Langkau ke kandungan utama

ABUYA TAHU HELAH YAHUDI.



Firman Allah SWT:
وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan orang-orang (Yahudi
yang kafir) itu pun merancang kan tipu daya dan Allah
pula membalas tipu daya
(mereka); dan (ingatlah),
Allah sebijak-bijak yang
membalas(dan menggagal
kan segala jenis) tipu daya.
(Ali Imran 3:54).

Sebenarnya Yahudi telah menyuntik jarumnya yang halus kedalam dunia Islam. Abuya mengajak kita bukan hanya mengutuk Yahudi tetapi berbuat.
Di antara secara halus Yahudi mengalihkan pandangan atau fokus utama umat Islam. Contoh kesan sejarah kegemilangan Islam tidak ditonjolkan tetapi di besar-besar kan sejarah purba atau sejarah zaman jahiliyyah di negara-negara umat Islam. 

Ketika penulis berkunjung ke Iraq, lebih banyak terdedah dengan pamplet-pamplet yang diberikan banyak menggambarkan zaman purba negara berkenaan.Zaman kegemilangan kota Baghdad, kegemilangan bumi Syam (Syria), Maghribi (Morocco) Tunisia dan lain-lain lagi tidak dikongsikan.
Ketika di Baghdad suasana tidak membantu untuk terkait dengan Hujjatul Islam Imam Ghazali.
(Foto Kota Baghdad Iraq).

Kota Baghdad sangat berkait rapat dengan Madrasah Nizamiyyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli filsafat Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib canselor di Madrasah Nizamiyyah, pusat pengajian tinggi
di kota Baghdad. 
(Foto universiti Al Mustansiriah Iraq).

Sedangkan gelaran Asy Syafi'i 
menunjukkan bahwa beliau bermazhab Syafi'i.Basra merupakan bandar kedua terbesar di Iraq. Bandar ini merupakan pelabuhan utama Iraq serta ibu negeri pentadbiran Basra. Kota Basra memainkan peranan penting dalam sejarah Islam, terutamanya sebagai pusat ilmu kerajaan Bani Umayyah.
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu daripada Allah. 

Selepas wafatnya baginda  kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. 

Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Abuya didik kita hadapi dengan sikap dan tindakan. Kerana dengan cara itu lebih berkesan.Ketika Abuya buat Xpdc
di bumi para nabi (Anbiya')
dalam pengisian Abuya membuat penjelasan zaman kegemilangan masing-masing. 

Zaman kegemilangan yang diterajui oleh orang Arab, sesama mereka juga Tuhan gilir-gilirkan. Disinilah kita dapat lihat bagaimana peranan kota Baghdad, kota Syam dan lain-lainnya.Yahudi telah merosakkan Islamt di bidang pendidikan (taklim dan tarbiyah) diseluruh dunia Islam.Termasuk di pesantren-pesantren atau pondok-pondok pengajian Islam dan universiti-universiti Islam sudah gagal, sebab mereka sudah meninggalkan manhaj tasawuf.Manhaj Abuya adalah manhaj Tasawuf.

Ia bertujuan menghidupkan agama dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Untuk menghidupkan agama mesti dengan tasawuf. Dunia Islam sudah hancur dalam semua sudut. Ia memerlukan seorang Mujaddid.Insya Allah Abuya adalah guru mursyid dan mujaddid di kurun ini dan kita akan bersama tajdid nya.Saya lihat Malaysia dan Indonesia merupakan tapak yang subur untuk menanam benih Islam.
Matahari terbit dari sana  (Timur), sehingga cahaya pun datang dari sana, dari Timur ke barat. 

Alhamdulillah saya bersyukur untuk murid-murid atau staff yang masih kekal bersama Abuya. Dari 10 000 hanya tinggal 500 orang saja. Tetapi saya yakin kualiti yang 500 orang ini lebih baik dari yang 10 000 orang dahulu.Mereka akan mendapat kemuliaan bersama Abuya.Biarlah yang pergi itu, pergilah. Tidak ada masalah, inilah dunia.
Para Rasul dan Nabi dulu, juga ditinggalkan orang.

 Seperti Bani Israil yang pernah berkata kepada Nabi Musa, “Pergilah engkau berjihad dengan Tuhan engkau, kami hanya akan duduk di sini”.
Mungkin yang kekal bersama Nabi Musa lebih sedikit dari pada yang kekal bersama Abuya. Yang lebih mengejutkan lagi beliau menceritakan bahawa perjuangan yang sedang di lagangkan ini adalah untuk menagih janji Tuhan yang diucapkan melalui lidah Rasulullah SAW bahawa Islam akan bangkit dan gemilang kembali sehingga akan menguasai dunia dan membawa dunia kepada keamanan, kedamaian, keharmonian, kasih sayang dan kemakmuran di bawah pimpinan
 Imam Mahdi.

Kebangkitan ini akan bermula dari Timur iaitu Malaysia dan Indonesia yang diasaskan oleh seorang yang juga dijanjikan oleh Allah melalui lidah RasulNya iaitu Fata at Tamimi.
Harta dan dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan.Jiwanya cukup tenang dan pasrah juga redha dengan ujian dan kesusahan. 

Sedikit amat minatnya dan juga tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat melalaikan nya dari Tuhan dan dari tanggung jawabnya.
Orang yang kaya hati sedikit pun tidak merasa atau mempunyai perasaan hina dan rendah diri dengan orang kaya, kenamaan, yang berhormat atau raja dan sultan.

 Mereka ini terlalu berterus terang dan senantiasa merasa senang bergaul dengan sesiapa sahaja yang sudi bergaul dengan mereka tak kira siapa orang itu sama ada datangnya dari orang cerdik pandai, orang yang berkuasa dan sebagainya.Padanya tidak ada keistimewaan insan di dunia ini yang pelbagai itu dengan pandangan semua manusia itu setaraf sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan bukan dengan ukuran dunia. Dia lebih rela melakukannya apa watak yang kita mahu dan dengan senang hati menerima kita dengan caranya yang kekadang membuat kita rasa dia amat istimewa dan berdikari.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N