Langkau ke kandungan utama

GURU ABUYA PEJUANG SUNNI.

(Ibunda Sultan Mizan Terengganu anak murid Syeikh Al Bukhari).


Guru Abuya seorang pejuang sunni. Iaitu Syeikh Mahmud Arif Al-Bukhari. Beliau berjayam tokoh-tokoh sunni. Di antara tokoh-tokoh tersebut ialah Abuya, Dato Ismail Kamus, Ibunda Sultan Mizan Terengganu dll. Guru Abuya lahir di Kampung Syu’ib Amir, Makkah pada tahun 1928. Ketika kecil, beliau sempat belajar di Madrasah Dar al-Ulum dan menimba ilmu kepada ulama tersohor Makkah seperti Musnid Dunya Shaykh Yasin al-Fadani dan Ismail Tamim, salah seorang imam Masjid di Makkah.

Syekh Muhammad Yasin Bin Muhammad Isa Al-Fadani
(Arab: محمد ياسين بن محمد عيسى الفاداني‎, lahir di Mekkah, Arab Saudi, 17 Juni 1915 – meninggal di Mekkah, 20 Juli 1990 pada umur 75 tahun) adalah seorang ahli sanad hadist, ilmu falak, bahasa Arab, dan pendiri Madrasah Darul Ulum al-Diniyyah, Mekkah.[1] Ia merupakan putra ulama terkenal, Syekh Muhammad Isa Al-Fadani asal Padang, Sumatra Barat.[2]

Apapun, guru Abuya Syekh Mahmud Arif Al Bukhari lebih banyak menumpu usaha penubuhan Sekolah Arab. Natijahnya ialah Sekolah Menengah Sultan Hishamuddin dan Kolej Islam Kelang  yang masih gah berdiri hingga kini. Manakala usaha penubuhan Kolej Islam Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa diteruskan oleh Prof Dr Mohamed Abdul Raouf yang berasal dari Mesir dan Prof Dr Abdul Jalil Hassan.

Populariti guru Abuya Syekh tersebut cepat tersebar. Sekolahnya menjadi tumpuan.  Syekh bukan sahaja mengajar ilmu agama tetapi juga ilmu alat yang lain antaranya seperti matematik. Matematik baginya sangat penting khususnya bagi mengukuhkan penaakulan. Beliau turut memperkenalkan kaedah tersendiri menghafal istilah-istilah Arab bagi memudahkan pelajar mengingatinya. 
(Masjid Jamek Kuala Lumpur).

Kaedah tersebut telah menjadikan sekolahnya terkenal sebagai intitusi yang berjaya mencetak pelajar yang boleh berbahasa Arab dengan standard kualiti yang tinggi.Syeikh Mahmud Arif Al Bukhari imam dan Pendakwah terkenal.Beliau dikatakan sangat alim dan bidang al-Quran bahkan ia juga seorang hafiz. Beliau sering menjadi imam di Masjid Jamek Kuala Lumpur. 
(Masjid India Kuala Lumpur).

Ketika bulan Ramadhan, beliau akan mengkhatamkan al-Quran apabila mengimamkan solat tarawih.
Perkara ini berlanjutan sepanjang ia berada di Malaysia. Di kalangan komuniti India Muslim di sekitar Kuala Lumpur, Syekh dikenali sebagai Imam Bukhari. Beliau mudah mesra dengan komuniti India Muslim kerana beliau pandai berbahasa Urdu dan Punjabi. 
(Contoh perkampungan Melayu)

Diriwayatkan beliau turut fasih berbahasa Turki dan Pushtu selain
 dari bahasa Arab dan Uzbek.
Apabila Masjid India Kuala Lumpur siap dibina, beliau dijemput untuk menjadi imam. Adakalanya beliau naik ke atas mimbar membaca khutbah dalam bahasa Urdu dan Punjabi. Tokoh usahawan India Muslim yang banyak membantu Syekh ketika Syekh berada di sekitar Kuala Lumpur ialah Mohamed Yusoff (mempunyai syarikat bernama Mohamed Yusoff and Sons) dan Naina Mohamed (mempunyai syarikat bernama Naina Mohamed and Sons).
(Masjid Jamek Kelang).

Pada ketika itu, jarak dari Kampung Kuantan, Kelang ke Kuala Lumpur agak jauh dengan keadaan jalan yang tidak begitu baik. Namun, Syekh sangat dedikasi dengan sentiasa berulang-alik dari Kelang ke Kuala Lumpur dan sebaliknya sehingga pada tahun 1965 apabila Syekh mula ditimpa sakit. Pada setiap malam Jumaat, beliau akan mengadakan pengajian di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selain dari menjadi imam di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur.

Tabiat Syekh ialah gemar membaca dan beliau mempunyai koleksi buku yang sangat banyak, majoriti dalam Bahasa Arab dan Urdu. Bekalan buku Arab diperolehinya dari Syekh Hussain Fatani, duta Arab Saudi di Malaysia manakala buku Urdu dari Maulana Ghulam Sarwar yang merupakan sahabat baik Syekh yang juga seorang hafiz.
Memandangkan Syekh mempunyai kemahiran berbahasa Arab yang sangat baik, beliau banyak membantu masyarakat tempatan membuat permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk melanjutkan pelajaran ke Makkah.

 Diriwayatkan jika ada kesempatan, Syekh turut meluangkan masa membimbing calon-calon yang hendak melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah menghafaz al-Quran. Ada di antara calon tersebut yang sempat menghabiskan ¾ dari isi kandungan al-Quran.
Beliau membantu Sultan
selain sibuk dengan tugas harian menguruskan sekolah dan membimbing masyarakat sekitar Lembah Kelang, Syekh turut membantu Sultan dalam menguruskan tugasan dan permasalahan yang berkaitan dengan hal-ehwal agama. 

Mufti dan Qadi juga dikatakan turut mendapat khidmat nasihatnya.
Diriwayatkan ketika Sultan Hishamuddin ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada 14 April 1960, beliau telah dijemput oleh Sultan untuk berkhidmat di Istana Negara bagi menasihati Sultan tentang hal-ehwal agama. Takdir Allah, Sultan Hishamuddin hanya sempat menjadi Yang Di-Pertuan Agong dalam tempoh yang singkat apabila mangkat pada 1 September pada tahun yang sama.
Syekh Mahmud meninggal dunia pada 10 September 1965 ketika berada di Jeddah. Jenazahnya disemadikan dengan penuh penghormatan di Makkah.



(Sultan Hishamuddin Alam Shah)



Ulasan

  1. Alhamdullillah satu nukilan yang kami anak anak dan menantu Allahyarham Skh Mahmood Albukary amat dihargaii.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N