih bukan sahaja meninggalkan perkara yang haram malah yang halal juga. Jika demikian, seharusnya tidak timbul masalah lagi bagi umat Islam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan pada bulan-bulan lain lantaran latihan meninggalkan perkara yang halal pada bulan Ramadan. Ironinya, ini tidak berlaku! Hakikatnya berbagai-bagai kemungkaran telah dilakukan oleh umat Islam selepas bulan puasa.


Firman Allah taala menceritakan tentang Maryam.
قال تعالى : إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمٰنِ صَوْمًا
“Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-rahman“. (Maryam : 26)
Puasa disini bermaksud menahan diri dan berdiam diri daripada berkata-kata.
Puasa dari sudut syarak bererti : Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.Selepas kita berpuasa hati kita tetap tidak dapat rasa cinta dan takutkan Tuhan. Kenapa terjadi demikian. 

Kerana kita hanya berpuasa dapat lapar dan dahaga. Bagi orang yang benar-benar berjaya jadikan puasa sebulan Ramadhan sebagai pusat latihan rohani sudah tentu selesai sahaja proses yang dilalui dalam pusat latihan ia mendapat sesuatu. Iaitu mendapat hati yang rasa cinta dan takutkan Tuhan.
Kesan puasa tidak sama pada semua orang. Ia bergantung kepada cara kita melihat, tahap kita berusaha dan kemampuan menahan keperitan untuk mendapat rahmat, magfirah
dan barakahnya. Moga-moga kita mendapat takwa – hadiah yang dijanjikan Allah sejak lama. Bukan “lapar dan dahaga” seperti yang diterima sekian lama!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N