Langkau ke kandungan utama

ARUS KEBANGKITAN ISLAM.

LAWAN ARUS KEBANGKITAN.
(Arus sungai mengalir deras).

Memandu kenderaan secara melawan arus adalah membahayakan diri dan juga orang lain. Itulah ibarat kepada individu atau kelompok yang melawan arus kebangkitan Islam. Ibarat kepada mereka yang berenang di sungai adalah lebih mudah hanyutkan diri dibawa arus air sungai yang mengalir walaupun tidak pandai berenang yang penting pastikan boleh bernafas akan sampai juga ke destinasi yang dituju.

Kalaupun atlet renang tetapi kalau melawan arus air sungai sangat menyeksakan dan belum tentu boleh sampai ke tempat yang dituju. Apabila kita pandai bersyukur Tuhan akan tambahkan lagi nikmat kepada kita. Jika kita kufur dengan nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita sesungguhnya kemurkaan Tuhan kepada kita.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim 14: 7)

Ada tiga hal yang harus dilakukan manusia ketika menerima nikmat Allah agar ia menjadi sebagai hamba
 yang bersyukur kepadaNya.
Pertama: secara batiniah ia harus mengakui telah menerima nikmat dari Allah. Kedua: secara lahiriah ia mengucapkan syukur atas nikmat itu. Ketiga: ia harus menjadikan nikmat itu sebagai pendorong untuk lebih giat beribadah kepada Allah SWT. Bila ketiga hal tersebut telah berpadu dalam diri seorang hamba, maka ia layak dikatakan sebagai hamba yang bersyukur kepada Allah.

Malaysia dilanda arus kebangkitan Islam yang cukup me­nonjol dibanding dengan negara Islam lain. Rakyat Malaysia di semua peringkat sedang mengalami perubahan diri ke arah Islam. Walhal sebelumnya mereka jauh dari agama. Allah SWT mentakdirkan, Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengi­kut yang ramai. Perjuangannya jadi begitu berpengaruh. Ertinya kebangkitan itu menghala kepada Abuya. Hingga hari ini umat Islam begitu komited meniru model Islam is the way of life yang telah beliau bawa dan cetuskan.

Kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia, inilah dia kebangkitan yang Allah janjikan di akhir zaman. Apa yang dimaksudkan Allah dan Rasul itu rupanya sedang berlaku di waktu ini. Malaysia terpilih menjadi tapaknya. Seorang tokoh yang disiapkan Tuhan untuk melahirkan model kebangkitan itu ialah Putera Bani Tamim dan seorang tokoh yang akan muncul membesarkan model tersebut bertaraf dunia iaitu Imam Mahdi. Rasulullah sebagai Nabi akhir zaman; oleh kerana sudah wafat; rohnya hi­dup dan aktif bertindak sebagai master mind. Sementelahan Hadis-Hadis baginda tentang akhir zaman memang banyak dan menjadi panduan kepada umat untuk berjuang mena­gihnya bersama baginda.

Sepanjang zaman, generasi demi generasi telah mencuba agar setiap
apa yang Rasul janjikan untuk akhir
zaman itu berlaku kepada mereka.
 Namun hingga sekarang ia belum
jadi kenyataan. Walau bagaimanapun, tanda-tanda berlaku­nya janji tersebut di zaman ini nampaknya semakin terserlah. Maka bagi Abuya, ini adalah peluang yang Allah rezekikan kepada orang Islam Malaysia, yakni orang Melayu, untuk menagih janji Tuhan itu. Bagi orang bukan Islam, mereka tidak perlu takut dan bimbang bahkan sebenarnya mereka nanti akan turut gembira dan menerimanya dengan senang hati kerana kebangkitan itu membawa kepada keamanan, kedamaian dan kemakmuran. Mereka juga turut terbela dan selamat berada di bawah naungannya.

Menurut Abuya, kalau kebangkitan pertama dijayakan oleh Rasulullah bersama Sahabat, maka kebangkitan kedua di akhir zaman, Rasulullah gunakan ikhwan dengan melantik Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan di kalangan pemimpin-pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya 500 orang.

Apa yang sedang terjadi di Malaysia oleh perjuangan Abuya  ialah jadual Allah untuk akhir zaman. Ia me­rupakan berita gembira untuk umat Islam dan juga bukan Islam. Kegemilangan Islam yang akan berlaku ini membawa keamanan, kedamaian dan kemakmuran kepada seluruh dunia. Bukan sahaja umat
 Islam bertuah dengan kedatangan­nya
 bahkan orang bukan Islam pun dapat menerimanya kerana fitrah manusia suka kepada kebaikan, kasih sayang, ke­amanan dan keharmonian.

Pemimpin sebenar kepada kebangkitan itu ialah Imam Mahdi yang aktif berperanan di belakang tabir dan akan Allah zahirkan semula ke dunia sepertimana Nabi Isa a.s. Imam Mahdi pemimpin yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadis.Mungkin sudah ada dikalangan umat Islam. Sampai masa dan ketikanya akan tampil dan berperanan secara fizikal. Kalau selama ini hanya disebalik tabir.















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N