Langkau ke kandungan utama

HOSPITAL ROH.



Pada hari ini hospital kerajaan dan swasta muncul begitu banyak. Macam-macam peringkat dan kategori wujud
di dunia. Malaysia juga tidak ketinggalan juga terkenal menyediakan perkhidmatan rawatan yang canggih. Yang menyediakan perkhidmatan bertaraf hotel pun ada. Namun mereka yang sakit tidak lah membahayakan kepada orang lain.Manusia yang menerima khidmat dari Hospital Roh sangat istimewa. Hospital yang ada didunia tidak ada yang mampu memberikan servis kasih sayang yang diterima di hospital roh. 

Kita diberikan rahmat, pengampunan dosa dan dilepaskan daripada azab neraka.Kalau roh manusia yang sakit sangat membahayakan diri dan juga orang lain. Dalam suasana yang tenang tiba-tiba bertukar ganas. Bukan sahaja yang empunya diri hilang bahagia tetapi juga boleh membahaya kan orang lain dankebahagiaan orang lain.
Jadi Allah SWT datangkan bulan Ramadhan adalah untuk memberi latihan dan rawatan kepada roh umat Islam. 

Ibarat kenderaan yang sentiasa digunakan maka sudah masa dan ketikanya kenderaan tersebut dimasukkan ke bengkel untuk diservis, kalau patut tukar minyak hitam ditukar dan sebagainya.
هر رمضان أوله رحمه وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

Bulan Ramadhan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka.
Kasih sayang Tuhan melalui Ramadhan, kita dapat tiga perkara.Rahmat diawal Ramadhan. Di pertengahan Ramadhan kita mendapat pengampunan Tuhan. Dan di akhir Ramadhan Tuhan lepaskan kita dari azab api neraka
Keluar saja dari hospital roh kita menjadi bangsa yang mampu memberi kasih sayang.

BANGSA YANG DAPAT MEMBERI KASIH SAYANG.
Dunia sudah kosong dari kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk mempertahankan nya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada kita?

Senyuman adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Baginda sangat mempraktikkan
kasih sayang. Senyum
adalah bagaimana kita mengekspresikan
rasa yang kita alami kepada seseorang. Bentuk dari kelembutan hati dan wujud dari cahaya hidayah sunnah dalam menghadapi kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT.

Selain itu, senyum juga merupakan tanda mulianya akhlak seseorang. Apalagi, akhlak yang mulia merupakan amalan baik nan istimewa dengan timbangan yang berat di sisi Allah SWT kelak. Mengapa? Karena senyum juga merupakan salah satu bukti keimanan dan ketakwaan seseorang ketika seseorang tersebut mendapatkan ujian dari Allah SWT. 

Ditambah senyum merupakan jenis sedekah paling ringan yang boleh memberatkan timbangan pahala kita nanti.Dalam Islam sendiri terdapat beberapa dalil tentang senyum. Simak selengkapnya dibawah ini. "Senyum adalah sedekah".
Sudah disebutkan diatas bahwa apabila kita tersenyum dihadapan saudara kita, kita sudah melakukan sedekah paling ringan yang diperhitungkan oleh Allah SWT untuk menambah pahala kita. 

