Langkau ke kandungan utama

ROH PERLUKAN HIBURAN.


MAKANAN DAN HIBURAN ROH.

Umat Islam yang akan jadi payung menerajui empayar atas nama Islam, ialah mereka yang dapat memberi makanan dan hiburan rohani kepada manusia. Barang kali kita boleh kiaskan makanan atau hiburan roh sama seperti keperluan makanan jasad lahir. 

Kalau jasad lahir perlukan makanan, maka roh juga perlukan makanan.Roh sama seperti jasad perlu kan makanan keperluannya.

Jasad akan gemuk dan subur kalau dia diberi makanan yang baik dan berzat. Memilih makanan yang baik untuk badan sangat penting untuk menentukan badan sihat bertenaga dan tidak berpenyakit seperti diberi makan nasi, daging,ikan, sayur, susu dan lain-lain lagi.Ia merupakan makanan 
berzat yang mampu membina tubuh. 

Jasad lahir jadi subur dan cepat membesar. Badan jadi segar, cergas aktif dan bergerak tangkas.Kalaulah jasad lahir tadi perlukan makanan yang baik dan berzat, roh juga perlukan makanan atau hiburannya yang baik untuk membina roh atau memberi kekuatan kepada roh.Makanan yang baik dan bersihu roh ialah zikir, tasbih, tahmid, selawat, tahlil, solat atau sembahyang, puasa, baca Al Quran, doa,dan tafakur. 

Berusaha cari ilmu yang memberi manfaat, memahami dan merasa tentang kebesaran dan kehebatan Allah,
faham kenapa Allah datangkan ujian, faham segala qada' dan qadar Allah SWT.
Juga berjuang dan berjihad, berdakwah dan mengajar kerana keredhaan Allah SWT. Berkhidmat dengan manusia sama ada dengan ilmunya, tenaganya, hartanya dan lain-lain lagi. Berbuat dengan kefahaman dan penghayatan serta dengan hati yang penuh ikhlas.

Bila makanan yang baik untuk roh ini diberikan maka roh itu akan subur dan sihat. Kemudian ia tidak sakit dan berpenyakit. Roh yang sihat ialah roh yang mempunyai sifat-sifat yang baik
(mahmudah) seperti sifat-sifat tawaduk, pemaaf, pemurah, berani, tawakal, sabar, lapang dada, kasih sayang, timbang rasa, taat, patuh, redha, zuhud,
cintakan akhirat, cinta Allah, rindukan Syurga, takutkan Neraka dan lain-lain lagi.

Dengan wujudnya sifat-sifat roh atau hati yang disebutkan tadi, akan tercetuslah keharmonian, aman damai dan kebahagiaan di dalam kehidupan secara individu dan bermasyarakat.
Ertinya, kalau roh sihat,  individunya jadi orang yang baik-baik dan soleh. Bukan sahaja dia baik tetapi orang-orang lain juga dapat manfaat bersama
dengan kebaikannya. Dia boleh memberi bantuan untuk keamanan dan keselamatan orang lain. 

Seperti yang telah berlaku dalam sejarah
di zaman Rasulullah SAW.Mereka disebut oleh Rasulullah
SAW sebagai:

Ø®َÙŠْرَ Ø£ُÙ…َّتِـي Ù‚َرْÙ†ِÙŠ Ø«ُÙ…َّ الَّØ°ِÙŠْÙ†َ ÙŠَÙ„ُونَÙ‡ُÙ…ْ Ø«ُÙ…َّ الَّØ°ِينَ ÙŠَÙ„ُونَÙ‡ُÙ…ْ
“Sebaik-baik umatku adalah pada masaku. Kemudian orang-orang yang setelah mereka (generasi berikutnya), lalu orang-orang yang setelah mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3650).

Di ikuti zaman salafussoleh berjalan selama 300 tahun. Makanan roh mereka adalah zikir, tasbih, tahmid, tahlil, baca Al Quran, solat, sedekah, puasa, tafakur, selawat dan lain-lain lagi. Justeru itu lahirlah dalam kehidupan mereka hasil daripada roh yang kuat dan tenang serta menghiburkan.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N