Langkau ke kandungan utama
MALAYSIA PUSAT SELAWAT.

Sempena bulan Ramadhan di Malaysia meriah kedengaran di corong-corong masjid dan surau suara umat Islam berselawat menandakan jemaah sedang bertarawih. Ruang udara Malaysia diberkati dengan suara orang berselawat ke atas Rasulullah SAW. Kalau sebelum ini umat Islam memenuhi kawasan lapang untuk berzikir.

Lebih 200 ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negara bersama Majlis Zikir Perdana Sedunia di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.
Himpunan terbesar ahli zikir itu  lebih 40,000 hadirin.Sekurang-kurangnya 30 ulama besar termasuk dari Syria, Yaman, Singapura, Pattani dan Filipina turut hadir dalam majlis zikir bertemakan "Islam itu Kedamaian" itu dianjurkan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).
"Kita bersyukur kerana majlis zikir pada tahun lalu mendapat sambutan sehingga memberi inspirasi kepada negara luar untuk menganjurkan acara sama di negara mereka.


Alhamdulillah umat Islam di Malaysia menyambut baik majlis zikir, contoh zikir perdana diatas. Bagi sesetengah umat Islam mengakui bahawa ajaran Islam itu sama sahaja atau setaraf dengan ajaran-ajaran isme atau ajaran-ajaran ideologi ciptaan manusia. Yang mana peraturan-peraturan atau hukum hakamnya hanya mengenai kehidupan yang lahir. Yakni apa yang dapat dinilai oleh mata lahir semata-mata dan tidak ada hubungkait langsung dengan hati atau roh dan nafsu.


Zikir adalah satu amalan yang disyariatkan dalam Islam. Perintah supaya melaksanakan zikir ditemui dalam banyak ayat-ayat al-Qur’an dan juga hadis Nabi s.a.w. Ia adalah satu amalan yang disuruh supaya diperbanyakkan tanpa ada halangan dan keterikatan dengan syarat-syarat tertentu untuk diamalkan sebagaimana ibadah-ibadah lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Ia adalah rahsia dan penghubung secara langsung antara hamba dengan Tuhannya. Setiap mukmin yang mengingati Allah pasti akan diingati olehNya.


Ternyata bahawa amalan zikir bukan hanya sekadar ibadah, tetapi juga merupakan amalan yang boleh membersihkan dan menyucikan jiwa manusia, mendekatkan diri kepada penciptanya, membuka hijab rohani dan seterusnya mencapai ma`rifat terhadapNya. Tulisan ini akan menyentuh tentang beberapa persoalan zikir khususnya mengenai peranannya dalam menyucikan hati dan membina sakhsiah muslim.

Pengertian Zikir

Zikir dari segi bahasa bermaksud sebut dan ingat. Dari sudut peristilahan tasawuf pula, zikir bermaksud terlepas daripada kelalaian dan kelupaan hati dengan sentiasa merasa hadir hati berserta Allah. [1] Ia bermaksud ingatan dan kehadiran hati yang kuat lagi berterusan terhadap makna-makna ketuhanan Allah sehingga terbuang kelalaian daripada hati tersebut. Dikatakan juga bahawa zikir bermaksud mengulangi sebutan nama Allah dengan hati dan lisan, atau mengulangi sebutan dan ingatan terhadap sifat, hukum, perbuatan, atau apa saja yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.[2]

Zikir ada banyak jenis merangkumi tasbih, tahmid, takbir, tahlil, baca al-Qur’an dan sebagainya, namun yang menjadi intipati dari semua jenis-jenis zikir ini ialah ingat kepada Allah (dhikrullah). Oleh itu dapat dikatakan bahawa zikir merangkumi dua perkara iaitu sebutan (zikir lisan) dan ingatan (zikir hati) terhadap Allah dan perkara yang berkaitan dengannya. Ingatan adalah hakikat zikir manakala sebutan itu pula adalah laluan untuk mencapai ingatan tersebut. Tahap ingatan itu pula berbeza-beza sehingga ada yang mencapai tahap lupa kepada sesuatu yang lain daripada apa yang dizikirkan dan inilah yang dikatakan hakikat sebenar zikir. Mengenai hakikat zikir ini, al-Kalabadhi menyatakan bahawa ia adalah melupakan sesuatu yang lain daripada apa yang dizikirkan dalam zikir tersebut.[3] Dalam hal ini, al-Kalabadhi merujuk kepada firman Allah:

ÙˆَاذْÙƒُرْ رَبَّÙƒَ Ø¥ِØ°َا Ù†َسِيتَ.

Maksudnya: “dan ingatlah akan Tuhanmu apabila engkau lupa”.[

Peranan Zikir Dalam Pembentukan Sakhsiah

Zikir merupakan satu amalan yang sangat berkesan dan berperanan besar dalam pembentukan sakhsiah muslim. Sakhsiah yang baik hanya terbina dan terbentuk dengan terbinanya hati
yang menjadi wadah keimanan dan ketaqwaan. Oleh itu untuk membina sakhsiah muslim yang baik, pembersihan dan penyucian hati perlu diberikan tumpuan dan keutamaan.


Bahaya jika kita menolak ilmu
 rohaniah ini. Tentu kita langsung
tidak mempedulikan soal hati,
nafsu dan hal ehwalnya. Tentu
 kita tidak akan ambil perhatian
tentang kejahatan nafsu dan tidak anggap penting untuk membersihkan diri dan membuang sifat-sifat jahat tersebut. Sekaligus bererti, manusia tidak lagi bermujahadah untuk membaikidiri agar dapat memiliki
sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji)
dan menumpaskan sifat-sifat
mazmumah (sifat-sifat terkeji).













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N