Sabda Rasulullah SAW:
«تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ»
“Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu” (Sahih, H.R. Tirmidzi no 1956).
Senyum adalah kebajikan
Rasulullah pernah bersabda, diriwayatkan dalam Hadits Riwayat Muslim, yang berbunyi:
«لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ»
“Janganlah engkau meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun hanya dengan bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri”. (H.R. Muslim no 2626).
Rasulullah tersenyum kepada para sahabat.
Kemudian apabila kita sering tersenyum, boleh jadi kita sedang menjalankan salah satu Sunnah Rasul. Kerana Rasulullah SAW suka sekali tersenyum. Sebagaimana Jarir bin Abdillah menceritakan:
مَا رَآنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُنْذُ أَسلَمْتُ إِلَّا تَبَّسَم فِي وَجْهِي
“Rasulullah tidak pernah melihatku sejak aku masuk islam, kecuali beliau tersenyum”. (Sahih, H.R. Bukhari no. 250)
Menjadi sarana berbuat baik kepada manusia
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Kamu tidak akan mampu berbuat baik kepada semua manusia dengan hartamu, maka hendaknya kebaikanmu sampai kepada mereka dengan keceriaan (pada) wajahmu.” (H.R. al-Hakim (1/212)
Jadi boleh disimpulkan dengan senyum, kita boleh menghadirkan kebaikan-kebaikan tersendiri dalam hidup kita. Membuat orang lain bahagia.Dengan tersenyum, kita secara tidak sedar memberikan energi positif kepada orang yang menerima senyuman kita. Sebagaimana yang dipaparkan dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi yang berbunyi:
Menampakkan wajah manis di hadapan seorang muslim akan meyebabkan hatinya merasa senang dan bahagia, dan melakukan perbuatan yang menyebabkan bahagianya hati seorang muslim adalah suatu kebaikan dan keutamaan. (Lihat kitab “Tuhfatul ahwadzi” no. 6 hal 75-76)
Dan demikian itu pula  beberapa anjuran terkait mengapa kita harus banyak – banyak tersenyum. Kerana disebalik senyum, terdapat pahala yang teramat sangat banyak, pun mudah untuk dilakukan.
Masyarakat timur mudah melontarkan senyuman dan kemesraan. Ia memudahkan tercetusnya suasana harmoni
dan kasih sayang dalam masyarakat Melayu. Senyuman
telah menjadi satu budaya didalam masyarakat timur.
Selepas peristiwa 11 September 2001 di WTC, New York, Barat amat memusuhi Islam. Kata-kata penghinaan yang dilemparkan ialah Islam agama keganasan dan Islam menganiaya kaum wanita. Maka pada tahun 2003, kumpulan nasyid muslimah dari Malaysia mengirim rombongan penasyid dari kalangan remaja perempuan yakni Mawaddah (yang bermaksud kasih sayang) untuk menyertai program seluruh umat Islam di Eropah yang dibuat di Le Bourget, Perancis. Untuk pertama kalinya Perancis menampilkan penasyid wanita di pentas. Perwakilan dari Malaysia itu membawa tema ‘Cintai Tuhan Cintai Sesama’.Mawaddah dalam sebuah konser di Paris Perancis
Alhasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke seluruh Eropah terutama 
England dan Jerman selain Perancis. Di setiap border antara negara itu Mawaddah dilayan keluar masuk dengan penuh kasih sayang. Memang Barat terkejut dengan pendekatan dakwah dari Malaysia dan mereka akur Islam rupanya, kalau benar-benar diamalkan ajarannya, adalah agama yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita.
Hal ini turut membuatkan tercengang-cengangnya umat Islam di Timur Tengah yang berada di Eropah. Mereka berterima kasih kepada Malaysia kerana membawa satu trend baru dalam berjuang. Selama ini mereka tidak terfikir pun untuk pelbagaikan kaedah dakwah. Hanya bersyarah di majlis-majlis dan perempuan tidak dilibatkan untuk ikut berjuang.
Sedangkan dari Malaysia, dakwah itu dinasyidkan oleh wanita-wanita sopan yang kelihatannya cukup menarik dan mempesonakan. Ramainya masyarakat yang berminat dan membeli album-album nasyid Islam, agama kasih sayang.
Di Thailand, di sekitar tahun 2000-2006, suasana di selatan sangatlah memalukan dan menakutkan. Bangkok sudah buntu kerana Amerika menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk keganasan itu. Hal itu cukup bahaya. Maka demi menjawab bahawa Thailand bersih, kerajaan Phuket mengundang Mawaddah untuk satu program negara bertajuk ‘Islam Kasih Sayang’. Wakil duta Amerika di Bangkok diundang hadir.
Selesai program, Mawaddah dan Thailand mendapat ucapan tahniah dari kedutaan Amerika di Bangkok. Dan semenjak itu orang-orang penting pengurusan Mawaddah di Thailand selalu dilibatkan dalam program-program menyelesaikan masalah di selatan Thai.
IKHWAN dan ASOIB adalah pejuang-pejuang yang membawa Islam Kasih Sayang. Bahawa Islam yang dibawa Ikhwan dan Asoib tidak sama sekali ganas. Bahkan Islam itu sebenarnya adalah agama kasih sayang. Alhasil dunia terkejut dengan perubahan John Howard pada tahun 2003 yang menyebut tentang adanya Islam kasih sayang, yakni sesudah menonton persembahan ‘Islam Kasih Sayang’ oleh Mawaddah di Australia.
Tokoh yang mendidik Ikhwan Asoib sendiri memang orangnya begitu kasih dan sayang. Siapa duduk-duduk dengannya pasti merasakan kasih sayangnya itu yang tidak mudah dilupakan. Ramai orang yang jatuh cinta kepadanya kerana watak peribadinya yang inilah. Memang dia pakar dalam menawan hati orang dengan berbagaibagai cara kasih sayang yang dilayankan kepada manusia, menurut keperluan manusia itu.
Alhasil terciptalah sudah di muka bumi Tuhan ini sebuah sistem hidup, dibangunkan oleh tokoh kerohanian yang di dalamnya sangat penuh dengan kasih sayang. Ulama kerohanian  adalah yang memberikan ilmu tentang Tuhan. Sehingga kita dapatkan rasa bertuhan dimana-mana. Dasar dan kaedahnya sangat praktikal di era sekarang. Hatta perlaksanaannya pun ulama kerohanian itu  ajarkan kepada pejuang-pejuangnya. Maka jadilah beliau tokoh pencetus perjuangan Islam secara kasih sayang yang muncul di kurun ini.

