Langkau ke kandungan utama

MENCARI REDHA ALLAH.


KAEDAH CAPAI REDHA ALLAH.

Menyorot kaedah mencapai keberkatan dengan mendapat redha Allah iaitu dengan iman dan taqwa, guru mursyid kita Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi didalam bukunya bertajuk "Iman dan persoalannya" ada mentakrifkan, الإقرار باللسان وتصديق بالقلب
وعمل بالأركان
iman sebagai sesuatu yang diikrarkan dengan lisan, diakui dengan hati kebenarannya dan dibuktikan dengan perbuatan.

Ramai manusia bercakap mengenai iman tetapi sedikit hati yang benar-benar beriman.Walaupun pembangunan hidup dan kemajuan kebendaan telah sampai ke kemuncaknya tetapi pembangunan insan semakin hari semakin runtuh. Dunia makin dipenuhi oleh insan yang miskin dengan akhlak dan budi.Untuk keluar dari kemelut ini bererti wajib menanam " iman"
kembali dalam diri, keluarga dan seluruh masyarakat manusia.

Bagaimanakah caranya?
Dan apakah jalan-jalan serta panduan untuk maksud itu?
Firman Allah SWT:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ.
1.Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
4.Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ ﴿١٠﴾
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Fokas Abuya mendidik dan memimpin kita memperkenal kan Tuhan sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Mungkin kita akan bertanya, adakah kaitan roh dengan kehidupan. Apakah kaitan pemimpin dengan rakyat yang tidak mengatur dan mendidik masyarakat hingga masyarakat jadi rosak. Ertinya pemimpin tidak berlaku adil terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Anak adalah generasi yang akan meneruskan perjuangan Islam. Mereka adalah penerus pembela agama Islam. Anak hakikatnya bukan milik kita tetapi "milik" Allah, maka kita tidak boleh membesarkannya mengikut sesuka hati atau sesedap rasa kita. Begitu juga pemimpin yang telah dilantik tidak boleh biarkan masyarakat tanpa dibawa kepada Tuhan dengan tidak terurus.

Ibu bapa yang ikhlas dan pemimpin yang adil akan banyak menerima walaupun mereka memberi bukan untuk itu. Apa yang mereka semai, itulah yang akan mereka tuai. Allah tidak akan mensia-siakan ibu bapa yang ikhlas mendidik anak-anak begitu juga pemimpin yang mengatur dan memerintah dengan adil hanya kerana mengharap keredaan Nya.

Malah Tuhan akan menitipkan rasa kasih kepada hati anak untuk mengasihi ibu bapa yang ikhlas itu. Jasa mereka akan dikenang, budi mereka akan dibalas walaupun sedikit pun mereka tidak memintanya. Begitu juga pemimpin yang adil iaitu dapat memberi tuhan kepada manusia. Tuhan akan masukkan ke dalam hati masyarakat yang dipimpinnya rasa hormat dan sayang kepada nya.

Berkat mendapat didikan guru mursyid rohani kita dapat satu kekuatan untuk menegakkan syariat Allah. Itulah kesan dorongan yang bersumberkan iman dan taqwa. Manusia yang beramal hasil dorongan adat dan budaya, ketika dilanda ujian tidak dapat meneruskan amalan yang biasa dilakukan. Contoh satu masa ketika disatu tempat masyarakat tempatan tidak buat apa yang hendak kita amalkan kita pun rasa berat hendak lakukan lebih-lebih lagi ditempat itu jika kita beramal akan menjadi bahan ijikan dan penghinaan sudah tentu kita tidak berbuat.

Namun atas dorongan iman dan
 taqwa kita tetap akan beramal.
Bahkan berkat didikan guru mursyid kita terasa indah hidup bersama Tuhan. Kita fahami kerja Tuhan adalah anak kunci utama untuk mendapat kebahagiaan yang sebenar. Hati yang penuh dengan iman dan taqwa menjadikan kita berhati-hati dan berjaga-jaga dalam hidup agar sentiasa disusun mengikut apa yang di redhai Allah SWT.

Berkat bimbingan Abuya selaku guru mursyid, kita dapat kekuatan melunaskan kehidupan dengan iman dan takwa. Bahkan kita ada kekuatan mengharungi ujian dan rintangan dalam kehidupan ini. Kehidupan yang kita harungi bukan sekadar bagi memenuhi tuntutan fitrah hidup semata-mata tetapi ia mestilah selari dengan syariat Allah supaya hidup yang dilalui diberkati dan diredhai Allah SWT.

