Langkau ke kandungan utama

DAKWAH ABUYA TERTUMPU DI TIMUR.

(Kilang roti anak murid Abuya di Sabah).

Kedaulatan Islam di Timur melalui gerakan dakwah. Abuya buat dakwah dan tarbiyah untuk mengisi kesedaran masyarakat. Era kebangkitan Islam syiar syariat Islam meriah kembali. Ini natijah perjuangan Abuya melalui dakwah dan tarbiyah Islam. Dakwah dan pendidikan Islam yang membawa manusia kepada Tuhan. Mendidik atau mentarbiyah manusia cinta dan takutkan Tuhan. 
Dengan kaedah tersebut melahirkan masyarakat yang berkasih sayang, bertolong bantu satu sama lain.

Dalam perjuangannya, Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Ada era kasih sayang yang dilancarkan oleh Abuya untuk beberapa tahun lamanya. Sebagai agenda yang begitu penting untuk direalisasi kan dalam jemaahnya. Terkenallah perjuangannya dengan tema ‘Dakwah dan Kasih Sayang’.
Setiap kali cuti sekolah Abuya memberi laluan kepada saya untuk berkunjung ke rumah keluarga pelajar.

Anak-anak mereka yang menimba ilmu di sekolah Abuya. Abuya membuka pendidikan rasmi sejak 1985 bermula dengan 12 pelajar. Hinggalah kemuncaknya sebelum diharamkan bilangan pelajar mengikut semua peringkat umur seramai 10 ribu pelajar. Saya dan beberapa tenaga pengajar berkunjung ke rumah-rumah pelajar yang ada di seluruh negara. Secara berjadual terutamanya kawasan zon
di negeri-negeri di Pantai Timur dan juga negeri-negeri di sebelah Utara.

Kerana disana ramai berkumpul pelajar.
Kaya hati kaya yang hakiki. Kekayaan inilah yang di perolehi dari Abuya dan dikongsikan dengan para pelajar dan kaum keluarga yang turut sama hadir dalam pertemuan. Cita-cita perjuangan Islam itulah yang ditanamkan kepada para pelajar dan keluarga yang turut sama.Orang-orang yang kaya hati selalu dikatakan juga orang kaya roh atau kaya jiwa, melimpahi dari segala yang dimiliki.

Hari ini kebanyakannya sibuk mencari kekayaan yang berupa wang ringgit dan harta benda tetapi amat kurang-berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan.

Orang yang kaya wang ringgit dan harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya.
Ini kerana ilmunya dari matan Al-Quran dan Hadis, ijmak ulama dan kias. Memang itu yang sepatut dihasilkan dari dakwah dan pendidikan Islam. Tidak hanya berteori dan bercakap perihal ilmunya malah ilmu itu diamalkan dalam kehidupan seharian. Islam bukan setakat diseminarkan sahaja.

Kita pun terasa nikmat bersama mereka yang dilahirkan dari pendidikan Islam yang hakiki ini. Melalui faham dan penghayatan ilmu kita dapat merasakan keindahan amalan yang dilakukan.
Ilmu sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kebangkitan Islam. Wahyu yang diturunkan kepada baginda S.A.W. itulah ilmu dan panduan kepada para sahabat ridwanullah 'alaihim. Dakwah dan tarbiyah yang benar dapat melahirkan rasa cinta dan takutkan Tuhan itu kita kongsikannya dgn masyarakat.

Kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita berikan jalan keluar atau alternatif.Contoh manusia dirosakkan melalui bentuk apa, contoh pendidikan maka kita menggunakan pendidikan juga untuk membetulkan kembali manusia.Bagi yang bukan Islam kita kembalikan semula fitrah yang telah di rosakkan.Manusia telah di rosakkan dengan hiburan, maka kita sepatutnya tunjukkan hiburan Islam sebagai alternatif, begitu juga musuh gunakan lapangan ekonomi sepatutnya kita hadapinya dengan perkara yang sama.

 Ertinya kita lebih mengambil tindakan adakan alternatif supaya umat Islam boleh memilih yang mana satu hendak diambil atau hendak dilaksanakan. Musuh menganjurkan pendidikan yang merosakkan akhlak dan moral dan kita memberikan jalan keluar dengan menganjurkan pendidikan yang berteraskan akhlak mulia, menyediakan insan yang berguna dan kembalikan fitrah manusia.Begitulah seterusnya dengan perkara-perkara lain. Dengan kita menanamkan rasa cinta dan takutkan Tuhan lahirlah keluarga dan masyarakatnya bangsa yang berjiwa besar dan ada cita-cita besar. Maka tercetuslah satu perjuangan yang besar walaupun bilangan rumpun Melayu tidak ramai jika dibandingkan dengan penduduk dunia.

Dulu umat Islam dari kalangan orang Arab, bangsa Kurdi, Turki dan sebahagian dari bangsa Eropah pernah menjadi Empayar Islam. Mereka dihormati oleh bangsa-bangsa di dunia. Mereka menjadi guru dan ikutan kepada dunia. Sempat bangsa-bangsa di dunia menerima ilmu dari umat Islam. Itulah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.Setelah nikmat yang besar itu di beri oleh Tuhan tidak dijaga dengan baik, setelah umat Islam cinta dunia, lahirlah hidup nafsi-nafsi dan takut mati untuk perjuangkan Tuhan, Akhirat, Rasulullah SAW, syariat dan akhlak mulia, Akhirnya Tuhan tarik kembali nikmat yang pernah umat Islam kecapi.