MELAYUAKAN MENJADI EMPAYAR
Apabila kita meletakkan kedudukan Melayu pada kedudukan penting dalam perjuangan penegakkan Islam di NUSANTARA. Kita akan dihujani
dengan soalan yang bertalu-talu,
dipersoalkan kenapa pentingnya isu Melayu dalam perjuangan Islam? Ramai yang tidak faham…. Nampak pelik dan melawan arus.
Perkara yang paling sukar bagi saya ialah cuba memahami latarbelakang persoalan dan apa yang berlegar dalam diri orang yang bertanya, sebab pada saya isu ini agak mudah.

Ini mendorong saya mengkaji isu-isu yang diperkatakan tentang Melayu oleh berbagai pihak seperti pendokong aliran pembaharuan, politik liberal multi-racial, golongan kaum muda, amalan-amalan politik parti politik Melayu dan politikus mereka dan masalah-masalah kelemahan Melayu itu sendiri.
Saya dapati perkataan Melayu dalam peradaban mereka sangat sinonim dengan kalimah rasis, asobiah, rasuah, tahyul, khurafat, malas, lemah dan sebagainya. Oleh itu bila saya katakan bahawa peranan Melayu penting dalam agenda kebangkitan Islam semua mata terbeliak dan pandang saya dengan pandangan lain macam. Saya pun terkejut. Mengikut golongan ini kita kena pisahkan antara Islam dan Melayu. Islam adalah nilai universal, masuk Islam bukan erti masuk Melayu, ada perbezaan antara Islam dan budaya Melayu, Melayu lain dan Islam lain. Orang kafir takut masuk Islam kerana keliru antara Islam dan budaya dan gaya hidup Melayu yang negatif.
Saya perhatikan seperti sudah menjadi lazim dalam peradaban Melayu kini mereka saling mengutuk diri sendiri sehingga mereka menjadi satu bangsa yang begitu rendah diri dan hampir hilang keyakinan terhadap diri sendiri. Sehingga mencerca diri sendiri seolah-olah telah sebahagian dari tabiat Melayu yang terkutuk dan menjadikan mereka harus terus dikutuk?, sehingga ada yang mencadangkan kita dakwah orang Cina lagi baik dari memperbetulkan orang Melayu.

Kesan dari itu kita dapat lihat betapa buruknya tanggapan umum terhadap Melayu sehingga tiada lagi orang Melayu berani angkat muka membela diri mereka, membela maruah mereka, apa lagi mecalunkan diri mereka sebagai bangsa yang memiliki risalah, memimpin dalam menegakkan kebenaran dan boleh membawa keadilan kepada umat manusia. Sehingga – barang kali- sebab itu lahir pejuangan Melayu dikalangan berbangsa Cina seperti Dr. Ridhuan Tee.
Inilah antara dapatan penting apabila saya menyelusuri beberapa tulisan yang bercakap tentang Islam, Melayu dan pembaharuan. Ia bukan satu kajian menyeluruh, tetapi cukup untuk memberi saya kefahaman kenapa perkataan Melayu menjadi begitu alergi dikalangan perjuangan Islam, golongan muda, pejuang pembaharuan dan juga liberal terutama dikalangan orang Melayu sendiri.
Baru saya faham kenapa timbulnya persoalan apakah relevennya mengaitkan Melayu dengan perjuangan Islam yang hendak dibawa oleh ISMA?.
Sesungguhnya saya tidak dapat menyembunyikan kesedihan terhadap dapatan ini. Saya teringat perselisihan anatara Tun Mahathir dengan Syed Hussain Alattas mengenai keperibadian Melayu.

