Langkau ke kandungan utama

HUBUNGAN TANAH MELAYU DAN ANDALUSIA


BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD DAN ANDALUSIA.
(Bangunan Sultan Abdul Samad dan masjid Cordoba di Andalusia)

Bangunan SultanAbdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah satu mercu tanda yang cukup dikenali untuk bandaraya Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama sempena nama Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) yang memerintah negeri Selangor selama lebih kurang 39 tahun sejak dari tahun 1857.

Terdapat beberapa peristiwa cukup bersejarah yang pernah berlaku di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada tarikh 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dinaikkan serta dikibarkan.
Bangunan Sultan Abdul Samad telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.Ia mula dibina sejak pada tahun 1893 dan perletakan batu asas untuk pembinaan bangunan ini dibuat pada tarikh 6 Oktober 1894.

Ia siap telah dibina dan telah siap sedia untuk digunakan dalam pada tahun 1897.Bangunan Sultan Abdul Samad punya bentuk saracenic yang merupakan satu ciri senibina Moorish  dan Moghul yang berunsurkan Islam. Terdapat 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini memperkuatkan lagi kenyataan tersebut.Pada peringkat awal pembinaan, ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat warna hitam, namun kini ia telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga.Dalam sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan ia telah siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM17.2 juta.
Bangunan tersebut ambil daripada reka bentuk kaum Moor. Iaitu bangsa Tariq bin Ziyad.

Salah satu pahlawan besar Islam yang banyak dikenang dan diingat orang adalah seorang panglima yang bernama Tariq bin Ziyad. Tariq adalah salah seorang panglima terbesar dalam sejarah Islam yang merupakan prajurit Kerajaan Umawiyah (Bani Umayyah). Setelah Musa bin Nushair membuka jalan pasukan Islam ke Eropah.
Tariq bin Ziyad menyempurnakannya dengan menaklukkan Andalusia. 

Atas perintah Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, Tariq membawa pasukan Islam menyeberangi selat Gibraltar . Semenjak itu Islam mula bertapak di Eropah. Islam berkuasa hinggalah ke Selatan Perancis. Orang barat perkenalkannya dengan panglima Moor atau Morich ini.Atas perintah Musa ibn Nusair, Tariq berjaya menyebarkan Islam di negara Sepanyol dan seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di Eropah.

Tentera Tariq yang terdiri daripada 7000 orang mendarat di Gibraltar, dan dikatakan Musa menghantar 5000 orang tentera lagi bagi memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.[2]. Bagi menghadapi ancaman Tariq, raja Visigoth, Raja Roderic, dikatakan telah mengumpulkan tentera seramai 100,000 orang.[3]. Tariq berhadapan dengan tentera Kristian Visigoth dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. Dalam petempuran yang berlaku di Sungai Guadalete itu, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth dan seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah

Dikatakan bahawa ketika pertama kali mendarat di pantai semenanjung Iberia, Tariq mengarahkan para tenteranya membakar semua kapal. Adalah ucapan yang masyhur kepada tenteranya. Sebahagian ucapannya berbunyi:[5]

"Wahai pahlawanku, ke mana akan kau lari? Laut di belakangmu, di hadapanmu musuh. Hanya harapan keberanian dan ketabahan ada bersamamu. ... Amirul Mukminin, Alwalid bin Abdalmalik, memilihmu daripada kalangan pahlawannya untuk melakukan serangan ini;...Satu-satu hasil yang dikehendakinya ialah supaya kalam Allah [(SWT)] dijunjung di tanah bertuah ini, dan agama benar ditubuhkan disini..."


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N