Bagi yang menempuh hidup atas batas takwa, perkara yang dilarang itu akan dihindar dan perkara wajib yang digalakkan oleh syariat akan dilakukan dengan penuh kesungguhan, efektif, efisien dan penuh etika sebagaimana sabda Rasulullah mafhumnya: "Sesungguhnya Allah SWT mencintai seseorang yang apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan, dilakukannya dengan penuh kesungguhan (itqan)." (Riwayat al-Baihaqi)

Pada hari ini kita lihat negara-negara umat Islam yang rakyatnya hidup miskin namun nisbah yang bunuh diri masih rendah dibandingkan dengan bangsa-bangsa yang dikagumi kerana banyak kemajuan di bidang ekonomi, membangun, ramai orang terkenal, tapi sebahagian besar penduduknya mati bunuh diri, ada yang 50%, 60%, bahkan 75%. Mereka sudah kehilangan kebahagiaan. Kebanyakan mereka orang yang terkenal tapi hidupnya kecewa.

Mengapa terjadi demikian? Kerana mereka sama sekali tak mengenal Allah, tidak mahu menyembah Allah. Ertinya mereka menentang diri mereka sendiri sehingga tidak dapat kebahagiaan. Kerana itulah kita mesti mengenal, tunduk, akur menyembah Allah, untuk kita selamat di dunia dan akhirat.
Berkat mengharungi hidup yang cinta dan takutkan Allah itu tidak ketara pada mata, tapi ia dapat dirasa, tidak diukur pada kuantiti harta tapi letak pada kualiti jiwa. 

Dengan berkat iman  dan taqwa akan peroleh ketenangan dan kesenangan. Menerusi berkat, sedikit mencukupi banyaknya boleh dibahagi dan diberi. Bahkan ada ketabahan menghadapi cabaran dan sedia berdepan dengan segala halangan dan rintangan.
Dari sudut taqwa pula, penting bagi umat Islam mengharungi hidup ini menghindar perkara haram seperti curi masa, curi tulang, mengumpat, tikam belakang, memfitnah, menindas, rasuah dan banyak lagi.

LEBIH 1,400 tahun lalu, Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam dengan bersabda: “Jarak antara diutuskan aku dan kiamat adalah seperti dua ini,” sambil menunjuk dua jari dan membentangkannya. - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Namun, yang jelasnya adalah ketidak seimbangannya dalam aspek moral. Manusia dilihat semakin hilang perasaan malu, maksiat dan zina dilakukan secara terbuka, meminum arak kian berleluasa. Lebih teruk, manusia melakukan sesuatu perkara yang jauh daripada norma seperti berkahwin dengan anjing dan itu dianggap perkara biasa.

“Begitu juga dengan amalan homoseksual. Jika sebelum ini, dunia melihat hubungan songsang itu dengan pandangan negatif, namun apa yang berlaku kebelakangan ini, kamu yang akan dianggap gila jika menentang amalan tersebut kerana dikatakan mengganggu hak kebebasan,” katanya.
Inilah katanya, sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah mengenai antara tanda-tanda kiamat yang maksudnya: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga orang bersetubuh seperti keldai di jalanan.” - Riwayat Ibnu Hibban

“Dunia dipenuhi maksiat, malah dilakukan secara terbuka tanpa rasa malu atau bersalah. Sehinggakan terdapat segelintir golongan yang percaya bahawa, memakai pakaian hanyalah untuk tujuan tertentu seperti kerana ingin mengelakkan sejuk, ketika sakit atau untuk kelihatan cantik dan bergaya.“Ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang memerintah kan umatnya menutup aurat ketika berhadapan dengan bukan mahram. Jika ditegur, mereka berkata, ‘tuhan telah menciptakan kita telanjang, mengapa perlu berpakaian?” jelasnya.

IBU MELAHIRKAN ‘TUAN’
Bilal bin Rabah berkata, antara tanda lain jelas berlaku masa kini adalah situasi seorang ibu melahirkan ‘tuan’nya sendiri.“Ibu bapa dicari ketika diperlukan sahaja, contohnya, meminta wang dan menyelesai kan masalah mereka, selebihnya menghabiskan masa dengan rakan sebaya. Lebih kejam, ada pula yang sanggup menganiaya ibu bapa sendiri, menghina dengan memukul serta tergamak membunuh jika mereka tidak dapat memenuhi permintaan,” ujarnya.

Perkara ini tegasnya, sebagaimana sabda Rasulullah maksudnya: “Ketika Rasulullah ditanya oleh Malaikat Jibril tentang kiamat, maka baginda menjawab: “Yang ditanya tidaklah lebih mengetahui daripada si penanya.” Kemudian Jibril berkata lagi. “Kalau begitu khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Rasulullah
SAW menjawab: Seorang
budak wanita atau wanita merdeka (al-Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung menjulang tinggi,” - Riwayat Muslim.

Inilah hukum Sunnatullah. Siapa yang banyak memberi, akan banyak menerima. Kita tidak akan "kehabisan" dengan memberi, sebaliknya kita akan menerima lebih banyak lagi.
Memberi dan menerima hal yang maknawi kita tidak nampak dengan mata kasar. Namun kita boleh melihat natijah pemberian dan penerimaan yang maknawi melaui kesan atau natijah perkara tersebut dapat disaksikan oleh mata kasar atau dapat dilihat lahiriahnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N