Adakah Melayu ini dari keturunan gen yang lemah atau ia kesilapan pemimpin melayu yang gagal membangunkan bangsa Melayu dengan satu projek pembangunan bangsa yang menyeluruh?.
Adakah benar bahawa Melayu adalah bangsa yang lemah dan mundur secara semulajadi atau ia satu peradaban yang dicanang oleh penjajah dan kuncu-kuncunya untuk melahirkan satu bangsa Melayu yang tidak memiliki keyakinan diri dan sentiasa sedia untuk mengalah dan dijajah?
Saya sebenanrya dalam perbahasan ini sangat setuju dengan pandangan Syed Husain al Attas yang mengatakan tidak ada satu bangsa dilahirkan semulajadi lemah dan mundur, tetapi sebaliknya persekitaran politik dan kepemimpinanlah yang menjadikan mereka begitu.

Persepsi pertama saya dari persoalan tajuk, kenapa politikus dan pemimpin Melayu termasuk dari gerakan Islam menghindari dari mengangkat isu Melayu ialah kerana pemikiran mereka sendiri masih terjajah, inferior dan rendah diri. Mereka takut berhadapan dengan persepsi negatif yang segaja dilabelkan terhadap Melayu. Melayu adalah majoriti Muslim kalau Melayu bangkit maka bangkitlah Islam. Oleh itu adalah menjadi maslahat musuh Islam orang Melayu kekal lemah.
Kedua, mungkin wujud silap tanggap terhadap peranan kaum dalam sistem politik Islam sepanjang sejarah. Telah berlaku terlebih dos dalam masalah “bangsa Muslim akidahnya” seperti yang dibawa oleh syed Qutb. Atau “wehdah islamiyyah” berdepan dengan dahwah kaumiyah pada abad ke 19 sehingga berlaku silap faham atau sedikit ekstrem dalam memahami masalah qaumiyah. Kesan dari itu tercetus konfrontasi antara pejuang Islam dan pejuangan kaumiyyah secara total.
Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya menjadi sukar. Imam Al Banna dalam rasaelnya telah memberi penjelasan dan mengambil jalan pertengahan. Dalam banyak hal tidak ada kontradik antara kaumiyyah dan Islamiyyah kecuali dalam beberapa perkara yang disebutkan secara terperinci apa yang kesimpulannya bahawa Islamiyyah lebih menyeluruh dari kaumiyyah atau dengan kata lain apa yang hendak dicapai oleh pendakwah kaumiyyah boleh dicapai dengan dakwah Islamiyyah, kerana Islam mengiktiraf kehendak kaumiyyah. Secara praktikal sepatutnya tidak ada percanggahan antara kaumiyun yang ikhlas dan islamiyyun yang ikhlas.
Apa yang menjadi masalah ialah apabila kita menganggap kaum kita adalah kaum yang lebih tinggi dari kaum lain dari segi kejadian dan keturunan seperti yang didakwa oleh Yahudi atau faham cauvinis yang boleh menyebabkan penindasan terhadap kaum lain.
Atau apabila kita menjadikan kaum sebagai hadaf bukan wasilah. Dalam sistem politik Islam kaumiyyah diterima sebagai wasilah bukan sebagai hadaf kerana apabila kaumiyyah bertukar menjadi hadaf ia boleh membawa perpecahan atau mencarik “wehdah Islamiyyah” yang diasakan di atas asas akidah. Maksudnya saya sebagai orang melayu saya boleh berjuangan membangunkan bangsa saya supaya menjadi bangsa yang kuat, bangsa tonggak dalam penegakkan agama Islam dirantau ini. Hadaf saya ialah ketuanan Islam dan penegakkan syariat. Saya pasti orang yang memperjuangkan Islam sebagai nilai universal semata-mata tidak faham tabiat atau sunnah dalam penegakkan agama Islam, mereka harus balik pada sirah secara yang menyeluruh.

