Langkau ke kandungan utama

PEJUANG YANG BIJAKSANA.



Akal berfikir hingga mampu mencipta pelbagai teknologi canggih tetapi hati tidak terhubung dengan Tuhan. Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.
Malaysia, sebagai negara yang cukup bertuah, kerana Tuhan ciptakan padanya pelbagai bantuan alam kepadanya yang tiada di negara lain. 

Sekilas pandang juga, orang akan menyangka bahawa rakyat Malaysia sudah tentu amat beruntung dilahirkan dan dibesarkan di negara ini.
Seringkali para ulama dan cerdik pandai mengingatkan kita dalam setiap individu yang merasa nikmat sebagai rakyat Malaysia wajib berfikir dengan lebih matang, patut mempunyai cita-cita untuk mendaulatkan Islam di negara yang dicintai ini.

Suasana politik di Malaysia kini dalam tegang. Yahudi kepung negara kiri kanan, depan belakang, atas dan bawah. Yahudi pula mahu merampas!
Kalau kita tidak mendengar khabar gembira buat umat Islam di era kebangkitan Islam ini sudah tentu kita tidak tahu apakah nasib yang akan menimpa negara kita ini.
Namun kita rasa terhibur dan mendapat kekuatan bila mendengar ada janji Allah untuk Timur yang tapaknya adalah Malaysia. 

Ada satu janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW, untuk orang Islam di Timur iaitu kebangkitan Islam sekali lagi di akhir zaman  akan berlaku ditangan mereka. Iaitu ditangan orang Melayu yang beragama Islam. Kita yakin sekarang adalah gilirannya.
Islam bukan bermaksud mengongkong kebebasan atau menafikan kebijaksanaan atau kreativiti rakyat. 

Biasanya pemimpin yang adil lebih terpimpin dari rakyat yang taat 
akan lebih terpimpin fikiran
dan kreativitinya. Pada saya pandangan ulama kerohanian dalam menghadapi krisis politik dan suasana sekarang mesti diambil kira.Pengamatan mereka lebih bersifat tersirat. Ulama kerohanian mereka melihat sesuatu dari mata hati, 
bukan sekadar mata kepala.
Pandangan-pandangan mereka
lebih tajam dan tepat walaupun ada masanya pandangan mereka dikira melawan harus perdana dan melawan arus popular dalam masyarakat.

Hati ulama-ulama kerohanian lebih bersih hasil keakraban mereka dengan Tuhan. Antara mereka ada yang dianugerahkan Allah dengan mukasyafah, ada yang mendapat firasat. Tidak kurang juga yang mendapat ilham, hatif atau mimpi-mimpi mubasyarah. Mengenai ini Rasulullah SAW sendiri bersabda:
اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
"Takutilah firasat orang Mukmin kerana mereka melihat dengan cahaya Allah."(HR Tirmizi dalam Al Sunan, Kitab : Tafsir, Bab : Tafsir surat Al Hijr (hadis 3127).

Mereka ini nampaknya begitu yakin walaupun dari segi logik, hal seumpama itu seolah-olah mustahil berlaku. Tetapi jika pandangan ini tepat, tidak syak lagi ia adalah ilham daripada Allah SWT. Namun ia bukan wahyu sebagaimana ia diturunkan kepada nabi atau rasul melalui perantaraan Jibril, tetapi adalah rasa hati yang dicampakkan ke hati yang bersih.Mereka yang mendapatkannya terdiri daripada wali-wali Allah atau setidak-tidaknya orang soleh.

Ilham kerohanian yang sebegini bukanlah satu yang aneh dalam meramalkan pimpinan sebuah negara. Buktinya, kepimpinan Umar Ibnu Aziz, mujaddid kurun pertama, telah diramalkan lebih awal oleh Sayyidina Umar Ibnu Khattab. Begitu juga kepimpinan Imam Syafi'i. Orang-orang kerohanian bukanlah mereka yang tidak ambil pusing langsung tentang kepimpinan negara tetapi mereka mempunyai pandangan tersirat yang kerap kali terlindung dari arus pemikiran biasa.

Ibnu Arabi, seorang kerohanian 
bertaraf wali Allah misalnya, pernah meramalkan, "Islam di Turki akan bangkit semula selepas pemerintahan 7 Firaun". Tepat seperti yang diramalkan, Islam kini telah bangun semula
di Turki setelah berlalunya pemerintahan tujuh orang pemimpin yang anti Islam sejak Mustafa Kamal Ataturk. Turgut Ozal, pemimpin Turki yang meninggal dunia pertengahan April 1993 lalu adalah
Presiden kelapan dan dibawah pemerintahannya lah Islam mula bangkit semula di negara itu.

Ramalan kerohanian yang paling popular terkenal dalam sejarah ialah kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh di Konstantinopel. Kejayaan baginda menakluk kota Konstantinopel dari tangan Kristian, yang kemudiannya ditukar nama kepada Istanbul, telah disyaratkan oleh ilham yang dianugerahkan kepada Syeikh Syamsuddin Al Wali, seorang ahli kerohanian Tareqat Naqsyabandiah.

Oleh itu pandangan-pandangan kerohanian ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Tun Mahathir memerintah dalam tempoh yang lama. Ia menjadi kenyataan sekarang. Lebih-lebih lagi mengenai Malaysia, sebuah negara di sebelah Timur yang bakal menjadi negara penting dalam kebangkitan semula Islam bertaraf ummah.

Malaysia dan soal kepimpinan nya tentu sahaja mendapat perhatian dunia khusus daripada ulama-ulama kerohanian. Sesuai dengan isyarat Hadis itu tentu sahaja pemimpin yang akan menerajui negara-negara Timur
(termasuk Malaysia ) mestilah orang yang lebih baik Islamnya atau setidak-tidaknya memberi laluan ke arah itu.
Telah berlalu lebih tiga puluh tahun, pandangan ulama kerohanian dan ianya bertepatan dengan apa yang telah berlaku sekarang.

Kepada Anuar Ibrahim. yang menjadi timbalan Tun Mahathir untuk tempoh lima tahun, dari 1 Disember 1993 hingga 2 September 1998 sebelum dipecat kerajaan Mahathir ketika itu. Mereka juga memberi pandangan Tun Dr. Mahathir akan memerintah lama. Kini ianya menjadi kenyataan. Anuar Ibrahim tidak akan jadi PM Malaysia, sedangkan ketika itu Anuar Ibrahim telah menjawat jawatan timbalan  perdana menteri Malaysia. Sekarang rakyat sedang menyaksikannya hampir-hampir jadi realiti.

Di Malaysia kini, menurut ulama kerohanian lagi, sedang berlaku satu proses dimana mereka yang dulunya begitu ghairah dengan Islam telah bertukar menjadi penentangnya.
Inilah balasan Allah atas kesombongan mereka sewaktu mengecam pihak-pihak yang mereka cap tidak islamik dahulu. Sebaliknya yang dulunya begitu ghairah dengan maksiat, bergelumang dengan dosa besar telah bertukar menjadi orang yang suka bertaubat dan menyesali segala kemungkaran yang pernah dilakukan dengan penuh insaf. Hidupnya kini telah berhijrah dari jahiliah kepada Islamik. Mereka nekad untuk kembali ke pangkal jalan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…