Maka jatuh satu empayar Islam yang besar kemudian dijajah oleh penjajah dari Barat.Ada yang dijajah oleh British, Belanda, Sepanyol, Amerika, Jerman, Itali, Portugis dan Perancis. Ada negara yangdijajah 300 dan 400 tahun. Paling tidak 100 tahun. Empayar Islam jatuh kerana jiwa umat Islam sudah rosak dengan cinta dunia dan takut mati dalam untuk mempromosikan Tuhan. Bila penjajah ambil kesempatan untuk menjajah, umat Islam dirosakkan pula oleh penjajah.Umat Islam dirosakkan aqidah dan fikirannya melalui pendidikan, kebudayaan dan ekonomi. Akhirnya tercetuslah kerosakan yang begitu luas hingga ke surau, masjid, tempat hafal Quran dan hadis, rosak di tempat-tempat Islam dan di tempat-tempat fekah. Di pusat-pusat pengajian Islam. Berlaku kerosakan dipondok pasentrendan negara-negara umat Islam

Walaupun sekarang seluruh negara Islam sudah merdeka tetapi yang merdeka hanya fizikal. Aqidah, fikiran, perasaan, akhlak, syariat dan perpaduan belum merdeka. Sebab itu walaupun negara umat Islam ada yang sudah 100 tahun merdeka, negara kita sendiri 40 tahun dan ada yang 30 tahun namun begitu bukan sahaja tidak ada sebuah negara Islam yang menjadi empayar bahkan untuk dapatkan sebuah negara Islam yang boleh berdiri sendiri, kuat, dihormati dan dikenali oleh dunia seperti Jepun dan Korea, itupun tidak ada. Betapalah untuk jadi empayar. Sebaliknya negara-negara yang sangat kusut hari ini adalah negara-negara yang diduduki oleh umat Islam. Yang menjadi masalah hari ini ialah negara umat Islam.

Kenapa? Kerana jiwa kita sudah lama dirosakkan. Yang ada hanya hidup membawa diri masing-masing dan fikir diri. Akhirnya tiada lagi bangsa umat Islam di dunia samada bangsa Melayu, India, Turki, yang berjiwa besar. Walaupun ilmu sudah besar, kekayaan sudah besar, langkah sudah jauh boleh round dunia, tetapi cita-cita kecil sangat. Apa cita-cita kita? Ada yang dari kecil sudah dididik oleh ibubapa dan guru, kalau pandai dapat sijil, dapat gaji besar, maka hebatlah hidup kita. Kecil sangat cita-cita. Hanya cita-cita diri. Kalau ada cita-cita kampung, mukim, daerah, negeri, negara, bangsa, masih boleh tahan. Tetapi setakat itu pun tidak ada. Masing-masing fikir tentang rumah, kereta, diri, keluarga sendiri. 
Semua orang di kampung dan di bandar sama pemikirannya. Mufti dan ulama juga berfikiran begitu. Perjuangan menjadi tidak besar akibat dari jiwa bangsa umat yang tidak besar. Kita fikir diri dan keluarga sahaja. Kalau bertemu satu sama lain samada antara keluarga atau dengan yang bukan keluarga, kita bercerita tentang makan, minum, pakaian, kasut, songkok, makan, ayam dan itik. Tidak lebih dari itu.
Umat Islam tidak ada lagi jiwa besar. Bila tidak ada jiwa besar, tidak adalah cita-cita besar maka tiadalah perjuangan yang besar. Sebab itu kalau kita baca sejarah sejak 5, 6 ribu tahun dahulu sampai hari ini, bangsa yang jadi empayar itu bukan bangsa yang besar, yang bilanganya ramai, bukan yang negaranya luas tetapi bangsa yang menjadi empayar adalah bangsa yang: 1. Berjiwa besar

2. Ada bercita-cita besar.
Maka tercetuslah satu perjuangan yang besar walaupun bilangan bangsa itu kecil sahaja. Hari ini umat Islam dari kalangan bangsa Arab berjumlah lebih kurang 100-150 juta orang. Sewaktu menjadi empayar, hanya 2 atau 3 juta orang sahaja. Perjuangan tidak bergantung kepada ramai orang. Bangsa Kurdi menjadi empayar semasa Salehuddin Al Ayubi. Bilangannya pada waktu itu lebih sedikit iaitu sekitar 100-120 ribu. Sekarang puak Kurdi ada 5 atau 6 juta orang. Bangsa Turki pula sekarang ada 50 juta orang.
Sewaktu menjadi empayar umat Islam, Turki hanya 1-2 juta sahaja. Waktu itu Turki menguasai 29 negara termasuk sebahagian Eropah. Ada bangsa yang besar tetapi tidak jadi empayar kerana cita-citanya kecil. China dan India, jumlah penduduknya besar tetapi tidak
pernah jadi empayar. Orang Melayu sehingga sekarang ada 300 juta tetapi tidak menjadi empayar kerana cita-citanya kecil. Hanya fikir tentang makan, minum, ayam dan itiknya.

Ulama Salafussoeh dan kini Abuya menekankan pembinaan insan. Mereka mendidik bangsanya dengan pendidikan Islam. Pembinaan roh manusia ( pembangunan modal insan ). Supaya lahir bangsa baru iaitu bangsa yang membela Islam, bangsa yang memperjuangkan Allah Rasul. Bagaimana yang dilakukan kepada keluarganya begitu jugalah tindakan
yang dilakukan kepada masyarakatnya. Menjadikan dunia ini jambatan untuk menuju negara Akhirat yang kekal abadi.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N