Langkau ke kandungan utama

ABUYA DAN PRESIDEN SADDAM.


ABUYA DAN PRESIDEN IRAQ.
(Makam Abuya di kampungnya Pilin).

"Perang Teluk Islam kembali gemilang". Salah satu tajuk buku karangan Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi. Dalam buku karangan Abuya 
tersebut Saddam satu tokoh yang menggemparkan dunia pada era lapan puluhan dan sembilan puluhan. Kawan kepada Saddam tersebut ialah Syeikh Sidi Abu Khalid. Beliau juga berasal dari Iraq. Ketua kabilah Syammar Jordan.

Presiden Sadam ada membuka universiti baru yang diberi nama Universiti Saddam. Abuya pernah ditawarkan oleh Saddam melalui wakilnya, mana-mana pelajar-pelajar yang berada disekolah Abuya yang berkelayakan diterima masuk ke universiti Sadam Hussain. Pelajar Abuya yang pertama diterima masuk ke universiti tersebut ialah ustaz
Faisal Alias.



(Pusat pengajian tinggi Al Kailani).

Peranan kota Baghdad  sebagai pusat intelektual ialah Baghdad telah menjadi kota intelektual semasa pemerintah khalifah Harun al-Rashid dan anaknya al-makmun. Harun Ar-Rasyid ialah khalifah kelima daripada Bani Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786hingga 803.Pada tahun 1990 Abuya ada membuka markaz dakwahnya di JUBAIHAH, AMMAN Jordan tahun 1990
(Salah sebuah universiti di Jordan).

Ketika itu penulis yang ditugaskan oleh Abuya terhadap markaz Abuya tersebut. Antara tugas saya berhubung dan mengekalkan silaturrahim dengan kawan-kawan Abuya.Dikalangan orang Arab Jordan.Antaranya Ketua kabilah Syammar dan Sidi Abu Mus'ab.
Adanya markaz yang Abuya sediakan memudahkan orang-orang tempatan bertemu kami.
(Presiden Iraq)

Pada era 80-90-an, satu fegor yang menggemparkan dunia terutamanya dunia Barat iaitu Presiden Saddam . Tindakannya membunuh sebahagian rakyat Iraq di negeranya sendiri. Satu tindakan yang sukar untuk difahami. Mengapa Saddam Hussein melakukan tindakan tersebut.Beliau dilebel sebagai seorang pembunuh kejam.
Pengalaman penulis dengan kawan Abuya iaitu Syeikh Sidi Abu Khalid, setiap kali pergi ke  rumahnya sering ada tetamu-tetamu dari Iraq. 

Tetamunya di perkenalkan kepada saya. Dari pengalaman pergaulan dengan beliau membantu saya memahami situasi yang berlaku di Iraq. Mudah untuk saya fahami kenapa Amerika Syarikat memerangi Iraq.Abuya sangat memahami percaturan dan agenda kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
Abuya ada mengarang buku bertajuk "Barat di ambang maut".
(Negara Iran).

Selain itu Abuya mendidik keluarga dan masyarakat umat Islam membaiki diri. Dengan usaha post-mortem atau muhasabah adalah kaedah Tuhan lakukan jongkang jongkit
kepada kebangkitan Islam ini.
Selain Amerika Syarikat ada kepentingan dengan negara pengeluar minyak tersebut ia ada hubungkait dengan kebangkitan Islam. Maka Amerika Syarikat melaga-lagakan antara Iran dengan Iraq.

Dua puluh tahun kemudian, akhirnya diketahui bahawa orang-orang yang dihukum oleh Saddam tersebut adalah penganut Syiah. Lebih dari dua dekad, kenyataan ini dilindungi dan disembunyikan oleh akhbar Barat.
Sejak sekian lama Saddam Hussein sudah tahu akan bahayanya Syiah. Pada zamannya, sudah ramai penganut Syiah dari Iran masuk ke negaranya. Jika hanya sekadar tinggal, mungkin Saddam Hussien tidak akan begitu peduli. 

Tapi para penganut agama Syiah ini merosakkan semua urutan kehidupan yang ada, terutama dengan konsep kahwin mut'ah-nya yang memang tidak ada bezanya dengan pelacuran.
Di wilayah Timur Tengah sendiri, satu-satunya negara yang menyedari kewujudan Iran sebagai negara Syiah adalah Iraq. S

Hussien memerintah Iraq sezaman dengan era Khomeini pada tahun 1979 dan sudah melihat pengaruh besar Iran ke Iraq dan negara-negara Arab yang lain.Sejarah juga menunjukkan bahawa Iran lah yang mendesak PBB untuk memerangi Saddam Hussien. Iran juga yang menyediakan pengkalan tentera ketika Amerika menyerang Iraq dari laut, udara dan darat.

Setelah komunis jatuh dan tamatnya Perang Dingin, Barat cuba mencatur dunia untuk muncul sebagai power mutlak. Berbagai agenda baru dan master-plan dikemukakan untuk memenuhi impian itu. Namun bagi Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi, impian ini akan hanya tinggal impian…Barat sudah tidak punya masa depan! dengan sudut pandangan yang luar biasa, renungan mata hati yang tajam, pemikiran dan visi super advance, beliau mendedahkan kepincangan yang selama ini terlindung di sebalik kecanggihan teknologi dan kemodenan hidup Barat. 

Tentang penyakit lemah jiwa, keruntuhan akhlak dan rapuhnya nilai-nilai rohaniah yang menyebabkan Barat lemas di tengah-tengah pertarungan ideologi dan agama di dunia hari ini.
Sebagai jalan keluar, Abuya Ashaari ketengahkan Islam untuk mengubat fikiran dan hati orang-orang Barat demi kebahagiaan mereka khususnya dan keselamatan dunia sejagat amnya. Kecuali mereka beralih kepada Islam, mereka tidak lagi layak untuk mentadbir dunia. Dan bagi pemuja-pemuja Barat, masanya sudah tiba untuk meninggalkan idola mereka itu dan kembali secara total kepada Islam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N