Yang tidak boleh ialah bila saya memisahkan perjuangan kaum saya dengan objektif Islam dan perjuangan menjadi “kebangsaan sekular”. Saya memperjuangkan Melayu kerana Melayu untuk Melayu dengan saya asingkan elemen Islam pada Melayu. Dalam kes ini saya tidak nampak relevannya perjuangan seperti ini kerana Melayu sudah jadi Islam semenjak berkurun lamanya. Memisahkan Melayu dari Islam seperti memisahkan memisahkan kuku dengan kulit. Dan amat sukar sekali untuk kita balik kepada Melayu zaman sebelum Islam dan menghidupkanya semula. Ini suatu yang mustahil dan tidak ada siapa yang melakukannya.

Keperibadian Melayu sudah berubah menjadi keperibadian Islam sebab itu saya tidak setuju dengan sesiapa sahaja yang masih cuba mengaitkan Melayu dengan tradisi nenek moyang. Keperibadian Melayu telah berubah menjadi Keperibadian Islam. Cuma jika masih ada sedikit sebanyak amalan dikalangan segelintir masyarakat yang bercanggah dengan Islam itu tidak menjadikan kita boleh menganggap bahawa keperibadian Melayu lain dari keperibadian Islam. Kelemahan seperti itu ada pada semua bangsa termasuk bangsa Arab sendiri.

Adapun persoalan adakah bila kita kata begitu bermakna bahawa Melayu telah “conquer” Islam sehingga sesiapa yang nak masuk Islam hendaklah dia masuk Melayu. Adakah apabila sesaorang hendak mengucap dua kalimah syahadah dia mesti pakai baju Melayu atau jubah Arab? Saya rasa kalau itu berlaku maka ia kisah yang sangat terpencil dan tidak sepatutnya menjadi sebab kita membuat konsep besar bahawa perlu pemisahan antara keperibadian Melayu dan Islam yang akhirnya membawa natijah saya memperjuangkan Islam bukan Melayu dan walaupun saya orang Melayu, saya anti Melayu.
Isu masuk Melayu bagi saya ada kaitan dengan teori “transformasi bangsa”. Perkara ini telah berlaku dalam sejarah Islam. Bangsa yang didakwah menganut Islam dan berkahwin dengan bangsa pendakwah akhirnya menukar kebangsaan mereka kepada bangsa pendakwah seperti yang berlaku ke atas bangsa Qibti di Mesir yang sekarang menjadi bangsa Arab Mesir. Apa aibnya dengan teori ini kepada Islam??.

 Orang Melayu Islam berkahwin dengan orang Cina dan India Islam akhirnya jadi bangsa Melayu seperti yang ditakrifkan oleh perlembagaan Malaysia. Bagi saya tiada cacat celanya kalau ini berlaku. Sebaliknya jika transformasi ini tidak berlaku orang Cina Islam kahwin sesama mereka sahaja, India Islam kahwin sesama mereka sahaja, Melayu sesama mereka sahaja satu jurang akan berlaku dalam kelompok masyarakat Islam sendiri. Ini lagi tidak munasabah.
Bagi saya isu tukar nama, pakaian apa itu isu kecil tidak harus menjadi isu. Setahu saya belum terbukti orang Cina tidak mahu masuk Islam kerana takut kena tukar nama, takut kena pakai baju Melayu, dan banyak perkara seperti itu telah terjadi sehingga kita membesar-besarkan perkara ini. Saya juga tidak melihat kerigidan orang Melayu secara umum dalam pemahaman terhadap pakaian Islam.

 Sebaliknya juga orang Cina Islam sendiri tidak mengekalkan banyak budaya Cina yang mereka amalkan sebelum Islam. Keislaman mereka akan sendiri menukar cita rasa mereka dan memberi ciri keislaman kepada budaya mereka sendiri. Belum terbukti kalau persepsi itu (masuk Islam bererti masuk Melayu) dihapuskan, orang Cina akan berduyun-duyun masuk Islam.Saya berpendapat transformasi bangsa sangat positif kepada sistem politik Islam dan boleh memberi impak besar kepada ciri kebudayaan Islam Malaysia yang merupakan campuran dari tiga budaya yang telah diIslamisasikan. Ia lebih baik kepada politik Islam berbanding dengan bentuk integrasi lain yang akan mencairkan keperibadian semua bangsa termasuk Melayu untuk dicampuradukkan menjadi satu budaya Malaysia tanpa agama.
Wallahu aklam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N