Langkau ke kandungan utama

BUMI SYAM.



JORDAN DALAM BUMI SYAM.

Bumi Syam negara-negara yang ada didalam nya sekarang, seperti Jordan, Syria dan Bairut. Bumi Syam mengimbaukan saya kepada sejarah Rasulullah SAW semasa kecil bersama bapa saudaranya Abu Thalib. Dalam perjalanan bapa saudaranya 
di tahan oleh seorang rahib Bukhaira dan mengingatkan nya supaya Rasulullah dibawa pulang takut diketahui oleh orang yahudi akan membunuh nya. 


Saya pernahjuga dikongsikan pengalaman seorang mufti Jordan iaitu Syeikh Noh Al Qudho juga kawan kepada Abuya. Beliau ada buat pengajian tetap
di masjid Amman Jordan. Saya dan pelajar-pelajar yang telah ngikuti kelas pengajiannya.Beliau telah pun meninggal dunia, Al-Fatehah untuknya. Beliau banyak kongsikan pengalamannya tentang bumi Syam. Kalau di Malaysia dulu di Pantai Timur dan utara Malaysia banyaknya pondok-pondok pengajian, begitu juga dengan Bumi Syam terlalu banyak ulama-ulama yang membuka majlis pengajian-pengajian disana. Ternyata budaya pondok ini rupanya datang dari sana.


Menjejaki Islam di Bumi Jordan
Jordan merupakan sebuah negara baru, memiliki berbagai keajaiban semulajadi yang mengkagumkan- terdiri daripada kesan-kesan peninggalan, makam-makam dan dharih oleh para Nabi dan sahabat pembawa cahaya keimanan kepada Allah SWT. Kami disini mengalu-alukan kedatangan anda untuk menerokai keunikan warisan kami sebagai tanda penghormatan kami kepada pengunjung. Jordan terlalu banyak kenangan manis untuk saya. Menurut pemerhatian saya yang sering ke Jordan, negara tersebut walaupun tidak ada kekayaan hasil bumi seperti di Saudi tetapi penampilannya jauh lebih moden dan kemas.


Para pelancong ke negara Jordan begitu ramai. Ternyata Jordan sangat menghargai kesan-kesan sejarah yang ada di negaranya. Kita terasa berada di bumi kuno seperti di Petra. Kesan peninggalan sejarah kemahiran manusia mengukir bukit-bukit dari batu menjadi tempat tinggal mereka yang cantik. Kita bayangkan apakah teknologi yang digunakan oleh kaum tersebut. Keindahan ukurannya masih boleh kita tatapi hingga sekarang.


Geografi Jordan adalah terletak betul-betul dikawasan perantaraan antara Afrika,Asia dan Eropah. Kawasan ini, mempunyai tamadun peradaban dunia kuno yang hebat, kesan-kesannya didapati masih terpelihara walaupun telah ditinggalkan berabad lamanya.Sesuai dengan lokasi yang strategik dan iklimnya yg selesa, Jordan melakarkan berbagai sejarah dari setiap abad semenjak dari tahun 9500 s.m. 


Sebahagian daripadanya meninggalkan kesan serta bukti yang jelas dan nyata, yang membawa kepada pembukaan muzium-muzium oleh kerajaan,dan terbukti dgn kekayaan warisan ini Jordan maju dan membangun pada hari ini.Bagi umat Islam, Jordan 
adalah bumi berkat kerana
dengan adanya banyak
kubur-kubur dan makam-makam suci.Menziarahinya amatlah digalakkan didalam ajaran Islam tidak kira lelaki atau wanita.Disini seorang muslim akan dapat mempelajari, memahami keadaan menghayati seterusnya dapat menambahkan keimanan mereka kepada Allah swt.


Jordan juga kaya dengan berbagai sejarah keagamaan Terletak diantara Mekah, tempat suci bagi umat Islam diseluruh dunia, dan Baitulmaqdis, yang mana menjadi tempat keramat bagi penganut 3 agama besar; Jordan pernah berperanan sebagai pusat bagi para Ahli Kitab pada masa dulu.Kebanyakan kisah diawal-awal zaman kenabian Nabi Ibrahim yang disebutkan didalam Testament (kitab Yahudi kuno), Bible dan AlQuran AlKarim dikaitkan dengan Jordan; samaada mereka yang bermukim atau yang melaluinya ketika didalam permusafiran.


Itulah fakta secara umumnya yang bumi Jordan baru adalah terdiri daripada bahagian bumi berkat, di dalam Al Quran disebutkan:
“ Maha Suci Allah,yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yg telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan padanya sebagai tanda-tanda kebesaran Kami.Sesungguhnya Dia Maha melihat dan Maha mendengar.”


