Langkau ke kandungan utama

ROH PEJUANG YANG MATANG.



Menyedari hakikat bahawa kehidupan ini terlalu amat singkat berbanding dengan kehidupan Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia yang waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja.

Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa. Sama ada dosa Hablumminallah atau dosa Hablumminannas iaitu dosa berkaitan dengan Tuhan dan dosa yang berkaitan dengan manusia. Firman Allah SWT:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ.

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab hubungan dengan Allah dan adanya sebab hubungan dengan manusia.
(Ali Imran 3:116).

Hablumminallah dalam ayat ini bukan setakat sembahyang, berpuasa, bayar zakat, pergi haji,atau berwirid berzikir, membaca Al Quran dan sebagainya. Itu yang lahir. Hablumminallah disini lebih menjurus kesan dan hasil dari amalan lahir itu.

Ia lebih kepada hubungan hati atau hubungan batiniah dan rohaniah dengan Tuhan. Kita pun tahu bahawa segala amalan lahir itu, tidak lain dan tidak bukan ada lah untuk membina hubungan batiniah atau rohaniah seperti ini. Hubungan rohaniah inilah diambil kira oleh Tuhan. Ia adalah natijah dari
ibadah yang kita buat.

Hablumminallah yang perlu ditegakkan sehingga umat Islam dapat keluar dari kehinaan, setidak-tidaknya adalah diperingkat taqwa. Diperingkat orang soleh atau yang kurang dari itu adalah tidak memadai. Ia belum dianggap sudah menegakkan hubungan
 dengan Allah. Umat Islam akan
 terus terhina.

Bagi umat Islam hendak keluar dari kehinaan, pertamanya mestilah dengan memperbetul kan hubungan rohani dengan Tuhan. Umat Islam mesti usahakan Taqwa. Itulah maksud hablumminallah. Ia bukan setakat sembahyang, berpuasa dan usaha-usaha lahir seperti itu.

Kedua, ialah menegakkan Hablumminannas iaitu menegakkan hubungan sesama manusia sesudah menegakkan hubungan dengan Allah SWT. Ia berasaskan kepada perkara-perkara berikut; Menegakkan Hablumminannas secara individu tidak memadai. Ia tidak berkesan dan tidak boleh dibuat secara besar-besaran. Ia mesti dilakukan secara berjemaah atau berkelompok.

Orang Melayu jika ingin mengambil giliran menerajui dunia atas nama Islam mestilah menjadikan dirinya sebagai orang roh. Kerana ia tempat perhatian Tuhan. Kalau  mempersiapkan yang lahir kini orang Melayu telah membangunkan Menara Berkembar PETRONAS
di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar
yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan
Taipei 101.

Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20.

Persiapan paling penting ialah
roh yang menyalin kekuatan Para  Sahabat Nabi SAW yang berjaya dididik oleh Rasulullah menjadi bangsa yang disegani. Sejarah menceritakan bagaimana Rasulullah berjaya menukar kaum Arab Badwi yang tidak tahu membaca dan menulis muncul sebagai kuasa baru. Bangsa yang berjaya  menerajui empayar Islam kali pertama seribu lima ratus tahun dahulu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...