Langkau ke kandungan utama

ABUYA DAN ISTANA.


BERKAT BULAN PUASA KASIH SAYANG MUDAH SUBUR.

(Sultan Abdullah angkat sumpah Agong ke-16).


Agama Islam adalah agama yang penuh cinta dan kasih sayang, agama yang dapat menyuluh kegelapan, dan memulai kehidupan baru yang lebih menjanjikan dan terang benderang.
Agama yang sempurna, dan relevan di setiap zaman hingga akhir dunia. Ketika setiap orang mengerti bahawa Islam itu indah, maka setiap detik dalam kehidupannya, tidak akan luput dalam benaknya untuk mengingat Allah. Hatinya tidak terputus dengan Allah SWT.

Agama Islam diterajui oleh raja-raja di negeri-negeri.Yang di-Pertuan Agong ke-16 Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mengangkat sumpah, 31 Jan. 2019.
Yang Di-pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja Perlembagaan, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

Raja merupakan ketua agama Islam bagi negeri masing-masing, tetapi bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka, ketua agama Islamnya ialah Yang Dipertuan Agong dan ini diperuntukkan dalam Perkara 3(3)Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut sistem penggiliran raja-raja, Sultan Pahang telah ditentukan untuk menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas Sultan Kelantan.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, turut melafaz sumpah untuk meneruskan jawatannya sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Adat istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di Balairung Seri dibuat di hadapan Raja-Raja Melayu dari Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Johor, Kelantan dan Pahang yang diwakili Pemangku Raja serta Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak.

Sultan Abdullah, 59,  dimahsyurkan sebagai Sultan Pahang Keenam pada 15 Jan lalu bagi menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah yang gering.

Baginda yang dilahirkan pada 30 Julai, 1959 di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang dan ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Pahang semasa berusia 16 tahun dan merupakan putera kedua dalam dunia, yang memegang status Tengku Mahkota selama 45 tahun selepas Prince of Wales iaitu Putera Charles.

Mendapat pendidikan tinggi di England, Baginda sangat aktif dalam bidang sukan dan pernah memegang beberapa jawatan penting seperti ahli jawatankuasa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(FIFA) dan presiden Persatuan Hoki Asia serta pernah berkhidmat sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dari 2014 hingga 2017.Sultan Abdullah berkahwin dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 6 Mac, 1986 dan dikurniakan empat putera dan lima puteri.

Menurut agensi berita nasional Bernama, hanya 43 buah negara di seluruh dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Malaysia
 adalah salah satu negara tersebut. 
Di samping itu, Malaysia adalah satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam 
kalangan sembilan Raja Melayu.
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama bagi Wilayah Persekutuan. Baginda menggalas amanah itu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Permaisuri Agong sangat senang dengan dakwah. Permaisuri sendiri suka mengikuti perkembangan dakwah.

Firman Allah SWT:
وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ ۚ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ.
Maksudnya:
Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
(An-Nahl 16: 89).

Maksudnya: Wahai manusia!
sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus 10:57).

Majlis raja-raja telah menentu tarikh melihat anak bulan bagi  bermulanya puasa Ramadhan.


Maksud firman Tuhan:
"Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al Baqarah 2:185).

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Al Israk  17 : 82).

“(Dalam ayat ini) Allah menggandingkan hidayah (dari-Nya) dengan perjuangan dan kesungguhan (manusia), maka orang yang paling sempurna (mendapatkan) hidayah dari Allah adalah orang yang paling besar perjuangan dan kesungguhannya”.
Hadits shahih Imam Muslim dan lainnya, dari Abu Huraira, Rasulullah bersabda, “Dunia ini adalah penjara (bagi) orang yang beriman dan syurga (bagi) orang kafir”.

(Istana Raja Putrajaya).

Sejarah adalah guru yang berwibawa dan terbaik. Iaitu sejarah telah 
mencatit kebangkitan Islam pertama.
Sejarah peradaban Islam yang 
sudah tercatat pada sejarah dunia, menunjukkan bahawa Islam pernah mengalami masa kejayaan, masa di mana dapat mengubah hidup manusia yang terbelakang, menjadi kehidupan yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan perkembangan.

Daulah Islam Andalusia, Kerajaan Turki Uthmaniyah, dan Kerajaan Mughal di India, adalah contoh dari peradaban Islam yang pernah berjaya, mereka menyebarkan pengaruhnya ke berbagai aspek kehidupan. Ajaran Islam yang mereka sebar luaskan ini tidak hanya membimbing hubungan antara manusia dengan Tuhan, melainkan juga hubungan manusia dengan manusia, dan manusia dengan alam.

Abuya pernah kongsikan dengan
kita bahawa di era kebangkitan Islam sekali lagi raja-raja ada peranan. Banyak perkara yang telah diberitahu kepada kita telah berlaku dan dalam hal peranan raja-raja juga suatu yang akan berlaku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N