Berikutan itu, pada malam perancangan untuk percubaan membunuh Nabi Muhammad saw di Mekah sebelum Hijrah, Abu Jahal telah berkata:
“ Muhammad menjanjikan padamu taman-taman umpama seperti taman-taman Jordan”. Nabi saw bersabda bahawa Amman adalah perbandingan syurga didunia,sabdanya:
“ Telagaku(di Syurga) memanjang seperti jarak diantara Aden dan Amman di Balqa”


Hari ini Balqa adalah merupakan salah satu daripada 12 kawasan dibawah pemerintahan Jordan.
Kedua-dua tempat ini pernah memainkan peranan didalam bagi kehidupan Nabi Muhammad saw.Kali pertama ketika mana waktu kelahiran baginda, di Ummu Rasas,yg terletak ditenggara Madaba, Hanif Zeid bin ‘Amr bin Naufal daripada Mekah telah berkata bahawa dia telah mendengar satu ramalan yang akan lahirnya seorang Nabi dikalangan manusia yg membawa agama seperti mana agama Nabi Ibrahim.Dan ketika mana Nabi Muhammad saw dan bapa saudaranya Abu Talib pergi berdagang bersama kafilah diantara mekah dan Damsyik, kafilah itu telah berhenti disuatu tempat bernama ‘Busra Al Syam’.Disinilah telah berlakunya pertemuan Nabi yg pada masa itu masih kanak-kanak dengan Rahib Buhaira. Disini juga Nabi dan pembantunya Maisarah telah bertemu dengan Pendeta Nestor.Sebagai tambahan,dalam perjalanan baginda ke Syria,baginda dikatakan telah berteduh dibawah sepohon pokok, yang mana sekarang terletak berdekatan Safawi didalam daerah Mafraq.


Islam mula-mula berkembang di semenanjung Tanah Arab ialah bermula dari sebelah utara Jordan.Disini juga telah terjadinya pertembungan Islam dan bukan Islam/Empayar Byzantine.Yang mengakibatkan berlakunya beberapa peperangan besar bagi abad ke7:Peperangan Muktah,Yarmuk dan Fahal.Yang mana menyaksikan ramai daripada para Sahabat dan panglima tentera Islam syahid dan dimakamkan disini (semoga dicucuri Rahmat keatas mereka),dan makam-makam mereka pada hari ini menjadi destinasi penting bagi umat Islam.


Sejak ditubuhkan sebagai kerajaan baru pada 1921, Jordan diperintah oleh keluarga Bani Hasyim. Hashimiah atau Bani Hashim, adalah suku kaum yang terkenal diantara suku kaum Arab Quraish, yang berketurunan dari anak Nabi Ibrahim, Nabi Ismail.Bani Hashim ini adalah bernasabkan dari Nabi Muhammmad melalui anaknya Saidatina Fatimah Az Zahra dan suaminya Saidina Ali Abi Talib r.a.sepupu Nabi Muhammad dan khalifah keempat dalam Islam. 
(semoga Allah melimpahkan kesejahteraan pada mereka berdua) dan mereka adalah tergolong dari golongan Ahli Bait iaitu ahli keluarga Rasulullah saw.


AMMAN
Jabal Qalaah - Teater Roman - Masjid Hussein - Masjid Raja Abdullah -Abdul Rahman b Auf - Bilal b Rabah- Gua Ashabul Kahfi
Ibu negeri ini terletak dilokasi yang strategik untuk laluan ke negeri-negeri lain. Disini, kita akan menikmati berbagai kemudahan hotel, restoran, galeri-galeri seni dan muzium-muzium.Amman juga menyediakan berbagai kemudahan untuk membeli belah seperti barang kemas, kedai rempah ratus dan pasar, butik-butik moden yang memperagakan fesyen-fesyan terkini,cenderahati dan kraftangan yang cantik-cantik.
Makam Saidina Abu Ubaidah
LEMBAH JORDAN (AGHWAR)
Abu Ubaidah Al Jarrah-Muaz b Jabal-Shurahbil b Hasanah-Amir b Abi Waqas-
Dhirar AlAzwar.Kita teruskan lagi perjalanan dan ziarah ke tempat-tempat suci di Lembah Jordan, menziarahi makam-makam para sahabat Rasulullah saw dan ketua-ketua muslimin samaada yang syahid didalam peperangan atau yang menjadi mangsa wabak penyakit Taun Amwas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N